Saturday, August 18, 2012

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU



dari ezact .co

1) Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung
 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan 
untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN 
MELAYU sehingga  nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3) Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami 
tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan
 ancaman dari luar negara;

4) Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5) Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi 
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Peringatan Raja Nazrin Shah





Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu 
Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat
 asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, 
kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan 
kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil
sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Raja Nazrin Shah telah merujuk kepada :
Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.


ps
sila klik pada perkataan yang di"bold" untuk keterangan lanjut

Wednesday, August 1, 2012

ku cermin diriku di sini...




hamba Mu datang menyahut panggilanMu
Ya Allah
hamba Mu datang menyahut panggilanMu
hamba Mu datang menyahut panggilanMu
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu
hamba Mu datang menyahut panggilanMu
sesungguhnya segala pujian, nikmat dan
pemerintahan adalah kepunyaan Mu
tidak ada sekutu bagi Mu

syukur kepada Allah Yang Maha Esa telah memakbulkan doaku selama bertahun-tahun kebelakangan ini...dan kebetulan anak sulungku di tahun akhir belajar di IPTA, menekala anak bujang keduaku sedang menunggu keputusan SPMnya sementara puteri bongsuku sudah kembali ke asrama - sekurang-kurangnya anak bujangku boleh menunggu kediaman sementara ini.

Alhamdulillah

dua minggu sebelumku berangkat, aku mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat - anak-anak, saudara-mara dan kawan-kawan rapatku berkumpul. aku tinggalkan pesan kepada anak sulungku - semasa ketiadaanku atau mungkin aku tidak kembali lagi - segala urusanku yang belum selesai ku serahkan kepadanya : kebajikan dan pelajaran adik-adik, harta yang tidak seberapa, akaun-akaun bank dan urusan pencinku...

pukul 9 malam masanya yang sesuai aku bertolak. aku mandi dan mengenakan pakaian IHRAM. belly, armani, snail, cardigen, baju melayu serta alat solekku, ku simpan sementara waktu dalam beg besarku.

ooohhh!

kiranya aku terpisah jua dengan pakaian-pakaian yang menunjukkan STATUSku. dengan pakaian inilah seringkali aku jadi SESUMPAH sentiasa bertukar-tukar warna mengikut keadaan, masa dan tempat. dengan berselindung di bawah pakaian kegemaranku inilah juga aku sering berubah-ubah menjadi serigala sedia membaham mangsanya atau menjadi ular yang akan membelit sesiapa saja atau akan bertukar menjadi anjing, tikus, ayam jantan dan haiwan-haiwan seangkatan dengannya - aku berdoa dan berharap bila tiba masanya ku pakai kembali bellyku, armaniku, cardigenku, perangai haiwanku akan tetap ku kunci dan bersemadi dalam beg besar ini...

mudah-mudahan

- dan sekarang aku BERIHRAM, aku adalah aku yang sebenar!

sebelum menaikki kereta antik kegemaranku - ha! ha! ha! masih ingat dunia... aku panjatkan doa...

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Maha Suci Tuhan
yang telah menundukkan semua ini untuk kami
dan, kami tidak mampu menguasainya
dan, sesungguhnya hanya kepada Tuhan kami
akan kembali

Ya Allah
ku mohon kepadaMu, dalam perjalananku ini
kebajikan, taqwa, dan amal yang Engkau redhai
Ya Allah
jadikanlah perjalanan kami ringan
dan dekatkanlah kejauhannya

Ya Allah
Engkau pendamping kami
dalam perjalanan ini
dan Engkaulah pengganti kami
dalam keluarga kami

Ya Allah
aku berlindung kepadaMu
dari beban beratnya perjalanan,
pemandangan yang menyedihkan
dan kesudahan buruk pada
harta dan keluarga kami

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin...

bila juruterbang mengumumkan bahawa pesawat sedang berada di kawasan Miqat aku pun memanjatkan doa:

- sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala -

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
lagi mempunyai ( Penguasa ) hari pembalasan
hanya Engkaulah, Ya Allah yang kami sembah
dan hanya engkaulah kami minta pertolongan
tunjukkanlah hati kami ke jalan yang lurus
ia-itu jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka
sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurka
dan bukan pula orang-orang yang sesat

hamba mu datang menyahut panggilanMu
Ya Allah
hamba mu datang menyahut panggilanMu
hambu mu datang menyahut panggilanMu
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu
hamba mu datang menyahut panggilanMu
sesungguhnya segala pujian, nikmat
dan pemerintahan adalah kepunyaanMu
tidak ada sekutu bagiMu

- dan sekarang aku menjalani EVOLUSI ke dalam keadaan BERIHRAM! -

semakin mendekati KAABAH, jantungku berdenyut dengan cepat. perasaanku bercampur-baur - gembira, sedih, pilu.- keadaan yang begitu ramai pengunjung, hatiku, perasaanku sayu dan hiba...

