Friday, January 21, 2011

MEMORI 3 : AKAR

" carilah hatimu semasa kamu membaca ALQURAN atau semasa kamu BERSOLAT, sekiranya kamu masih gagal menemui HATImu, duduklah bertafakur dan ingat saat-saat menghadapi KEMATIAN. seandainya gagal juga BERSUJUDlah dan MOHONlah kepada ALLAH semoga terbuka HATImu itu..."
( IMAM GHAZALI )

sejak bapaku meninggal sekitar tahun 60an, hidupku adik-beradik agak tertekan - harga getah merudum, adik-adik masih kecil dan aku sebagai abang tertua masih terumbang-ambing - tanpa haluan - tapi entah, aku biasa je - just follow the flow - aku mula belajar cari duit - seronok pulak - dengan sedikit kebolehan yang ada dan kesungguhanku -aku mula pandai guna duit cari duit - ha! ha! ha! bolehlah bantu sikit adik-adik di kampung. aku pernah ditawarkan bekerja di bandung atau pulau krismas oleh syarikat di mana aku bekerja- ada projek di sana - katanya suka hati akulah mana nak pilih - tapi entah, aku memilih balik kampung - belajar balik - mungkin adik-adik kot! - setelah adik bungsuku lepas spm, barulah aku berkira-kira bina keluarga sendiri - dah 35 tahun dah - tak kisahlah kan aku JEJAKA MALAYA!

bila dah berkeluarga, duitku semakin MENYEMPIT - mana duit nak beli susu, mana duit anak-anak sekolah, mana duit bayar kereta, mana duit bayar rumah, mana duit bayar kebun huwa! huwa! huwa! -tapi tak sampailah tergolong dalam kategori "PAPA HALIMUNAN" ( invisible poverty ) yang pasti aku tak pernah MINTAK-MINTAK seperti pegangan bapaku- jual tanah untuk bayar periksa MCE aku!

HILANG DAN PUDAR cita-citaku nak menjenguk keluarga di tanah seberang - di desa pelalangan, ponorogo, jawa timur

dan aku anak JAWA PONOROGO!

aku selalu bercakap pada adik-adik, sekiranya berkesempatan, ada masa, ada wang carilah keluarga yang masih ada di sana. setidak-tidaknya kita tahu ASAL-USUL kita - kita kenal AKAR UMBI kita!

kebetulan sekitar tahun 90an, adikku menghadiri satu simposium antarabangsa di bali, dengan pertolongan sepupu di jakarta ,mudahlah perjalanannya ke desa itu - kebetulan ada sepupu bekerja di bali dan ada sepupu bekerja di surabaya dan sempatlah berjumpa PAK MARZUKI, satu-satunya adik bapaku yang masih hidup - Syukur Alhamdulillah - bertaut kembali silaturrahim keluarga ini setelah lebih 4 dekat terpisah.

masa kecil-kecil dulu aku suka lihat:
- upucara linggang perut
- upucara kawin
- wayang kulit
- ketoprak
- ludruk
- barongan
- gamelan
- kuda kepang
- makan nasi ambeng
- makan gulai tempe
yang sebenarnya aku mau tau itu - entahlah bila dah bersara dan anak-anak masih sekolah.......semakin samar-samarlah hajatku itu...

bapaku datang ke tanah melayu ini sekitar tahun 30an, singgah sekejap katanya - cari ongkos ke MEKAH - itulah cita-citanya- setelah sekian lama, bapaku diberi status WARGA NEGARA DAN MANA ADA NEGARA DI DUNIA INI YANG BEGITU MUDAH BERI STATUS ITU...kalau ada pun pasti bawa bekalan juta-juta dollar!. bapaku bersyukur, aku lagi bersyukur - sekurang-kurangnya aku boleh bina kehidupanku sendiri.
nak kebun, bapaku tebang hutan buat kebun - aku beli kebun
nak ubi, bapaku tanam ubi - aku tanam ubi
nak cili, bapaku tanam pokok cili - aku juga tanam cili
atap rumah BOCOR, emakku cucuk atap - aku beli genting
pucuk pangkalnya USAHA SENDIRI!

