Tuesday, February 28, 2012

bila Tun M berbicara

               reaksi 1


TERPAKSA COPY PASTE BALIK KEKELIRUAN PANDANGAN TUN M. Nak share boleh.

1.“Kita harus tahu apakah dianya hukum ini . Yang pertamanya hukum hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Feqah. Dia tidak terdapat dalam quran”

Beliau maksudkan Yang tiada dalam Al-Quran ialah HUKUM HUDUD CIPTAAN MANUSIA . Hukum hudud yang dimaksudkan ialah hukum hudud yang akan dijalankan di Malaysia (yakni bukan hukum-hukum yang ada dalam Al-Quran).

2.“Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah. Sebab itu sebelum kita nak laksanakan sesuatu kita harus rujuk kepada Quran kerana tulah punca kepada asas kepada agama kita”

Beliau maksudkan , hukum hendaklah berdasarkan hukum-hukum yang ada dalam Al-Quran dan kita perlu berbalik kepada Al-Quran yang tidak keras dan adil .

3.“Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum , hukumlah dengan adil. Dalam Islam yang utama bukan hukuman , bukan saksi yang empat tapi kita hukuman yang adil “

Dekat sini kita nampak bahawa Tun M benar-benar mengkaji Al-Quran itu sendiri dimana beliau menyatakan ada 43 ayat menunjukkan jika kita nak jatuhkan hukum kena adil (menurut Quran)


reaksi 2

  • Nik Rasydan 
    Saksi 4 bkn dibuat oleh ulamak...cb bkk kitab hadis....msti sedara jumpe...sedara seolah memusingkn blk ayat tun...sdgkn dlm quran itulh hudud.....hukumn yg brlndaskn al quran dn sunnah....contohnya, hukumn sebat...hukumn sebat yg djlnkn d msia sgt2 memudaratkn..cb sedara bc hukumn sebat dlm islam....sy bkn nk perlekehkn tun, tp tun bkn lah mnusia smpurna....ade yg tun xtahu....sedara syg tun bkn...smua org sk tun..tp syg n suka mstilh brtempt..jika tun slh, tegur...bkn trus sokong...teguran 2 brmkna kite syg tun....

    2 hours ago · 

  • Ummu Amisya sy syg Tun dn sedih bila ada yg mnyalah tafsirkan apa yg diperkatakan hingga seolah2 mmberi gambaran bhwa Tun jahil dlm soal agama, cuma jika ada kesilapan kita harus kembali kpd Al Quran dn Sunnah...
    2 hours ago · 

  • Hafidz Jamil ko dgn tun sama bodoh



reaksi 3

Bila Mantan Perdana Menteri Berbicara Berkenaan Hudud.


Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.

Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.

Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya - Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran. Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=5_gtWEM7Npw

Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara 'Islam' untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Kita ketepikan dahulu persoalan 'Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan'. Sebab nampaknya, persoalan 'Apakah Hudud Itu Daripada Allah' pun tidak diketahui rupanya.

Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?
Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya 'budak Usul', atau 'budak akar' di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.

Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang "Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama' Fiqah?".

Saya tidak layak untuk membahaskan "Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud." Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.

Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama'.

Ini hukum untuk yang mencuri:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.

Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!"


Kemudian hukum zina pula:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah An-Nur ayat 2.

Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:
"Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina. 

Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.

Kemudian hukum murtad pula:
"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.

Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah An-Nur ayat 4. 

Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.
Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.

Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.
Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.

Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?

Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.

Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri(atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.

Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama' yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.

Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan.Tidak. Hakikatnya tidak. 

Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.

Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.

Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama'-ulama' Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.

Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement - Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.

Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.

Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini:"Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir." Sebenarnyalah.

"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. " Surah Al-Maidah ayat 44.

"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Surah Al-Maidah ayat 45. 

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." Surah Al-Maidah ayat 49. 

Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala' Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir.Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah. 

Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.
Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.

Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure.

Sampai di sini sahaja nota do'if saya.

Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai.
Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.

Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.

Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.