Ya Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Engkau terima juga jasad yang penuh dosa dan noda ini
hamba mu tiada kekuatan untuk mentaati Mu
hamba mu tiada daya untuk menghindari larangan Mu

Ya Allah
aku diberikan mata tapi tidak ku gunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaranMu
aku diberikan telinga tapi tidak u gunakan untuk mendengar seruan-seruan Mu
aku diberikan hati tapi tidak ku guna untuk memahami ayat-ayat Mu

Ya Allah
betapa hinanya diri ini disisi Mu
ampunilah segala keangkuhan, keegoan, kedangkalan hati yang menyaluti sanubari hamba Mu selama ini

- Sesungguhnya telah kami utus seorang Rasul kepada tiap-tiap umat. hendaklah kamu sembah Allah dan jauhi thagut ( berhala ). maka di antara mereka ada yang ditunjukki Allah dan diantara mereka ada yang berhak mendapat kesesatan. maka berjalanlah kamu di muka bumi, lalu diperhatikanNya, bagaimana akibat orang- orang yang mendustakan (Allah )

AN - NAHL 16: 36

- Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya menyembah kepadaKu

AZ - ZARIYAT 51 : 56

- Adalah kamu sebaik-baik umat, yang dilahirkan bagi manusia supaya kamu menyuruh dengan yang maaruf dan melarang dari yang ingkar, serta beriman kepada Allah, kalau berimanlah ahli kitab, nescaya lebih baik bagi mereka, tetapi setengah mereka beriman dan kebanyakkan mereka FASIK

ALI IMRAN 3 : 110

- Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi dengan keadilan. janganlah kamu tertarik kepada kebencianmu kepada satu kaum, sehingga kamu tidak berlaku adil. berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat kepada taqwa dan takutlah kepada Allah. sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan

AL MAIDAH 5 : 8

- Katakanlah : sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekian alam. tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal dan pertama - yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah Nya

AL - AN'AAM 8 : 162&163

Ya Allah
begitu dangkalnya akal ini,
begitu naifnya jiwa ini
begitu hinanya diri ini

dengan langkah longlai aku menuju ke Garisan Hajar Aswad

Bismillah wallahu Akbar

aku pun terus menceburkan diri dan hilang di tengah-tengah orang ramai. aku terbenam dan hanyut dalam lautan manusia yang sedang mengelilingi KAABAH. aku pun terus berzikir...

jasadku terasa terapung-apung bagaikan kupu-kupu berputar-putar mengelilingi api lilin sehingga jasadku terbakar hangus dan rohku dihembus bayu - hilang bersama CINTANYA dan mati didalam CAHAYANYA

Allahu Akbar

baru ku sedari, dalam perjalanan mencari CINTA ABADINYA dengan secara halus dan syahdu kita diseru bertarbiyah, bekerjasama, bantu-membantu sesama umat tidak mengira STATUS atau WARNA KULIT demi menuju kebaikan di dunia dan di akhirat, kita juga diINGAT sentiasa mematuhi ajaranNya dan menghindari laranganNya agar tidak TERGELINCIR dari JALAN Allah...

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin

pergerakkan TAWAF ini mengingatkan aku tentang sistem cakrawala, semua planet berputar dan berpusing dalam orbit masing-masing mengelilingi matahari. seandainya salah satu dari planet itu terkeluar dari orbitnya dengan IZINNYA maka rosaklah sistem itu...begitulah juga dalam menghayati perjalanan TAUHID ini...

nauzubillah!

setelah selesai mendirikan sembahyang sunat tawaf dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, aku pun menuju ke Bukit Safa untuk menunaikan SA'IE HAJI

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

aku pun berjalan pantas sambil berzikir menuju ke Bukit Marwah. dari Bukit Marwah aku berjalan balik ke Bukit Safa, begitulah ulang-alik sehingga tujuh kali dan berakhir di Bukit Marwah

termengah-mengah juga rupanya!

aku dapat rasakan bagaimana deritanya Siti Hajar tika berlari-lari, naik bukit turun bukit dibawah terik matahari dalam keadaan lapar dan dahaga demi setitis air untuk anaknya Ismail!

