Friday, June 18, 2010

...hilang disaput simega-mega

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
BILA MENGAMPU bijak beralas tangan (P.O.M Usman Awamg)

bila ketua kata
tambah lagi 2 bahasa wajib di SK
maka
bila mengampu bijak beralas tangan pun berkata
-setuju
-setuju

apa yang nak dikorban agaknya ya?

-agih je peruntukan masa Bahasa Melayu
atau
-panjangkan sesi belajar hingga ke petang

camana anak cucuku di johor dan di selangor Sekolah Agama?

PEDULI APA

kan ada dasar pendemokerasian pendidikan

PILIH JE LAH


bila ketua kata
matematik dan sain ajar dalam bahasa inggeris
maka
bila mengampu bijak beralas tangan pun berkata
-setuju
-setuju


bila ketua kata
Bahasa Melayu tukar ke bahasa malaysia
maka
bila mengampu bijak beralas tangan pun berkata
-setuju
-setuju

bila ketua kata
Tanah ... ke tanah...
maka
bila mengampu bijak beralas tangan pun berkata
-setuju
-setuju

bila ketua kata
1malaysia
maka
bila mengampu bijak beralas tangan pun lumba-lumba cipta idea

jangan sampai BANGSA yang tercatat dalam KAD PENGENALAN DIRI warga negara dicatat 1malaysia dahlah

entahlah, mungkin orang bijak pandai ini geli-gelaman sebut " MELAYU" kot. agaknya dalam KOTAK fikiran mereka "Melayu" itu senonim dengan perkataan "Ulu-Ulu" seperti :

Ulu Tembeling
Ulu Kelantan
Ulu Terengganu
Ulu Perak
Ulu Bernam

tak se GAH

Uptown
down town
little little town
little black african town

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh satu
masih tunduk tersipu-sipu (P.O.M Usman Awang)


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai ( P.O.M Usman Awang)

bila ketua dan rombongan pulang dari SIDANG bertaraf dunia dengan bangganya menyebut, "MENANG-MENANG" dan dibuktikan dengan fakta, teori atau FIKSYEN yang di ULIT dengan cakap-cakap mahkamahnya,
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara ( P.O.M Usman Awang)

teringat aku bila kalah BICARA sekitar tahun 90an:

di rumah

-macamana bicara?
-kalah!
mengalir air mata isteriku

di tempat kerja

-macamana bicara semalam?
-kalah!
ramai juga kawan-kawan menitiskan air mata

KESIAN air mata tu - padahal aku belum GADAI tanah sekangkang kera ini!

itulah kebodohanku, takde akar budi bersulamkan daya, takde gedung akal laut bicara, sepatutnya aku guna prosa-prosa lembut seperti cakap-cakap mahkamah tu...

MENANG!... ...menang!

pasti isteri dan kawan-kawan meluru dan memelukku

TAHNIAH!
HORREY!
HAHA, HUHU! (malangnya Melayu itu kuat bersorak P.O.M Usman Awang)

Bagaimankah Melayu
Di abad dua puluh satu
Masih tunduk tersipu-sipu (P.O.M Usman Awang)


Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusukan
Anak dipangkuan mati kebuluran (P.O.M Usman Awang)


maka terdengarlah berita ketua kecil akan menetapkan gaji minima pengawal keselamatan swasta - senang cakap naik gajilah - syabas atas usaha demi menaikkan taraf pengawal-pengawal yang pada pandangan beliau sangat-sangat berbakti tu...

suatu hari aku berhasrat mengunjungi seorang kawan yang terlantar di hospital universiti, huwa, huwa - SESAT- aku pun pergilah ke pondok pengawal satu syarikat swasta, manalah tau kok-kok pengawal keselamatan yang berjasa itu boleh membantu...

- tumpang tanya, mana jalan ke hospital universiti?
- senyap ( bisu kot )
- encik, jauh lagi ke?
- geleng-geleng
- boleh cakap Melayu ke?
- geleng-geleng

muka ada iras-iras Melayu, pendik-pendik macam Melayu, ooooh baru perasan mata agak-agak......
monggolia kot!


suatu ketika datanglah orang besar dari negeri antah-berantah mencemar diri ke negara bertuah ini- agenda utama - minta hamba rakyatnya yang berkhidmat di negara ini dilayan dengan baik dan diberi imbuhan setaraf pemegang STPM- hebat-hebat!
layan - layan


ha,ha, dah lama juga tak dengar pasal "mangkuk-tingkat", dulu setiap pagi dan petang simangkuk-tingkat ini berderet-deret macam itik pergi dan balik ke kilang...sekarang kok dah takde...rindu juga dengan panorama begitu...
- simangkuk-tingkat dah penuh uncang- baliklah...
- sitokey kilang dapat laba bertongkang-tongkang...dagang lalu nasi ditanakkan...sampai masa berlalulah ia....
yang tinggal?
busuk najis simangkuk-tingkat dan bekas kilang yang cukup memedihkan mata!


begitu juga keadaan panorama sebuah penempatan koloni asing di daerahku...

aku cemburu...