~ Seorang hamba,
Hilal Asyraf
http://langitilahi.com


reaksi 4



    • Layar Delima Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

      " Manusia itu asalnya satu umat. Lantas Allah s.w.t bangkitkan para nabi sebagai pembawa khabar gembira serta pemberi amaran. Allah s.w.t juga menurunkan kitab bersama mereka dengan kebenaran supaya ia dapat menghukum manusia terhadap apa yang mereka bertelingkah padanya "
      ( Surah al-Baqarah : 213 )

      Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

      " Terdapat tiga jenis hakim, dua drpdnya akan dihumban ke neraka, dan seorang yang akan masuk syurga. Pertama, hakim yang mengetahui kebenaran, dan menghukum berdasarkannya, maka lelaki tersebut di dalam syurga. Kedua, ialah hakim yang mengetahui kebenaran, tetapi tidak hukum dengannya serta menyimpang dalam penghakimannya , maka tempatnya neraka. Ketiga, hakum yang tidak mengenali kebenaran, lantas menghuum atas kejahilan, maka tempatnya sudah tentu neraka "
      ( Riwayat Daud / al-Tirmizi / al-Nasa'i / Ibn Majah / al-Baihaqi )

      Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

      " Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, maka kembalilah ia kepada Allah dan Rasul-Nya "
      ( Surah al-Nisa : 59 )

      " Laksana hukuman antara manusia dengan kebenaran "
      ( Surah Sad : 26 )

      Namun melaksanakan hukuman hudud adalah sesuatu yang baik bagi pemerintah Islam. Tetapi tidak semua boleh melaksanakannya kerana mungkin akan tercetus huru-hara, pemberontakkan, fitnah dan perpecahan dalam masyarakat. Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud :

      " Maafkanlah kesalahan hudud antara kamu, apabila telah disampai kes hudud kepada sultan, maka Allah akan melaknati penerima sogokan dan pemberi sogokan (org cuba menggagalkan perlaksanaannya) "

      Antara tugas2 pemerintah dalam Islam ialah melaksanakan hukuman hudud apabila telah sabit mengikut syariat dalam mahkamah akan kesalahan orang yang melakukan jenayah seperti murtad, mencuri dan sebagainya.

      Perlaksanaan hudud adalah budi bicara pemerintah Islam, sekiranya tidak berlaku maka cukuplah dengan menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berdakwah dengan cara yang terbaik. Dalam hal ini, tidak harus bagi individu utk melaksanakan hudud kerana ia akan menimbulkan huru-hara, fitnah dan pemberontakkan. Ia juga akan lebih membawa kemusnahan drpd kebaikan. Antara kaedah2 syarak ialah :

      " KEJAHATAN ( KEROSAKKAN ) LEBIH UTAMA DIHINDARKAN UNTUK MENDAPATKAN KEBAIKAN "

      Hukum Hudud Takzir - Kadang2 hudud takzir sampai kepada huku, bunuh. Apabila pemerintah mendapati pesalah ini tidak dapat menghalang kejahatannya melainkan hukuman bunuh, maka ia dibunuh.
      ( Lihat al-Muraja'aat fi Fiqh al-Waqi' al-Siyasiy wa al-Fikriy )

      16 hours ago ·  ·  1

    • Layar Delima rasanya Tun M telah rujuk para ulama' sebelum membuat keputusan begitu.. dan ada segelintir rakyat Malaysia yg baru belajar agama dan mula nak tunjuk pandai dan buat nama..
      16 hours ago ·  ·  1

    • Zalijohan Zali setuju.....
      16 hours ago ·  ·  1

    • Layar Delima Bagi yang tak faham dengan JELAS apa yang diperkatakan Tun M dalam pandangannya mengenai HUDUD .. ini transkripnya ... Ringkasan mengenainya akan dikeluarkan kemudian.BACA DAN FAHAM .. Jangan ambil separuh-separuh...