Siti Hajar meninggalkan kota dan membawa Ismail ke tanah gersang ini demi kecintaannya, ketaatannya dan kepatuhannya dengan perintah Allah Yang Maha Kuasa...walaupun Siti Hajar dan Ismail dibawah jagaanNya, Siti Hajar tidak mengharapkan kuasa ghaib menyediakan sajian lazat dan mencipta sungai untuk bersenang - lenang. Siti Hajar PASRAH - dengan menggunakan kudratnya yang ada untu mencari setitis air...walaupun Siti Hajar gagal dalam usahanya itu, dengan izin Allah terpancut air di bawah kaki Ismail

Allahu Akbar

MANUSIA wajib BERUSAHA untuk meneruskan hidup menekala rezeki, ajal dan maut adalah dibawah KEKUASAANNYA.

terfikir aku, jika kita mencari Allah di sini atau di mana-mana pelusuk dunia ini hanyalah satu usaha yang sia-sia tetapi kita akan dapat menghampiriNya, merasai zatNya, kewujudanNya dan keagunganNya di jalan Tauhid ini...rupa-rupanya dalam usaha pencarian ini kita akan temui DIRI SENDIRI

MASYA' ALLAH!

seandainya bangsaku mencontohi Siti Hajar, pasrah dan patuh dengan arahanNya, berusaha dengan kudrat yang ada demi cita-cita atau mungkin demi melengkapi keperluan hariannya sebagai manusia dengan IZINNYA mungkin tidak ada lagi orang-orang yang masih SEGAR-BUGAR sanggup bergantung pada BAITULMAL, INSTITUSI KEBAJIKAN atau menjadi TAKSUB kepada seseorang sehingga bersedia menjadi BADOT suruhan demi WANG...

- apakah ini erti sebuah kemerdekaan di bumi bertuah yang sudah separuh abad MERDEKA!

tanggal 8 Zulhijjah selepas solat asar, aku bersama jemaah lain bertolak ke Padang ARAFAH. kebetulan aku duduk berhampiran pembesar suara, aku tidak melepaskan peluang BERTALBIAH dan diikuti oleh para jamaah

Alhamdulillah

setibanya di Arafah aku terus berzikir. Padang Arafah merupakan tempat pertama di bumi ini Allah menerima TAUBAT hambaNya. di Jabal Rahmah Adam dan Hawa bertemu setelah dikeluarkan dari Syurga sekian lama lantaran melanggar laranganNya. bertahun-tahun memohon taubat di sini dan akhirnya taubat mereka diterima dan diampunkan segala dosa - dan sekarang aku DI SINI, hasrat dan matlamatku seperti Adam dan Hawa, mohon ampun dan maaf dariNya dan meminta agar hajiku haji yang MABRUR!

Insya' Allah

- tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
tiada sekutu bagiNya
hanya bagiNya segala kekuasaan
dan hanya bagiNya segala puji
dia menghidipkan dan mematikan
dan Dia Maha Kuasa berbuat apa pun


- Subhanallah
Maha Sucu Allah
segala puji bagi Allah
tiada Tuhan Yang Haq selain Allah
Allah Maha Besar


- Maha Suci Allah
dengan maunahNya
yang mewajibkanku memujiNya
ku sucikan namaNya
Maha sucu Allah Yang Maha Agung


- tiada Tuhan Yang Haq selain Engkau
Maha Suci Engkau
sungguh aku tergulung
orang-orang yang menganiaya diri


- tiada daya untuk mengulangi maksiat
tiada kekuatan untuk melakukan kekuatan
kecuali atas maunah dan taufikNya


- wahai Tuhan kami
kurniakan kepada kami
kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
dari azab api neraka


