Saturday, July 14, 2012

ANWAR sipemberontak dan aku yang diCEMAR

Anwar Ibrahim
GELOMBANG REFORMASI II...

Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad.Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS-DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya  mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS.Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS  di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini.Sebelum ini PAS adalah 'kui' atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup bersunat!  Anwar  berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan GERAKAN. Di bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau GERAKAN. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil.Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti.Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan GERAKAN bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kadazan.

Sekolah cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.

Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good govemance dan jangan menindas rakyat.Dan ini tidak mungkin terjadi! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah 'Anwar' mesti dihapuskan demi kesenambungan kuasa bangsawan Melayu itu.Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.

Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS-DAP yang sepanjang sejarah bercakaran tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan. Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS-DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adalah aneh sekiranya 'Anwar' dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai! Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlak!

Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dengan derita.Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya.Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak.

Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horas sana dan horas sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, tol, denda, saman ekor dan sebagainya.Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat.Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan.


Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan terkenal - wanita Mongolia Altantuya Saaribuu.


Ternyata UMNO bukan sahaja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu 'separation of power' seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama ANWAR Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil pada PRU 13 kita akan datang penyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafida akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya. Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya.
LAWAN TETAP LAWAN



dan aku yang dicemar...


bila aku terpandang artikel di atas dalam FB seorang kawan, yang aku pasti beliau bukan pengikut ANWAR - aku terus baca dan kemudian PASTE ke dalam blog ini. aku rasa kawan aku tu sengaja ' suka-suka ' macam aku dan yang paling pasti sekadar untuk 'RATING '. entah... masa aku tengah menaip ni, fikiranku jauh melayang ke zaman muda-beliaku dulu-dulu - zaman bujang baru habis sekolah...


surat di masjid


bapaku balik marah-marah buat sekian kalinya kerana aku enggan ambik surat yang sudah menjadi bacaan AWAM di masjid itu - surat yang dah terkoyak sampulnya dah dah dibaca ramai -MASYA'ALLAH! - yang aku dengar surat itu bukan ditujukan kepada aku sebab nama penerima surat itu bukan tertera nama aku 'MISNUN' cuma bin saja yang sama dengan nama haji bapa aku 'HAJI ABDUL KHAMID' . sejahat-jahat aku mana mungkin aku ambik, buka dan baca surat yang bukan milik aku dan itulah significantnya aku- berbeza dengan orang-orang di masjid itu! kata kawan-kawan aku yang sempat jeling surat itu, surat itu ialah surat jawapan dari pihak berwajib kepada pengadu tentang projek menimbus tanah merah jalan kampung. kalau difikir-fikir dengan IMAN, kenapa aku mesti buat aduan sedangkan jalan di depan rumahku dah bertukar jadi merah...


masa tu memang aku sudah pandai menulis surat baik dalam B.Melayu atau Bahasa Inggeris sebab aku lulus kedua-dua subjek itu. dan aku ingat dan orang kampung ingat, aku sahaja yang boleh buat demikian- dah tentu aku bangga! dan orang-orang kampung 100% percaya aku sijahat ni yang buat aduan. biarkan-biarkan.


kata bapa dengan nada yang kesal:
" hantar sekolah tinggi-tinggi cuma pandai jatuhkan MARUAH orang!" dan agak-agak aku, bapa aku menyesal hantar aku belajar. sampai bapa meninggal pun aku tak pernah bagitau yang aku bukan sipengadu 'PENGECUT' itu. dan sekiranya sipengadu pengecut masih hidup dan baca tulisan ini, imbaslah kembali masa-masa gembira saudara ketika curi-curi baca surat  saudara sendiri itu di masjid.


