Monday, October 15, 2012

integriti dan akauntabiliti


dari kacamata ezact.co
















Ketikaku mencari-cari idea untuk menulis blog terlintas di fikiranku untuk berkongsi ilmu yang pernah ku pelajari di Institut Integriti Malaysia IIM bersama-sama Mr Kay dan Mr Azmi sewaktu ketika dahulu di awal perkenalan kami menyertai program-program untuk pemimpin Belia Muda.
Ilmu ini bukan sahaja diturunkan kepadaku dan aku berpeluang mendidik dan berkongsi pengalaman bersama mahasiswa mahasiswi UiTM Shah Alam ketika aku bertugas sebagai Fasilitator Modul LPPKP UiTM
Mungkin pada masa kini penggunaan kata INTEGRITI tidak asing lagi kepada semua warga Malaysia. Aku lihat belia-belia mahasiswa pemimpin Bangsa acapkali menggunakan dan mewar-warkan istilah ini dalam menyeru rakan-rakan berbuat kebaikan
Tetapi manusia sering alpa bahawa istilah ini sudah diterapkan sejak kecil lagi dan mungkin istilah yang digunakan tidak 'bombastic' tetapi membawa kepada makna yang sama. Kepada muslimin muslimat di luar sana mesti anda semua masih ingat akan sifat-sifat Mahmudah dan sifat-sifat mazmumah yang diajar oleh ustaz ketika kita di sekolah rendah.
INTEGRITI disini membawa sifat-sifat mahmudah yang telah diterapkan sejak kecil.

INTEGRITI - mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga merangkumi keikhlasan, keterbukaan, amanah, berpegang kepada prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh dipercayai.

tiada perbezaan bukan? ( search sifat mahmudah di google crome anda ) :)
disini kita boleh melihat istilah ' bombastic' seterusnya yang ingin menyeru rakan-rakan belia diluar sana agar lebih cenderung dan memahami erti katanya

AKAUNTABILITI - bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan yang wajib dilaksana dengan sempurna. Seseorang itu perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan dan keputusan yang telah dibuatnya.
apakah bezanya dengan perkataan AMANAH itu sendiri?? tiada beza juga wahai rakan beliaku tetapi memberi nafas baru agar kita dapat memahami dan menggunakannya dengan lebih kerap dan dapat menarik perhatian seseorang yang mendengar.
Indahnya Islam itu bukan? aku bukanlah ustaz ataupun pendakwah tetapi hanya ingin berkongsi pandangan bersama rakan belia ku di luar sana :)
Contoh Integriti yang paling mudah dan senang aku ingati dan berkongsi dengan kalian dimana aku memetik kata-kata pemimpin IIM sendiri
Bayangkan apabila anda seorang CEO@ VIP yang telah terlewat 15minit untuk menghadiri satu mesyuarat/majlis penting dimana anda berada di persimpangan jalan berlampu isyarat merah dan tiada kenderaan lain pada ketika itu, adakah anda akan melanggar lampu isyarat itu ataupun berhenti untuk mematuhi undang-undang jalan raya??
Bayangkan juga apabila sesuatu pilihan raya kampus dijalankan.Bagaimanakah anda ingin membuang undi anda? Adakah faktor Kroni yang menjadi aturan pertama ataupun kredibiliti pemimpin yang bertanding menjadi pilihan ataupun main pangkah sahaja tiada kena mengena dengan anda? Dimana letaknya Integriti di kedua-dua peristiwa bayangan anda sendiri.?
Pelan Integriti Nasional

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnyacabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

BERINTEGRITI KAH KITA ??
ANDAKAH ANDA TAHU TARIKH SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL?
tepuk dada jawab sendiri :)

salam INTEGRITI dariku


NB
artikel di atas saya paste dari blog ezact.co hanya bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri dan juga untuk tatapan minda pengunjung-pengunjung setia laman web saya. terima kasih diatas sokongan  semua.
-misnun


Monday, October 1, 2012

syair untuk bakal tetamu Allah



menuju Arafah

EPILOG

sebuah syair dari
Naser Khosrow

dengan membawa kemulian jemaah haji telah kembali
mereka bersyukur kepada Allah Yang Pengasih
di dalam perjalanan dari Arafah menuju Mekah
dengan takzim mereka mengulangi ucapan ' Labbaika'
ketika menghadapi kekerasan Padang Pasir Hijaz
mereka bersukaria kerana telah selamat dari siksa dan api
mereka telah menunaikan Haji dan telah menyelesaikan Umrah
kini, dalam keadaan selamat mereka kembali ke tanah air

aku menyempatkan diri untuk menyambut kepulangan mereka
walau biasanya orang-orang yang seperti aku ini tidak berbuat demikian
tetapi salah seorang di antara para jemaah itu
adalah sahabatku yang sejati
kepadanya aku bertanya bagaimana dia telah menempuh
perjalanan yang sangat sulit dan menakutkan itu
kepadanya kukabarkan, sejak kepergiannya meninggalkan aku sendiri
yang ku rasa adalah sesal dan dukacita semata-mata

tetapi kini aku gembira kerana anda telah menunaikan ibadah Haji
dan kerana andalah satu-satunya haji di negeri kita ini
ceritalah kepadaku 
bagaimana anda telah menunaikan haji?
bagaimanakah anda telah memuliakan Tanah Suci?