- Ya Allah
limpahkanlah Selawat kepada Nabi Muhammad
dan kepada keluarga Nabi Muhammad
sebagaimana Engkau limpahkan Selawat kepada Nabi Ibrahim
dan kepada keluarga Nabi Ibrahim
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia
dan limpahkanlah barkah kepada Nabi Muhammad
dan kepada keluarga Nabi Muhammad
sebagaimana Engkau limpahkan barkah kepada Nabi Ibrahim
dan kepada keluarga Nabi Ibrahim
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia

malam mula menyelimuti bumi Arafah, cuaca yang terik membakar tulangsebentar tadi perlahan-lahan bertukar menjadi sejuk dan dingin di bawah sinaran sang rembulan yang damai dikelilingi berjuta bintang berkerlipan di langit biru - sungguh nyaman dan enak mata memandang...

siang, malam, matahari, bulan, bintang, padang pasir, bukit-bukau, tumbuhan, haiwan, panas, sejuk, dingin, hujan, ribut, hidup dan mati adalah dibawah ciptaan dan kekuasaanNya yang mutlak dan setiap kejadian pasti ada sebab musababnya yang tidak TERJANGKAU dek pemikiranku yang kerdil ini. yang aku tahu tanganku dilarang untuk mengusiknya walaupun janggut dan misaiku sendiri...


- Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati ( anak burung dari telur induknya ) dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup ( telur dari perut burung ) dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa berhitung

ALI IMRAN 3 : 27

aku tersentak dari bunyi hon yang bertalu-talu, aku lihat keluar, jalan penuh sesak dengan kenderaan dan manusia yang berjalan kaki. oooh! sudah hampir 2 jam dalam bas ini, aku renung isteriku, aku lihat wajah jemaah lain - tenang dan syahdu - mungkin mereka sedang menyiapkan diri untuk PERJUAGAN ROHANI selanjutnya. berjuang menghapuskan syaitan-syaitan di Jamrah.

setelah Solat Subuh, aku, isteriku bersama jemaah-jemaah lain menuju ke JAMRATUL AQABAH...

fikiranku berkecelaru...hatiku resah dan gelisah. berupayakah aku meninggalkan duniaku yang penuh glamour ini? aku dapat rezeki tambahan atas dorongan dan pertolongannya, aku mudah bergaul dengan wanita-wanita cantik atas pertolongannya juga, aku bersedia melakukan apa saja demi menjaga kepentingan individu yang boleh menjamin statusku walaupun perlu mengampu, membodek yang kadangkala cukup menyiksa diri sendiri. hatiku penuh dendam ,iri dan benci...

Ya Allah
aku ingin keluar dari situasi ini
aku ingin bebas dan damai disampingMu

tiba-tiba isteriku menarik tanganku menuju Jamratul Aqabah

- Dengan Nama Allah Yang Maha Besar, aku melontar kepada syaitan bersama pengikut-pengikutnya

aku juga melontar

- dengan Nama Allah Yang Maha Besar, aku lontar jauh-jauh hati hitam ini bersama-sama syaitan-syaitan yang telah menjadi darah dagingku

Ya Allah
terimalah dan restuilah PENGORBANAN hambaMu ini
mudah-mudahan hari-hari yang akan ku lalui nanti berada di LANDASANMU Ya Allah

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin

sekembalinya ke khemah, aku memakai semula pakaian kegemaranku, pakaian yang selama ini menutup kerja-kerja JAHILku. aku pasti, sekarang aku adalah aku yang sebenarnya. aku tidak perlu main SANDIWARA lagi. diriku, hatiku dan KIBLAT ku hanya kepdaMu Yang Satu dan inilah matlamatku

aku keluar sebentar bersama rakan-rakan untuk tukar angin sambil mengutip batu-batu kecil kegunaan esok hari.setelah cukup bilangannya aku menuju ke pili air untuk membasuh tangan, datang gadis arab menghulurkan sebotol air

- thank you, I want to wash my hand only

gadis itu pun beredar...tiba-tiba gadis itu muncul kembali di hadapanku

- for you, to wash your hand
- ooh, why should I meet you here, wrong time, wrong place
- I beg your pardon
- never mind, by the way, thanks for your water
- welcome

gadis arab itu pun berlalu menuju ke Jamrah, seandainya bukan di sini pasti aku akan mengekorinya...

hidungnya, jelingan manjanya dan senyuman manisnya terus melekat di mata ini.ku ceritakan peristiwa itu dan perasaanku kepada rakan karibku. dia senyap sambil merenungku, mungkin jauh disudut hatinya berkata...

