Wednesday, December 8, 2010

MEMORI

di waktu malam
terang cuaca
ku pejam mata
tapi tak LENA
sihitam manis
datang MENJELMA
kenangan MENGGODA
aku teringat
PANDANG PERTAMA

banyak perkataan di atas aku tak pernah dengar malah tak tau pun maksudnya...anihnya dalam usia sekecil itu, aku hafal dan ingat senikata dan iramanya - SYUKUR ALHAMDULILLAH - itulah KEUNIKAN otak anugerah TUHAN ini - walau pun tanpa NAWAITU dan tanpa SEDAR pun bila perkataan atau ayat didengar berulang-ulang pasti akan TERPAHAT kekal dalam ingatan

aku lebih selesa menggunakan perkataan AKAL atau MINDA daripada terus-terus gunakan perkataan OTAK. sekurang-kurangnya ada perbezaan antara aku dan ular atau haiwan-haiwan lain yang seangkatan dengannya. kalau aku sekadar cari makan dan bila kenyang MELENGKAU - ha! ha! ha! tapi dalam melengkau pun aku masih mampu BERMIMPI berduet dengan sharifah aini...agaknya ular bermimpi ke
dan
aku masih ingat cerita seorang kawan yang baru sedar dari KOMAnya
" ketika aku melayang-layang di udara aku terdengar suara orang membaca SURAH YASSIN, tiba-tiba aku terdengar suara ibu memanggil-manggil namaku " ...

dalam tidur dan dalam koma rupanya MINDA kita masih melakukan aktiviti MENTAL. aku pernah baca , minda kita memiliki dua komponen yang berfungsi secara berasingan. 90 peratus aktiviti mental dikuasai oleh MINDA BAWAH SEDAR menekala tinggalnya 10 peratus dikuasai MINDA SEDAR. MINDA SEDAR berfungsi melalui apa yang kita lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh - berhubung terus dengan alam nyata dan kekuatannya boleh memilih dan mengawal apa yang kita fikirkan menekala MINDA BAWAH SEDAR menerima dan merakam SAHAJA segala maklumat dari kelima-lima pancaindera tadi. selain merekod atau merakam semua aktiviti kehidupan kita, MINDA BAWAH SEDAR juga berupaya mengawal dan MENJANA emosi, tabiat, hubungan, kesihatan dan lain-lain di antaranya :

1.
menjana dan mengawal segala kuasa AUTONOMI badan
- bayi yang cukup tidur cepat membesar berbanding bayi susah tidur

- mimpi melakukan hubungan intim dengan pasangan kadangkala memaksa mandI BASAH RAMBUT sebelum Solat Subuh

- merawat atau melegakan penyakit walau diketahui umum pil atau ubatan hanya 40 peratus keberkesanannya selebihnya bergantung kepada sikap, tahap kepercayaan dan DOA malah ada kes pil PLACEBO (pil tepung kosong) boleh meredakan penyakit

2.
menjana TABIAT
gwen gwith dalam bukunya " power learning: a guide to success " terbitan tahun 1991 mengatakan - multi-sense is hand and heart learning - suatu perlakuan yang dibuat berulang-ulang, kita akan dapat lakukannya tanpa berfikir - senang cakap dah jadi kebiasaan atau dah jadi TABIAT!
- bila kaki pemain bola dapat menganggarkan berapa kuat tendangan diperlukan dan berapa jauh bola itu boleh pergi

- bila jari-jemari pemuzik dengan pantasnya menari-nari di atas keyboard hanya berpandukan sekeping nota

- bila badan dengan sendirinya bergerak-gerak ikut irama dan rentak sesebuah lagu

- bila memandu?
terfikirkah kita bagaimana mata, tangan dan kaki bekerjasama mengawal kenderaan sehingga kita sampai ke destinasi dengan selamat dan selesa

3.
menjana instinct ( gerak hati)