setelah melepas pakaian dan hendak mengenakan ihram
di saat-saat hati menggelora itu apakah 'niat' - mu?
telah anda tinggalkan setiap sesuatu yang harus anda tinggalkan?
telah anda tinggalkankah setiap sesuatu yang lebih hina 
daripada Allah Yang Maha Besar?
tetapi jawabnya : TIDAK!

kepadanya aku bertanya
apakah ia telah menyerukan 'Labbaika'
dengan pengetahuan yang sempurna dan dengan penuh takzim?
apakah ia telah mendengar seruan Allah?
atau, apakah ia telah patuh dengan kepatuhan Ibrahim?
tetapi jawabnya : TIDAK!

kepadanya aku bertanya
ketika berada di Arafah
ketika sedemikian hampir kepada Allah Yang Maha Besar
sempatkah ia berkenalan dengan Dia?
tidakkah ia berhasrat untuk mempelajari sedikit pengetahuan? 
tetapi jawabnya: TIDAK!

kepadanya aku bertanya
ketika masuk ke dalam Kaabah
seperti yang telah dilakukan oleh keluarga 'Kahf dan Raquim'
tidakkah dibuangnya sikap mementingkan diri sendiri?
tidakkah ia takut kepada hukuman akhirat nanti?
tetapi jawabnya: TIDAK!

kepadanya aku bertanya
ketika menembak berhala-berhala
tidakkah ia memandang berhala-berhala itu sebagai syaitan?
dan setelah itu tidakkah ia menghindari kejahatan?
tetapi jawabnya: TIDAK!

kepadanya aku bertanya
ketika berkorban
untuk makanan orang-orang yang lapar dan anak-anak yatim
dan, setelah itu tidakkah ia membunuh ketamakan di dalam dirinya?
tetapi jawabnya : TIDAK!

kepadanya aku bertanya
ketika berdiri di Makam Ibrahim
apakah bersandar kepada Allah semata-mata
dengan hati yang tulus dan keyakinan yang teguh?
tetapi jawabnya: TIDAK!

kepadanya aku bertanya
ketika melakukan tawaf
mengelilingi Kaabah
tidak ingatkah ia bahawa semua malaikat
sentiasa tawaf mengelilingi bumi?
tetapi jawabnya : TIDAK!

kepadanya aku bertanya
ketika melakukan Saie
ketika berlari-lari di antara Safa dan Marwa
tidakkah ia menjadi suci dan bersih?
tetapi jawabnya ; TIDAK!

kepadanya aku bertanya
kini, setelah kembali dari Mekah
dan rindu kepada Kaabah
tidakkah akunya terkubur di sana?
tidakkah berhasrat untuk pergi lagi?
tetapi jawabnya: TIDAK!

'semua yang anda pertanyakan ini
tidak satu pun yang kumengerti'

maka kepadanya aku berkata
wahai sahabat! 
sesungguhnya anda belum menunaikan ibadah haji!
sesungguhnya anda belum taat kepada Allah!
memang anda telah pergi ke Mekah untuk mengunjungi Kaabah!
memang anda telah menghamburkan wang untuk membeli kekerasan padang pasir!
jika anda berniat hendak melakukan ibadah haji sekali lagi
berbuatlah seperti yang telah kuajarkan ini!


 mengelilingi Kaabah

NB,
syair di atas saya salin dari buku 'Haji suatu perjalanan Ibadah' tulisan Dr. Ali Shariati, terbitan Pustaka Al- Shafa, Setapak, Kuala Lumpur, 2009  (RM12.00)
Buku ini menceritakan peristiwa haji dari segi falsafah dan perihal diri ketika menghampiri Allah.
Buku ini mengikut kata penulisnya Dr. Ali Shariati, hanyalah komentar-komentar dan penafsiran-penafsiran terhadap ritual-ritual haji dan mengharapkan para pembaca memikirkannya
Menggunakan bahasa yang mudah difaham
Sangat sesuai kepada kita yang bercita-cita ingin menjadi tetamu Allah


 - misnun