yang pasti...
bapaku suka duduk dalam keadaan AMAN DAMAI - aku juga sebagai genarasi kedua, macam bapa - suka duduk dalam keadaan AMAN DAMAI!

kadang-kadang terguris juga hati ini bila ada BUNYI-BUNYI sumbang:
- pertikai laungan Azan di masjid dan surau
- pertikai keistimewaan peribumi
- pertikai hasil seni sasterawan sendiri
dan
yang lebih sedih ada manusia MELAYU sama-sama menghadirkan diri dalam upucara BAKAR buku itu...

apa yang ada dalam buku itu?

aku dah baca buku itu dulu-dulu lagi - semasa aku masih suka baca-baca..
ingat-ingat aku, TEMA buku itu melambangkan keakraban, persahabatan, kesungguhan, kerjasama dan ada nilai-nilai murni hidup bermasyarakat!

aku cuba perturunkan NILAI-NILAI MURNI itu untuk menungan bersama:

1. berusaha merubah kehidupan lebih baik

- maniam tinggalkan tricur, kerala untuk dapat kesenangan di sini, bermula sebagai KULI akhirnya jadi MANDUR

- lee kim lock dari tanah besar cina dan berjaya buka kedai di simpang empat

2. semangat muhibbah

- seman minta bantuan maniam lepaskan ibunya yang ditahan oleh tentera jepun

- lazim minta poh eng ajak yew seng keluar jadi komunis

- poh eng dan yew seng bebaskan lazim yang ditahan jepun di balai polis

3. kepentingan pendidikan berasaskan bahasa ibunda

- perumal minta pengurus ladang bina sekolah tamil

- masyarakat cina kutip wang bina sekolah cina

4. persahabatan tanpa kira bangsa

- yew seng tetap berkawan dengan lazim walau dapat tentangan bapanya

- maniam tolong seman dapatkan kerja di ladang`

5. perjuangan bebaskan negara

- lazim jadi ketua tentang malayan union

- yew seng masuk jadi komunis tentang jepun

6. bantu-membantu

- orang kampung gotong-royong bina rumah untuk seman dan ibunya setelah dihalau oleh cing huat

- maniam tolong sembunyikan mak limah dan poh eng dari tentera jepun

7. tipu muslihat

- cing huat gunakan kebodohan dan sikap malas musa untuk beli tanah orang-orang melayu

APAKAH CACAT CELA BUKU INTERLOK ITU?

APAKAH DENGAN SEBAB NILA SETITIK KITA BUANG SUSU SEBELANGA?

- tanyalah HATI BUDI kita
- tanyalah DIRI kita
- tanyalah dari mana ASAL-USUL kita


Sunday, January 9, 2011

MEMORI 2 : LOMBONG

"Dan di bumi kedapatan beberapa bahagian berpetak-petak berhampiran kebun-kebun anggur,tanaman-tanaman dan pokok kurma yang bermayang dan yang tidak bermayang disiram dengan air itu juga dan Kami lebihkan rasa sesetengahnya dari setengah yang lain, sesungguhnya dalam perkara itu ada beberapa petunjuk untuk KAUM YANG BERFIKIR"
AR-RA'AD 13:4

lombong
aku tak tau bila lombong bijih besi itu mula beroperasi dan tak tau siapa tuan ampunyanya - aku tak pernah ambik tau dan memang tak kisah pun - kata orang lombong itu wujud sejak perang dunia pertama atau ke dua aku lupa, yang pasti lamalah tu. itulah sombongnya aku, tak pernah ambik peduli sejarah tempat sendiri - sayang! - dari dulu lagi aku memang tak minat subjek sejarah - nak buat macamana

kata orang
sejak lombong itu dibuka, ramailah orang dari daerah lain malah negeri lain cari rezeki di situ - ada gula adalah semut - bezanya semut tau CURI sedangkan buruh-buruh ini kena kerah - sambung nyawa jugakan? Alhamdulillah