bacaan Yassin dan Doa


malam itu kaunter aku terlalu sibuk, ramai yang datang dan pergi maklumlah aku jaga permainan ala-ala kasino - sekolah kumpul dana- setelah reda, aku tuju ke satu kumpulan anak-anak dara sunti kampung sebelah- rupanya mereka tunggu aku nak ucap tahniah, aku dah jadi guru - guru sementara dengan elaun 137.00 sebulan.lama jugak kami bercakap-cakap terutama hal-hal sekolah, kan aku dah jadi cikgu sedangkan mereka masih lama lagi belajar. sebenarnya aku dah biasa dengan mereka: sama-sama naik sampan, sama-sama tunggu bas, sama-sama naik bas, sama-sama jalan tuju sekolah : aku ke sekolah laki-laki  mereka ke sekolah perempuan. tak pernah tanya khabar, tak pernah tanya nama sebenar sehingga malam itu - anehkan?- sempat juga aku kenalkan mereka dengan anak-anak dara kampungku, masa tu lah datang orang yang gelarkan dirinya  sendiri 'PENJAGA MARUAH KAMPUNG' menarik tangan aku dipersembahkannya kepada BOS yang punya tongkat sakti bersalut kulit kerbau keramat dari tanah seberang. kononnya, sesiapa yang terkena tongkat sakti tu akan jadi lembik selembik-lembiknya - TAKUT! - kata BOS tongkat sakti keramat tu, aku CEMAR nama baik kampung!.  aku kan pandai cakap : soal satu, aku jawab dua... bila suasana agak panas datang gurubesar yang tak dimaklum perkara itu, menyuruh aku beredar. masa tu lah sitongkat keramat mengenai belakang kepala aku - hah - aku pusing BOS sitongkat sakti tu cuba memukul aku sekali lagi, aku pegang dan bengkokkan tongkat 'keramat' itu, rasa-rasa akulah, tangan dan kaki aku lebih keras dan AMPUH dari tongkat sakti yang bersalut kulit kerbau ' landoh' kepunyaan JAGOAN MAIN BELAKANG ni. aku ketawa dan tinggalkan kumpulan penjaga MARUAH kampung yang pada tanggapan aku tersangat naif.  ketika itu aku disambut oleh cikgu-cikgu manis sambil menarik kedua-dua tangan aku dengan manjanya  ke kaunter mereka. dan pertama kalinya tanganku disentuh oleh perempuan tanpa lapik malam itu.


selang beberapa hari aku dibawa oleh bapa ke majlis TIMBANG-TARA. aku ditemani oleh jiran-jiran dan kawan-kawan paling rapat, ingat-ingat aku lebih 30 orang. maka kedua kumpulan mula cakap keras-keras, anehnya TOK KETUA tak tanya apa-apa pun kepada aku, yang pasti aku dan kawan-kawan rapat aku sangat selesa dengan keadaan itu TERUJA  nak cuba tangan dan kaki yang dah bertahun-tahun hancurkan pasir dalam pundi di bangsal belakang rumah  yang tak pernah hancur pun... setengah jam kemudian suasana semakin reda - agak-agak aku mereka dah penat bercakap kot- mereka bermaaf-maafan sesama sendiri- berdamai dan tak perlu dipanjang-panjangkan - majlis timbang-tara itu diakhiri dengan Bacaan Yassin dan Doa.


selang beberapa minggu kemudian:
" Nun,ada orang buat repot..."
" ha! ha! ha! takut bayang-bayang sendiri kot! aku yang kena pukul..."
ketua balai polis tu ketawa besar...


dan yang pasti akan ada hikmah dan petunjuk untuk orang-orang yang berani mempersenda kalimah-kalimah Allah ini, cuma sekadar waktu yang akan menentukannya, Amin...


dan sampai bapaku meninggal, arwah tidak tau apa sebenarnya berlaku pada malam itu...


hanya tangan dan kaki berbicara


setelah peristiwa malam itu dan laporan polis yang mereka buat, aku giatkan lagi aktiviti memecah pasir di bangsal belakang rumah aku. aku susun dan latih tempur ala-ala komando bersama kawan-kawan. aku tak akan toleh belakang - sesiapa yang cuba main calit-calit arang MARUAH aku, maruah adik-adik aku, maruah keluargaku, maruah arwah bapa aku, maruah kawan-kawan aku, pasti tangan dan kaki yang dah lali dengan pundi pasir ini yang  akan BERBICARA...


