Friday, September 30, 2011

monolog


update oct.01.2011
setelah selesai mendirikan sembahyang sunat tawaf dua rakaat di belakang Makam Ibrahim , aku pun terus menuju ke Bukit Safa untuk menunaikan SA'IE HAJI.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

aku pun berjalan pantas sambil berzikir menuju ke Bukit Marwah. dari Bukit Marwah aku berjalan balik menuju ke Bukit Safa, begitulah ulang-alik sehingga tujuh kali dan berakhir di Bukit Marwah.

termengah-mengah juga aku rupanya!

aku dapat rasakan bagaimana deritanya Siti Hajar ketika berlari-lari, naik bukit, turun bukit di bawah terik matahari dalam keadaan lapar dan dahaga demi setitis air untuk anaknya Ismail!

Siti Hajar meninggalkan kota dan membawa Ismail ke tanah gersang ini demi kecintaannya, ketaatannya dan kepatuhannya atas perintah Allah Yang Maha Kuasa... walaupun Siti Hajar dan Ismail dibawah jagaan Nya, Siti Hajar tidak mengharapkan kuasa ghaib menyediakan sajian lazat dan mencipta sungai untuk bersenang-senang. Siti Hajar PASRAH - dengan menggunakan kudrat yang ada Siti Hajar terus mencari dan terus mencari setitis air untuk anak tercinta Ismail. Walau pun usahanya gagal dengan IZIN Allah terpancut air di bawah kaki Ismail.

ALLAHU AKBAR

MANUSIA wajib BERUSAHA untuk teruskan hidup menekala rezeki, ajal dan maut dibawah kekuasaan Nya.

terfikir juga aku, jika kita mencari Allah di sini atau di mana-mana pelusuk dunia ini hanyalah satu usaha yang sia-sia tetapi kita akan dapat menghampiri Nya, merasai zat Nya, kewujudan Nya dan keagungan Nya di jalan TAUHID ini... rupa-rupanya dalam usaha pencarian ini kita akan temui DIRI SENDIRI.

MASYA'ALLAH!

seandainya bangsaku mencontohi Siti Hajar, pasrah dan patuh arahan Nya, berusaha dengan kudrat yang ada demi cita-cita atau mungkin demi melengkapi keperluan hariannya sebagai manusia dengan IZIN NYA mungkin tidak ada lagi orang-orang yang masih SEGAR-BUGAR bergantung hidup pada BAITULMAL, INSTITUSI-INSTITUSI KEBAJIKAN  atau menjadi TAKSUB  kepada seseorang sehingga bersedia menjadi BADUT suruhan demi wang.

wahai bangsaku, berusahalah demi kelangsungan hidup ini walau mungkin kita tidak sehebat pesonaliti-pesonaliti dibawah ini, sekurang-kurangnya mereka boleh dijadikan sumber inspirasi, motivasi juga penggerak untuk kita BERUSAHA. mudah-mudahan kita tidak lagi bergantung kepada sesiapa, kita MERDEKA MINDA, MERDEKA JIWA, MERDEKA JASAD dan MERDEKA TINDAKAN...selagi kita masih dalam keredaan Nya...




Syed Mokhtar AlBukhary
x282 Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta         : USD 2.5 billion
Sumber      : Pelbagai
Umur         :  59 tahun
Status         : Berkahwin




Azman Hashim

azman hashim Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $785 juta
Sumber       : Kewangan
Umur          : 71 tahun
Status         : Berkahwin


 Mokhzani Mahathir
m 10mokhzani Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $560 juta
Sumber       : Gas dan minyak
Umur          : 50 tahun
Status         : Berkahwin



Shahril , Shahriman Shamsuddin
pic17 1 Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $500juta
Sumber      : Gas dan minyak
Umur           : 50 tahun
Status         : Berkahwin



Kamarudin Meranun

kamarudin Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $495 juta
Sumber      : Syarikat penerbangan
Umur          : 49 tahun
Status        : Berkahwin





Tuesday, September 20, 2011

benarkah kita tidak pernah dijajah? ( 4 )...








Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu JohorPahangNegeri SembilanSelangorKedahPerlisKelantanTerengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

        

      rujukan & pautan:
      - bernama januari 2007
      - http:/web5.bernama.com/events/merdeka 50
      -kemerdekaan di alam Melayu
      - Hari Kemerdekaan Malaysia ke 50





Thursday, September 15, 2011

benarkah kita tidak pernah dijajah? ( 3 )...


Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman
 kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara 
Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana
 Menteri Malaysia ke-5) di Kepala BatasPulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang,
 HajiAbdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut[1].

Isi kandungan

 [sorokkan]

Pengisytiharan

Malam Merdeka

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 
pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab SelangorKuala Lumpur, telah diadakan 
upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan 
British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan 
setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan
 Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil
 disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Upacara Pengisytiharan

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka,
 Kuala Lumpur telah menyaksikan
 peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan
 Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi,
 stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan
 selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti 
yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah
-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat
 perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera
 Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil
 Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan
 kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain 
di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan 
sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk
 menyaksikan upacara bersejarah ini.
Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan
 pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian
 biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, 
merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang 
Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan
 pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.
Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian
 yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku 
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat
 tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang
 menggantikanSultan JohorSultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu
 (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas
 pucat), Sultan Kedah(berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan
 Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda 
Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap
 daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan 
sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium
 masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald
 MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran 
daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap
 Pulau Pinang danMelaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke 
mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir
 Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara
 menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian,
 baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan
 baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan
 kejayaan negara ini.
Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan
 menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan
 sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan
 Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan
 penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan,
 beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri
 Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan
 Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan
 negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan
 iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi
 dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik
 lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat
 pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan
 Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan
 dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan
Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu 
ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 
170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah
 Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang
 ke England.

Tetamu kehormat

Apabila Tanah Melayu meraikan Hari Kemerdekaannya yang pertama, hotel-hotel baru 
didirikan di serata Kuala Lumpur untuk menampung delegasi luar yang bakal datang 
setelah dijemput oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyaksikan hari bersejarah
 tersebut.
Barisan pertama perwakilan asing ke Tanah Melayu ialah:
Ketika mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi, tetamu kehormat telah disambut oleh 
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald Charles MacGillivray dan
 Lady MacGillivray, Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang pertama, 
Tuanku Abdul Rahman diiringi Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Tanah Melayu 
yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

 rujukan & pautan :
- bernama ( januari 2007 )
- http:/web5.bernama.com/events/merdeka 50
- kemerdekaan di alam Melayu
- Hari Kemerdekaan Malaysia ke - 50