- yang nak jadi buruh selamanya
duduk dan kerjalah di situ

- yang nak makan ikan percuma
cacak rumah tepi sungai

- yang nak privacy dan kerja di lombong itu
cacak rumah di tanah-tanah kosong di sekeliling lombong itu

- yang nak bina LOMBONG sendiri
naik ke darat, mohon tanah dan usaha sendiri

pakat-pakat dengan kawan gotong-royong tebang hutan, buat parit, buat jalan, buat jambatan. susah-susah macam tu pun tetap reserve kan tanah untuk masjid, kubur dan sekolah

makan?
entah - agak-agak adalah bekalan sikit-sikit hasil tabungan tika jadi buruh lombong dulu sementara tunggu ubi, keladi boleh dituai

rumah?
bukan rumah - bangsal - sementara kayu-kayu balak digergaji jadi tiang dan papan

agak-agak berapa tahun ya baru pokok getah boleh ditanam
dan
berapa tahun lagikah harus menunggu pokok-pokok getah itu boleh keluarkan susu
SUSAH DAN DERITA!

yang ada kekuatan MENTAL, FIZIKAL, DOA dan keazaman yang tinggi saja sanggup bertahan - demi gapai cita-cita yang sejati:
suatu hari nanti pasti berkunjung ke TANAH SUCI...

kawan-kawan yang memilih duduk tepi-tepi sungai, yang duduk di tanah-tanah reserve lainlah ceritanya, yang pasti tak tebang pokok, tak gali parit, tak buat jambatan, kawan-kawan yang memilih kekal jadi buruh lombong tentu mengalami hidup yang lebih selesa :
- rumah disedia
- api dari generator
- air percuma

"Jikalau engkau berada di waktu pagi maka janganlah menunggu-nunggu kedatangan waktu petang (untuk cari bekalan) dan jikalau engkau berada diwaktu petang, janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu pagi
Ambillah KEMENEFAATAN sewaktu hidupmu untuk bekal matimu dan sewaktu engkau masih SIHAT untuk bekal sakitmu "
Sabda Rasulullah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban

bila getah dah keluar hasil, rumah dah patut diduduk, maka orang-orang darat ni pun BARU berkira-kira nak berkeluarga - berkeluargalah mereka - Syukurlah ada nasi, ada ubi, ada keladi dan cukuplah lauk ikan masin dan tempe - MAKAN SEKADAR UNTUK HIDUP - itu pun mereka masih mampu bina masjid, bina surau,bina sekolah. terimakasih pada pemerintah masa itu- hantar guru ajar budak-budak macam aku
- yang lulus penilaian macam aku sambung ke sekolah inggeris
- yang cemerlang sekolah Arab sambung ke Maahad dan terus ke Mesir
- yang lain-lain belajar PONDOK

BIAYA?
pastilah duit bapa sendiri...

zaman komunis?
orang-orang kampung dengan SUKARELA sanggup gadai nyawa kandar senjata demi kesejahteraan peribumi. kesetiaannya diterjemah (pinjam istilah orang baru belajar bahasa)
KESETIAANNYA DITERJEMAH MELALUI TINDAKAN

ketua?
tidaklah sampai dua ketua
tidaklah sampai dua imam
memadailah satu yang BERWIBAWA

" Allah menjanjikan orang-orang yang BERIMAN diantara kamu dan mengerjakan perbuatan baik bahawa mereka akan diberi kuasa di atas bumi sebagaimana tidak diberikan kepada orang-orang yang sebelum mereka"
AN-NUR 18:55

warga kampung hidup aman bahagia saling bantu-membantu:
- sama-sama gali parit yang dah sebu
- sama-sama betulkan jambatan yang dah rosak
- sama-sam perhati tingkahlaku anak-anak

' Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (dugaan terhadap sesama muslim) kerana sebahagian sangka-sangka itu DOSA, dan janganlah kamu MENCARI AIB orang dan jangan pula sesetengah kamu MENGUMPAT orang lain. sukakah salah seorang kamu, bahawa ia memakan DAGING saudaramu yang dah mati,maka tentu kamu benci memakannya.Takutlah kamu kepada Allah, Allah Penerima TAUBAT lagi Penyayang"
AL-HUJURAAT 26:12

HIDUP PASTI AKAN JADI INDAH JIKA DIULIT DENGAN AGAMA DAN BUDAYA - Budaya Melayu dari Gugusan Pulau-Pulau Melayu!

biasanya bila lepas perang atau semasa zaman komunis, harga getah melambung tinggi dan masa itulah zaman ganda harta!
- 1 ekar jadi 2 ekar
- 2 ekar jadi 4 ekar
- 4 ekar jadi 8 ekar
- 8 ekar jadi puluhan ekar - 4 keturunan tak habis makan!
DAH JADI MACAM LOMBONG
realitinya tak semudah itu
- mana babi hutannya
- mana banjir besarnya
- mana kemarau dan kebakaran kebunnya
yang pasti
MEREKA TETAP PADDLE ON

bapaku?
biasa saja cukup biaya aku ke sekolah - itu pun terpaksa jual sebahagian tanahnya untuk bayar periksa MCE aku- duit selebihnya beli belukar...itulah kali kedua bapaku jual tanah- kali pertama demi capai cita-citanya: naik haji ke Mekah- Alhamdulilliah dimakbulkan jua olehNya
jual beli tanah ini dah jadi asam garam penghuni kampung ini - walau bagaimana pun mereka tetap berkira-kira pasti ada labanya selaras dengan OPERASI TAMBAH mereka:

1 + 1 = 2
atau mungkin 5
bergantung pada harga belukar masa itu..
cuma kena bina dan tunggu

diakhir tahun 60an
harga getah merudum 18sen sekati - banyak kebun getah terbiar begitu saja - tiada siapa yang berani memawahnya- namun 4 ringgit sehari dah memada, beras, bawang dan ikan masin perlu dibayar selainnya sayur, telur, ayam ambik saja di belakang - itulah penghuni kampung itu- mereka yakin ada HIKMAH di sebalik penomena ini- AMBIK KESEMPATAN - tebang pokok-pokok yang dah tua, TANAM SEMULA - di sana ada RISDA yang sedia tawar khidmat - mereka penuh yakin dan pasti di tahun 70an nanti keadaan akan pulih kembali
Insya'Allah

lombong?
lombong bijih besi dekat pekan itu dah mula tutup operasi - kos operasi mengatasi pendapatan katanya
kemana buruh-buruh lombong itu pergi...
- yang dah beli tanah dan cacak rumah tak ada masaalah
- yang banyak tabungan, tepuk dada tanya selera
- yang boleh memandu jadilah pemandu
- yang boleh baikki jentera, cari bengkel lain atau buka bengkel sendiri
- yang TAK PUNYA APA-APA, kena MUHASABAH DIRI:

kemana masamu
kemana tenagamu
kemana hartamu
4 dekat itu
demi tekakmu
demi botol-botol anggur itu
demi statusmu
atau
demi hobimu:
susun rumah batu
di bilik belakang
kedai hailam
di pekan kecil itu...






" Rebutlah lima perkara sebelum
datangnya lima perkara:
muda sebelum datangnya tua
sihat sebelum datangnya sakit
kaya sebelum datangnya papa
banyak masa sebelumnya datangnya tiada masa
hidup sebelum datangnya mati"
( diriwayatkan oleh Baihaqi, Ibnu Abiddun-ya dan Ibnu Mubarak)