dengan sadar dan penuh tanggungjawab aku memilih jalan itu kerana aku berada dalam kumpulan manusia yang diantaranya punya hati yang hitam, aku mau mereka juga anggap hati aku jauh lebih hitam dari hati mereka...


tidak seperti lembu


9 tahun kemudian, minggu pertama persekolahan tahun 1974, aku ditawarkan balik tugas sebagai guru sandaran di sekolah cawangan. hari Rabu mendaftar, esoknya Khamis gurubesar minta balik buku rengkasan  atas alasan sekolah telah menerima guru-guru terlatih yang mencukupi. minggu depannya ramai pulak guru tak terlatih macam aku datang mendaftar diri. aneh dan ajaib!... itulah nasib orang yang dah dicemar MARUAH seperti aku - tak guna satu sen pun, HAMPEH! akhirnya aku tau juga tangan-tangan ghaib berhati hitam penuh dendam di belakang tindakan gurubesar yang tak punya pendirian  tapi rezeki dan ketentuan hidup bukan dari tangan orang yang punya hati hitam dan pendendam ni, seandainya aku ditakdirkan jadi ketua suatu masa nanti INSYA'ALLAH aku akan bertanggungjawab atas apa keputusan yang aku buat, apatah lagi kalau melibatkan MARUAH seseorang - aku tidak akan jadi ketua seperti LEMBU yang mudah dicucuk hidung!


hati yang hitam


"ketiga-tiga unsur jiwa manusia adalah hati, akal dan nafsu. jika salah satu daripada tiga unsur ini berjalan seimbang dengan mengetepikan panduan Islam, iman dan ihsan, kehidupan seseorang akan menjadi petaka bukan hanya pada dirinya sendiri, justeru keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat turut menjadi huru-hara."
- Dr Basri bin Ibrahim Al-Hasan Al-Azhari


Islam, yang dinyatakan di dalam al-Quran, menyebut manusia dengan pujian dan celaan. perkara ini bukan bererti memuji dan mencela manusia pada waktu yang bersamaan. akan tetapi bahawa manusia itu memiliki kesempurnaan dan kekurangan sesuai dengan fitrah yang dianugerahkan kepadanya. manusia memiliki kecenderungan untuk memilih dua perkara, yang BAIK atau yang BURUK. kerana manusia sebagai makhluk yang dibebani tugas, tentunya manusia akan berada pada dua kemungkinan, yakni melaksanakan atau memilih tidak melaksanakan tugas tersebut.


seandainya seseorang itu memilih untuk melaksanakannya WAJIB difikir kesannya nanti pada diri sendiri dan orang keliling. seorang bapa yang sangat perihatin dan sayang anak yang terlampau sanggup BERGOLOK-BERGADAI demi memenuhi keperluan, keselesaan dan kehendak anak yang berlebihan semata-mata mahu buktikan bahawa dia seorang bapa yang bertanggungjawab - kerja yang memang baik diungkit dan ditunjuk-tunjuk adalah perangai orang yang RIAK.


" Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, kemudian amal itu ( bagaikan ) debu yang berterbangan"
- al-Furqan, 25:23


pada kebiasaannya anak yang ditatang seperti menatang minyak yang penuh tidak mempunyai sikap daya juang atau daya saing yang sangat-sangat diperlukan dewasa ini.


Bangsa yang tidak punya sikap daya juang atau daya saing adalah bangsa yang LEMAH.


dan pada akhirnya bapa yang dikata penuh tanggungjawab itu adalah bapa yang gagal di dunia dan gagal di akhirat - NAUZUBILLAH!


membezakan orang baik dengan orang jahat terlalu mudah. orang baik buat kerja baik, orang jahat buat kerja jahat.  hasil kerja baik HALAL untuk sara diri, anak-anak dan keluarga. hasil kerja jahat HARAM untuk sara diri, anak-anak dan keluarga. makanan yang dibeli dengan wang halal akan membentuk hati dan akal yang jernih. makanan yang dibeli dengan wang haram BIASANYA membentuk hati seseorang itu menjadi HITAM dan akal yang mudah dipengaruhi oleh iblis cenderung melakukan kerja-kerja yang hitam juga.