      SOALAN : Apakah pandangan Tun mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dan kenapa sesetengah negeri di Malaysia yang diperintah kerajaan yang beraliran Islam di Malaysia tidak menjalankan di negeri mereka sendiri.
      JAWAPAN TUN :
      Kita harus tahu apakah dianya hukum ini.Yang pertamanya hukum hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Feqah.Dia tidak terdapat dalam quran.Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah.Sebab itu sebelum kita nak laksanakan sesuatu kita harus rujuk kepada Quran kerana itulah punca kepada asas agama kita.Dan kalau kita baca Quran dalam bahasa yang kita faham,kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham.Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam Quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum,hukumlah dengan adil.Dalam Islam yang utama bukan hukuman,bukan saksi yang empat tapi kita hukuman yang adil.Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama,ada pendapat disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia.Mereka berkata hukum hudud ini akan dilaksanakan untuk orang Islam sahaja,orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud.Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan sesuatu jenayah.Mencuri umpanya,apabila kita hukum mereka,yang Islam kita potong tangan yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan.Kalau kita tanya pada diri kita,apakah ini adil?Adilkah orang Islam putus tangan,orang bukan Islam masuk jel dua bulan lepas tu keluar bebas,ADILKAH?Kalau jawapannya TIDAK ADIL,maknanya dia bukan Islam.Dalam Islam hukuman mesti adil.
      Kalau kita dapati kes rogol seumpamanya,sebenarnya dalam surah An-Nisa,tak ada hukuman yang di... apa yang dipanggil hukum hudud.Apabila seorang wanita dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya,tetapi dia tidak dapat mengadakan empat orang yang bebas dari dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh sipolan-sipolan...Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan,tuduhan ini akan dianggap sebagai tuduhannya sendiri, dan dengan ini dia akan dihukum sebat sebanyak 80 kali.
      Kemudian,jika dianya hamil,melahirkan anak,maka,dia dituduh pula berzina.Dan kemudian hukuman bagi mereka yang berzina,ini tiada dalam Quran,tapi ahli feqah kata,rejam dengan batu sampai mati.Adilkah mangsa rogol dibunuh,perogol dilepas semata-mata tak ada empat orang saksi,ini semua ditambah tokok kepada agama kita, sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini.
      Kerana kita berpendapat,kalau hukuman ini kerana kita berpendapat kalau hukuman ini berat kita ni Islam,tak benar.Dalam Quran,kalau kita baca dalam bahasa yang kita boleh faham,kita akan dapati,kalau hendak dihukum,hukumlah dengan adil,yang utama ialah ADIL,bukan soal saksi,bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab itu,mereka yang membuat cadangan nak laksanakan hukum hudud,mereka bukan bercakap mengenai HUKUM ISLAM tetapi ianya ialah ciptaan mereka sendiri dan kita tak dapat terima.TERIMA KASIH.

      16 hours ago · 

    • Alia Allan betul la apa yg dperkatakan oleh Tun tu...tu sebab smpi skg ni tak pun dilaksanakan lg..sebab confuse ye tidak..ye tidak..nak laksanakan...
      3 hours ago · 

    • Juliana Othman Jika dicuri Rp2.(lebih kurang 5sen duit Msia), dipotong KECUALI dia bertaubat (lihat tafsiran lanjut..ada AlQuran..hanya ayat shj)
      Jika baru belajar usul,eloklah elakkan bawa isu ini kpd UMUM kerana boleh mengeruhkan suasana..
      Hadis no 1817-zina..nampak betul2 ke kedua2 alatsulit bercantum..selalunya kita dengar..pintu dibuka dgn bertuala...kalau video kena bawa ke polis utk analisa...
      Mika pun baru belajar usul......membawa masalah besar kpd org ramai hukumnya berdosa...kita harap yang mmbawa usul ini...jgn ambil masa org terlalu lama untuk belek fb kerana pemimpin dan siapa saja ada banyak kerja dan amanah lain....Astaghfirullahala'zim...

      2 hours ago · 

    • Iskandar Amanda Lg satu untk myokg ape yg tun kata adlh negara kita adlh mjmuk dan islam adlh adil,fikirka