- dapat merasai suasana dalam sesuatu situasi
- dapat membaca perasaan dan keadaan seseorang dari raut wajah atau kelakuan
- dapat mengambil keputusan dengan baik dalam keadaan yang kritikal

lepas 13 mei kawam-kawan mula balik berlatih menajamkan JURUS-JURUSnya kebetulan masa itu aku dengar ada seni silat luar biasa - jurus + nafas + konsentrasi minda - aku panggil guru itu dan bila digabung dengan jurus kawan-kawan impaknya - diluar dugaan! -

AKU?

macam biasa, aku tidak berminat dengan seni yang syarat-syaratnya MENGHADKAN hobi-hobiku, wakaka! hampir 3 bulan guru itu menjadi tetamuku - biasalah - aku curi - curi rahsia seni silat ini... aku pun carilah buku-buku yang ada kaitan dengannya.. aku cuba-cuba buat latihan minda , pergerakan nafas dan aku sendiri tambah kekuatan renungan mata...
HASILNYA?

1.
- jangan ambik, itu tabuan tanah
- motor pinjam wak kena ambik jugak

aku berusaha menenangkan diri sehingga ke ZON tertentu, sambil melangkah aku kawal pernafasan, bila roda motor bergerak tabuan-tabuan itu keluar berterbangan mengelilingiku - ALHAMDULILLAH - tiada seekor pun yang hinggap dan menyengat

2.
masa itu aku dan kawan-kawan tengah minum di stesyen bas johor baharu
- nun, cinderella - ajak dia minum
mataku bingkas mencari cinderella yang dimaksudkan oleh kawanku itu. dan kebetulan MATAKU bertembung dengan MATA cinderella itu...
- bang, tumpang beg, nak ke bilik air
sekembalinya dari bilik air, aku pelawa minum
- angguk- cinderella pun duduk dan minum...
seandainya aku bukan anak PAK HAJI pasti aku... ha! ha! ha!

itulah diantara keistimewaan dan keupayaan kuasa MINDA BAWAH SEDAR - jika betul pujukannya, betul rangsangannya dan berusaha keras latihannya boleh menguasai persekitaran baik yang bernyawa atau pun yang tidak bernyawa cuma apa NAWAITU kita,

POSITIF - POSITIFLAH
NEGATIF - NEGATIFLAH

dan sekiranya kita biarkan MINDA BAWAH SEDAR tanpa kawalan mungkin iblis, syaitan, jembalang, jin atau makhluk-makhluk asing lain akan bermastautin di situ - lihat penari-penari kuda kepang tradisional - selain menari mereka mempunyai keupayaan melakukan aktiviti-aktiviti luar biasa - menari atas palang buluh setinggi 8 kaki, mengupas kelapa dengan gigi, mengunyah dan menelan kaca ...
APAKATA
seandainya tok pawang mogok tak mahu menyedarkan PENARI-PENARI itu?

mengikut penulis TERAPI AZAN.COM, bilal yang melaungkan Azan dan sesiapa yang mendengarnya penuh kyusuk, minda mereka di tahap DELTA - jiwa mereka tenang...

sesiapa saja tetamu ALLAH yang berkunjung ke MASJIDIL HARAM, minda dan jiwanya berupaya " synchronised" dengan suasana masjid tersebut - tenang dan penuh doa - Insya'Allah dia akan sembuh dari penyakit yang dideritanya malah ada yang datang sihat, segar bugar tiba-tiba lentuk dan terkulai - kenapa? - mengikut ahli panel harakah tv9 di bawah tajuk DI SEBALIK KAABAH - suasana MASJIDI HARAM dan sekitarnya berada di tahap TENANG DAN SUCI berkat doa para Ambiak, para Suhada, para Ulama dan para Ilmuan - seandainya kita berkunjung dalam keadaan BERKECELARU rohani dan jasmani...