- mudahnya mereka menduduki tanah itu
- mudahnya mereka mencacak rumah batu
- mudahnya mereka menikmati air dan lampu
- mudahnya mereka berjalan atas batu

sedangkan...

kaumku nun jauh di sana, di sebuah daerah pendalaman negeri Pahang Darulmakmur masih mengguna JAMBATAN GANTUNG yang sudah uzur...
mungkinkah mereka masih mandi di sungai dan berpelitakan minyak tanah?
KESIAN!

Bagaimanakah Melayu
Diabad dua puluh satu
Masih tunduk tersipu-sipu (P.O.M Usman Awang )


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lobang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing (P.O.M Usman Awang)


di suatu tempat di tanah perkuburan Melayu:

- malam tadi tak pergi tahlil?
- tak, tak tau pun...
- pak bilal tak nak pergi, puas pujuk dia
- kenapa?
- tuan rumah tu tak campur orang...

seorang kawan mencelah
- pak bilal ni tak pernah dengar cerita nabi...
- hari pertama : rumah nabi kena baling najis
- hari kedua : rumah nabi kena baling lagi
- hari ketiga : kena lagi
- hari keempat : tak ada tukang baling najis lagi
- nabi pun bertanya
- kenapa hari ini tak ada orang baling najis?
- dia sakit tenat
-nabi pun menziarahi sipulan pembaling najis tu..selang dua tiga hari sipulan pembaling najis tu baik lah ...sejak hari itu sipembaling najis tak baling najis lagi...


di suatu sudut di kedai mamak

- siapa christiano ronaldo?
- ( satu soalan bodoh yang aku dengar)
- mimpi apa sebut-sebut ronaldo?
- PM cakap ronaldo malam tadi...

tentu hebat orang yang bernama RONALDO ni,kalau tidak, tak kan jadi buah mulut PM!
pada aku lah ( yang sebenar aku pun tak tau si ronaldo ni, kah, kah, kah )
mungkin:

- seorang yang pantas berlari
- seorang yang pakar mengawal bola
- seorang yang bijak menefaatkan peluang

disamping;

- PUNYA KOMITMEN YANG TINGGI
- PUNYA MATLAMAT YANG JITU

bolehkah seorang yang bernama CHRISTIANO RONALDO membawa pasukannya berjaya?

boleh...

kalau semua kesebelasan pemain dalam pasukannya TAHU dan MENYAMPURNAKAN tugas dengan baik di bahagian masing-masing

tidak...

kalau ada diantara pemain-pemain itu :

- pantas, tabiatnya selalu curi ayam
- bijak, tabiatnya selalu curi belakang
- huha, huha tak tau hujung pangkal macam BADUT kelakar

camana nak kesan?

- tengoklah mereka main di PADANG
- wakakakaaaaaaaaaa


ambik iktibar dari cerita nabi, ambik perbandingan dari cakap-cakap ronaldo. sesiapa pun yang ada PELUANG buat KERJA :

- kurangkan caci- mencaci
- kurangkan fitnah-memfitnah
- JANGAN mengajak orang luar memburuk-buruk bangsa sendiri
( hina sangatke bangsa sendiri?)
AYUH sama-sama membina dan nikmati anugerah di bumi bertuah ini...


Berdamailah cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
luka pun tidaklah lagi berparut (P.O.M Usman Awang)


Hilang disaput awan yang biru
Hilang disaput awan yang hijau
Hilang disaput simega-mega

Parit yang sebu diperdalamkan
Kota yang runtuh diperbaikki
Jalan yang semak diterangkan
Rumput yang panjang dikerat
Atap yang genting diperbetulkan
Lantai yang patah digantikan
Lorong yang bengkok diluruskan (hikayat malim dewa)












dimana
kan ku cari ganti
serupa denganmu

Wednesday, June 2, 2010

Puisi Orang Melayu

Puisi Orang Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Hasil Nukilan :
Dato' Dr. Usman Awang