DASAR PLAYBOY CAP GAYUNG!

aku terlelap bersama kenangan indah bersama gadis manis...bila rakanku kejutkan untuk Solat Zohor berjamaah, aku rasa ada sesuatu yang ganjil dalam mataku, gatal, pedih, sakit kena sinaran matahari - aku sakit mata rupanya!

sepanjang petang itu aku duduk di khemah sambil melayan angan-angan...
menjelang tengah malam aku mengambil sejadah lalu bergegas keluar. aku mencari tempat yang sesuai untuk MENGHIDUPKAN MALAM dengan BERQIYAMULLAIL, tahajud, tasbih, hajat dan witir ku selang-seli dengan berzikir...

aku ingin mendampingiMu Ya Allah

di sini baru aku teringat ikrarku di Jamrah, di sini, di bumi yang barkah ini tujuanku, matlamatku hanyalah satu: menyuburkan CINTAKU kepadaMU tidak ada dua atau tiga malah sejak berihram selama 15 hari, aku dilarang menggauli isteriku - Masa'Allah apatah lagi bernafsu kepada gadis arab itu...

nauzubillah

menjelang dinihari aku pulang ke khemah, aku baring dan terus terlelap. bila terjaga - mataku sudah pulih seperti sediakala.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

terimakasih dan bersyukur, Tuhan masih mengingatkan kesalahanku di sini...

seperti semalam, selepas Solat Subuh, aku bersama jemaah lain menuju ke Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah;

aku lontar jauh-jauh hati hitam ini bersama syaitan-syaitan yang telah menjadi darah dagingku
aku lontar juga BRAND PCGku !

memang sudah lama aku mengidam untuk menghidupkan malam di BUMI MINA ini, berQiyamullail dan berzikir : ku pohon ampun, ku pohon restu, ku pohon petunjuk, ku pohon pedoman dalam usahaku menghampiri Mu. setelah memberi salam dalam sembahyangku yang terakhir malam itu, bahuku disentuh oleh seorang lelaki arab, dia memberiku sedulang makanan

- nasi beriani kambing -
- nasi kegemaranku! -

Ya Allah
apakah ini satu lagi UJIAN?

adakah aku akan berubah menjadi singa membaham daging-daging itu dengan rakus dan gelojoh?

atau

mungkin aku menjadi tamak tak pelawa orang-orang yang lalu lalang?

atau

mungkin pemberian ikhlas bagi menambah tenagaku mengerjakan TAWAF IFADAH bila sampai Masjidil Haram petang esok.

syukur Alhamdulillah

di sini, di bumi barakah ini mungkin aku masih boleh mengawal dan mengelak bisikan-bisikan syaitan yang sudah lama bertahta di hati ini. pastikah aku boleh menghindarinya bila aku sampai di kampung halaman nanti...

rasanya, sudah lebih 40 tahun aku cuba berjalan dilandasan yang betul, aku cuba lari:

- dari hasil-hasil haram pertolongan hantu dan syaitan yang berada di busut-busut atau kubur-kubur keramat

- dari kerja-kerja adu domba bodek, ampu, angguk kepada ketua munafik yang ingin kuasa dan kaut harta atas kelemahan bangsa sendiri

- dari hiruk-pikuk malam dengan muzik dan helai ketawa gadis-gadis manis khayal dengan air anggurnya

Ya Allah
aku masih di Bumi Barakah ini...realitinya aku TERSUNGKUR dengan senyuman manis dan jelingan manja gadis arab dengan botol airnya itu..

dan aku sedar, bahawa syaitan-syaitan jembalang yang ku benam di Jamrah tadi akan keluar dan bertukar menjadi wajah alim yang membawa misi yang licik...

mungkin menyerupai ibrahim walhal adalah firaun
mungkin berwajah ahli kitab walhal adalah BONEKA memperaga ilmu agama demi kepentingan diri dan wang...

Ya Allah
berilah hambaMu perlindungan
berilah hamba Mu petunjuk
berilah hamba Mu kekuatan
semoga perjalanan hamba Mu di hari tua ini
sentiasa di jalan yang diredhai
dan tidak TERGELINCIR lagi
AMIN









Dan ( Tuhan berfirman lagi ) :sekiranya penduduk negeri itu
beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
membuka mereka ( pintu pengurniaan ) yang melimpah-limpah
dari langit dan bumi.
tetapi mereka mendustakan ( Rasul Kami )
lalu Kami timpakan mereka dengan
azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan


AL- A'RAF 7 : 96