untuk mengekang orang jahat yang akan melahirkan zuriat jahat adalah mudah kerana di sana  ada peruntukan undang-undang yang jelas. tetapi bagaimana pula untuk mengekang orang yang pandai MENYAMAR baik yang sebenarnya jahat, yang akan melahirkan zuriat jahat. situasi ini yang paling dikhuatiri oleh junjungan kita Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW telah bersabda:


" Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan terhadap umat-umatku ialah sifat RIAK dan NAFSU yang tersembunyi yang lebih TERSAMAR dari rangka seekor semut hitam, di atas batu yang hitam, di malam yang gelap"


di sebalik samaran itu...


golongan manusia yang pada zahirnya berperibadi mulia, luhur, berilmu, rujukan ramai dan disanjung oleh masyarakatnya tidak semestinya mulia disisi Tuhan. ada di antara mereka memang tahu dan sengaja buat begitu atas runtunan nafsu dan yang lebih malang golongan naif yang benar-benar tidak tahu disebabkan kekurangan ILMU.


di antara golongan itu ialah:

  • golongan suami yang tidak dapat bezakan harta sendiri, harta sepencarian dan harta pusaka isteri bila jadi haram dan bila jadi halal
  • golongan ilmuan yang tidak dapat aplikasikan amalan ibadahnya ke dalam kehidupan hariannya sebagai seorang AWAM
  • golongan ilmuan yang PUTARBELITKAN ilmu agamanya untuk kepentingan diri
  • golongan ilmuan yang jual ilmunya untuk memenuhi keperluan hariannya dengan kadar yang melampau
  • golongan tidak amanah
  • golongan manusia bijaksana pandai ambil kesempatan atas kepercayaan ramai untuk kepentingan sediri, keluarga , anak-anak dan rakan-rakan

tanggungjawab



sesuai dengan konsep penciptaannya yang sempurna, Allah telah menganugerahkan kepada manusia akal fikiran untuk berfikir dan membezakan yang haq dan yang bathil. Allah juga telah melantik seorang pemimpin di kalangan manusia untuk meminpin manusia ke arah kebenaran ia-itu jalan yang membawa KESELAMATAN di dunia dan di akhirat.

melalui pimpinan wahyu Ilahi dan utusan Nya,Allah telah mengingatkan kepada manusia bahawa hakikat penciptaan mereka bukanlah sia-sia. tetapi ada tugas dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh kerana itu pihak yang mengingkari dan menidakkan peranan mereka sebagai KHALIFATULLAH  dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kekufuran akan dilaknat dan diseksa diakhirat kelak.
Wallahualam...













rujukan :



  1.  artikel ANWAR paste dari FB kawan 
  2.  dairi peribadi
  3.  Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al- Azhari, MELAMPAU : punca-punca, ciri-ciri dan cara   mengatasinya. Al- Hidayah Publications, kuala lumpur, 2007
  4.  Ibrahim Muhammad Al-Jamal,  Penyakit jiwa menurut hukum syarak:Lidah dan syahwat. Al-Shafa, Seri Kembangan, Selangor,2012


Monday, July 2, 2012

scorpene merentasi sempadan...

30.05.2012
UMNO UNTUK BUMI MALAYSIA



Yasmin Zafirah
SKANDAL SCORPENE!!! 7 fakta mengapa Najib tidak akan terlepas.

Fakta pertama:

Menteri Pertahanan ketika proses pembelian kapal selam Scorpene pada 5 Jun 2002 adalah Perdana Menteri ketika ini, Najib, sementara Perdana Menteri ketika itu adalah Mahathir Mohamad dan timbalannya, Abdullah Badawi. Adalah mustahil kedua-dua mereka ini tidak mengetahui langsung proses pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan antara sebuah kerajaan dengan kerajaan lain.