mengikut kajian, otak boleh MENJANA hingga 10watt kuasa elektrik - hebatkan? - sedar tak sedar sebenarnya kita dah pun lalui pengalaman-pengalaman itu - cuma bagaimana harus kita menefaatkannya semaksima mungkin-
katanya lagi,
kegiatan otak terbahagi kepada 4 peringkat yang mempunyai fungsi dan aktiviti berlainan :

1.
peringkat BETA
kegiatan otak antara 14 hingga 30 pusingan sesaat dan hanya melibatkan MINDA SEDAR. kita bercakap, berbincang,mentelaah atau pun sedang menghadapi tekanan ( masalah atau peperiksaan ) kita berada dalam keadaan tidak TENANG lampiasnya kita tidak dapat menyelesaikan masalah dengan baik atau pun tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang dan disinilah TUGAS kita sebagai ibu bapa harus mengajar anak-anak supaya berada di peringkat seterusnya...

2.
peringkat ALFA
kegiatan otak antara 8 hingga 13 pusingan sesaat dan melibatkan MINDA BAWAH SEDAR. kita berada dalam keadaan tenang dan santai. di tahap ini badan kita mengeluarkan KUASA LETRIK/TENAGA yang lebih tinggi dari peringkat BETA, disinilah aku berada ketika mengambil motor dari sarang tabuan dan ketika mengajak cinderella minum...untuk berada di tahap ini kita harus tenang dan kyusuk sama seperti kita sembahyang atau berzikir - mudah sajakan? - bagaimana pula kalau kita tak pernah sembahyang dan berzikir ?... sebab itu agama kita menyarankan supaya anak-anak diajak menjadi makmum sejak dari kecil lagi - umur 10 tahun dah hafal beberapa AYAT-AYAT LAZIM, umur 12 tahun seelok-eloknya hafal SURAH YASSIN. sebagai orang tua pastikan anak-anak dalam keadaan kyusuk bila sembahyang atau bila menghafal Surah Surah tadi. TUJUANnya - mudah beralih dari peringkat BETA ke peringkat ALFA - bila dalam keadaan tenang kita mudah RECALL apa yang kita pelajari, dalam keadaan tenang kita boleh selesai masalah dengan baik , dalam keadaan tenang juga mudah-mudahan anak-anak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang...

3.
peringkat THETA
kegiatan otak antara 4 hingga 7 pusingan sesaat dan berada dalam keadaan yang setenang-tenangnya.mereka yang sampai ke tahap ini merupakan INSAN terpilih yang tiada pendinding antara mereka dengan Tuhan. para Ambiak, pata Suhada, para Ulama, para Sufi dan para Ilmuan yang BERMUNAJAD di Masjidil Haram MAMPU mengeluarkan tenaga merubah suasana Masjidil Haram dan sekitarnya ke suatu keadaan yang bersih, tenang, suci dan penuh doa - suatu ruang YANG TIADA HAD ( infiniti ) sehingga kompas buatan manusia tidak upaya mengesan kedudukannya... oleh sebab itu kita disaran agar rumah kita dipenuhi zikir dan doa - semoga penghuninya hidup tenang dan penuh taqwa, Amin...

4.
peringkat DELTA
kegiatan otak antara 1 hingga 3 pusingan sesaat. keadaan ini berlaku semasa di antara jaga dan tidur, tidur lena atau pun masa koma. pada peringkat ini MINDA BAWAH SEDAR berupaya mengaktifkan organ-organ dalaman mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan badan antaranya hormon pembesaran dan hormon yang boleh sembuhkan penyakit...
- bayi cukup tidur cepat membesar
- penyakit sembuh dengan sendirinya tanpa bantuan ubat-ubatan

aku ingat lagi bila adik-adik masuk tidur, arwah bapa dan selalunya ibu MENDODOI adik-adik dengan cerita-cerita teladan, PUJI-PUJIAN dan diselang-seli dengan zikrullah:

SUBKHANALLAH WALLAILAHAILLALLAH WALLAHUAKBAR

berulang-ulang sehingga adik-adik terlena

cuba fikirkan kata-kata USTAZ ZAMRI dalam rancangan 'tanyalah ustaz' :

" Air ZAM ZAM yang diletak di bawah mikroskop kuasa tinggi kelihatan mengandungi molecule-molecule KEEMAS-EMASAN. air mineral yang ditiup doa oleh seorang MUKMIN kelihatan JERNIH menekala air mineral yang ditampal pelekat WANITA KURANG BAJU kelihatan GELAP...