Fakta kedua:


Perjanjian yang ditandatangani antara Menteri Pertahanan yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol melibatkan nilai keseluruhan EUR2.1 billion (RM7.3 billion) wang pembayar cukai adalah termasuk dengan komisen pembelian kapal selam bernilai EUR114 juta (RM540 juta) yang dianggap rasuah oleh Kesatuan Eropah (EU) kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda,strategis Najib - RASUAH!


Fakta ketiga:


Perolehan kapal selam yang diminta Najib daripada DCNS adalah EUR1 billion (RM3 billion) yang dipohon dalam kadar segera bagi tujuan yang masih tidak diketahui - RASUAH!


Fakta keempat:


Sebahagian daripada nilai keseluruhan EUR2.1 billion (RM7.3 billion) itu pula dipindahkan kepada sebuah syarikat milik Razak Baginda yang berada di Hong Kong, Terasasi Sdn Bhd bernilai EUR36 juta (RM114 juta) - RASUAH!


Fakta kelima:


Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kapada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat yang selama ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS -KEJAYAAN BESAR


Fakta keenam


Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F.DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada Arnaud Dubus, dan salinannya dihantar kepada Baiocco dan SAUVAGEOT "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.


Fakta ketujuh:


Antara dokumen-dokumen penting yang ditemui adalah kewujudan invois yang difakskan oleh Terasasi Sdn Bhd (No. syarikat 524814 - P) pada 19 September 2004 untuk Bernard Baiocco ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak EUR359,450 (RM1.2 juta) untuk tujuan ' yuran kejayaan' yang akan dibayar melalui akaun Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3000.450-8dan mengandungi nota ditulis dalam Bahasa Perancis adalah berikut:


"Razak (Najib Altantuya) demande si ce SF peut pris en Compte assez vite. le Support Fee suit avec un rapport".


Terjemahan : Permintaan Razak (Najib Altantuya) jika yang SF boleh diambil kira agak segera.Yuran sokongan berikut dengan laporan.


Selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.


Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib Altantuya bernilai RM3 billion daripada DCNS - syarikat pembuat kapal selam berkenaan.


Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro 36 juta (RM114 juta).


Terdapat juga penemuan terbaru hasil siasatan Perancis...:
Sampul surat dengan sub folder bertajuk 'C4'.Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung mengandungi:

  • Satu folder sub bertajuk 'C4'
  • Satu folder sub bertajuk 'invois'
  • Fail dalam format PDF
  • Sebuah pemacu mudah alih USB - with Bleeding Bulldozer, Muhamad Ariffin, Mia Sara, Hazizy Mat Soho, John Johara, Gebu Man and Pencinta Kebenaran





Kak Midah
FAKTA2 YG SEBENARNYA:
May 28,2012


Komisyen Scorpene : Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang 'disaat-saat akhir' sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato' Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir dimana Dato' Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.


Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.


Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana 'mengesaki' kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Monggolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.


Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata,"kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar."


Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato' Seri Najib dengan apa jua cara.


Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat krterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.


Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit dimana segala butirannya tidak boleh dibincangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, Ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.


Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai Euro1,084 billion.


Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.


Bakinya, iaitu EURO114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek kapal selam TUDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.


Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.


Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetk di atas, iaitu "kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberi kepada syarikat Perimekar", Justeru berdasarkan fakta ini , persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna  Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.


Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

  • menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
  • Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kepada TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Spanyol untuk tempoh 6 tahun.
  • Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari setiap seorang untuk 3 tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
  • Membayar kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap 4 bulan sekali.
  • Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.
  • membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam pelaksanaan kontrak.
  • Menyelaras latihan antara krew ,kontraktor dan kerajaan.
  • Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.
Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata tetapi bayaran untuk perkhidmatan, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?


Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimrkar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa-apa yang pelik dalam urusan ini.


Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.


Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?


Dengan RPK sudah pun mengaku yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.


Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan...


-shahalam.com


nb
teks di atas diambil dari FB Umno untuk Bumi Malaysia pada 30.05.2012. saya cuma ubah fon dan grafik ikut kesukaan saya tanpa mengubah ejaan, perkataan , ayat dan fakta asal dari kedua-dua penulis berkenaan. t.k