SUBKHANALLAH - badan kita mengandungi 60 peratus cecair!

- abang tak baca Bismillah sebelum minum?
- ambik berkahnya bang, Fah baca dan Fah selalu berdoa
- aku diam saja mendengar tegurannya...aku simpati dan sedih, ikut kata doktor dia dah meninggal lama dulu
- satu saja yang Fah mintak, semoga Allah beri kesempatan lihat matahari esok
- tiap malam sebelum tidur, Fah cakap dengan diri Fah sendiri - Insya'Allah Fah dapat lihat matahari esok !

sejak minum di padang esplanade petang itu aku tak pernah jumpa dengannya lagi maklumlah kerja aku tak menentu, kejap di jurong, kejap di tangling, kejap di bukit timah dan tak lama lepas itu aku balik kampung - belajar balik - setelah 45 tahun berlalu, aku harap-harap moga Fah dapat baca coretanku ini...

bila aku fikir-fikir, betul juga kata-kata Fah itu. ramai orang-orang agung yang berjaya MEMPROGRAMKAN otak mereka dengan kata-kata positif:

- aku boleh buat
- aku hebat
- aku mesti menang
- aku akan berjaya

dan mereka memang HEBAT!

PERKATAAN yang keluar dari mulut ibubapa boleh merangsang tingkahlaku anak-anak- BAIK atau SEBALIKNYA- sebab apa-apa yang didengar DIRAKAM oleh MINDA BAWAH SEDAR anak-anak dan akan DIPANTULKAN balik melalui percakapan atau pun kelakuan - begitu juga TINGKAHLAKU kita dan orang-orang di sekelilingnya. inilah yang merupakan CABARAN dan ujian samaada kita sebagai ibubapa berjaya MEMPROGRAMKAN anak-anak menjadi time oriented, excellent oriented, good oriented, action oriented, result oriented sebaris dengan orang-orang yang BERJAYA atau sebaliknya.

apakah langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang mesti DIPAPAR untuk membawa anak-anak ke arah itu...dan dalam keghairahan untuk gapai KECEMERLANGAN anak-anak kita harus ingat / wajib ingat PERINGATAN Allah dalam SURAH-SURAH terakhirNYA...



- katakanlah ( ya Muhammad ) Aku berlindung kepada Tuhan yang mengatur makhluk daripada kejahatan makhluknya dan daripada kejahatan malam bila ia gelap dan daripada perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan AIR LUDAH nya pada buhul ( simpul ) tali dan daripada kejahatan orang yang dengki bila ia melahirkan dengkinya
( SURAH AL-FALAK )


- katakanlah ( ya Muhammad ) Aku berlindung kepada Tuhan yang mendidik manusia, Raja manusia, Tuhan manusia daripada kejahatan syaitan yang maju mundur yang membisikkan dalam hati manusia iaitu bangsa jin dan MANUSIA
( SURAH AN-NAAS )






rona-rona kelabu 1965 - 1975

"CIKGU PEMBOHONG BESAR!"
dengan senyum ibu muda itu duduk
dan meminta rekod kemajuan anak sulungnya

"awak ada jual pil rancang keluarga?"
tanya ibu muda ini yang masih BERINAI ketika itu
"ada'
aku hulur pil PLACEBO

sepuluh tahun kemudian
aku ajar anak sulungnyer
darjah 4!

JAHATNYA AKU...