Monday, June 10, 2013

kisah manusia dan tongkat

A

1.tongkat ali di halaman rumah:








2. dari wikipedia:

tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan malaysia dan indonesia. tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumu,  petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul dan setunjang bumi.
tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di bawah rimbunan hutan tanah rendah. biasanya daunnya rimbun pada hujung batang. kebanyakan pokok ini tidak bercabang, jika pun ada ia terlalu sedikit,satu atau dua cabang sahaja. bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun. tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.
secara tradisi tongkat ali diguna untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.
penyelidikan menunjukkan bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron ia-itu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

B
manusia dan tongkat:

1.

"dalam keghairahan kita melaksanakan dasar untuk membantu kaum bumiputera, kita kurang memberi perhatian kepada soal KUALITI. apa yang diutamakan adalah kuantiti dan amat kurang menekankan pembinaan KEUPAYAAN dan MENAMBAH NILAI.
kaum bumiputera dianggap kurang mempunyai daya saing dan ketahanan. maka timbullah anjuran melahirkan perubahan besar dalam sikap, revolusi mental untuk bumiputera. bumiputera telah digesa agar lebih berdikari, lebih mengutamakan ilmu pengetahuan dan lebih rajin.
revolusi mental amat penting dalam menghadapi dunia yang semakin tinggi daya saingnya. ekonomi negara kini menghadapi tekanan luaran ; produk kita menghadapi persaingan daripada negara lain. jika kita lambat mengubah sikap, jika kita tidak meningkatkan daya saing, akan terlepaslah pelaburan, kerja dan peluang niaga kepada negara yang lebih cekap dan lebih daya saingnya.
kenyataan bahawa kaum bumiputera ketinggalan di belakang bukanlah perkara yang baru saja disedari.
sebahagian bumiputera sedar akan keadaan ini dan khuatir akan wujudnya jurang tersebut. ramai merasakan bahawa masalah kaum bumiputera adalah berpunca daripada pemikiran dan sikap. bumiputera sendiri tidak menolak tanggapan ini.
ramai bumiputera mahu kita mengubah sikap kita agar dapat berdikari dan lebih berdaya saing, namun begitu dalam nafas yang sama mereka meminta PERLINDUNGAN yang lebih tinggi.bumiputera dianggap masih lemah dan belum bersedia lagi untuk berhadapan dengan pasaran terbuka.
bumiputera sedar bahawa mereka masih bergantung kepada TONGKAT dan ingin mengetepikan tongkat itu ; tetapi mereka takut hendak membuangnya. lantaran kebimbangan ini, mereka balik mengamalkan perangai lama, berkehendakkan cara penyelesaian segera dan menyalahkan orang lain. jika sikap demikian dibiarkan berleluasa, nescaya bumiputera akan menjadi semakin lemah lagi.  terus-menerus bergantung kepada TONGKAT  akan tambah melemahkan kita, dan pada akhirnya nanti kita akan terpaksa duduk di atas kerusi roda.
jika kita jujur dengan diri sendiri, kita akan mengakui bahawa barang siapa memperolehi sesuatu dengan begitu mudah sebenarnya tidak memiliki kekuatan dalaman."
- Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Abdullah: memperkasa Malaysia : Selangor, limkokwing integreted sdn.

2.

"Khazanah Nasional Bhd  telah mengesahkan menerima writ saman dan penyata tuntutan daripada wakil sah Tan Seri Halim Saad.
"memandangkan perkara itu masih belum selesai di mahkamah, kami tidak akan membuat apa-apa kenyataan lanjut," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Halim adalah bekas pemilik majoriti dan pengerusi eksekutif Renong Berhad dan telah memfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Bhd, Tan Seri Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Khazanah Nasional adalah tabung pelaburan strategik kerajaan yang diberi kepercayaan memegang dan mengurus aset komersilnya"
-Bernama



3.

" it has taken 12 years (since 2001) for Tan Sri Halim Saad, the one time Renong Whiz Kid to sue Hatchet man Tan Sri Nor Mohamed Yakcop as First Defendant, the Government of Malaysia as Second Defendant and Khazanah Nasional Bhd as Third Defendant over the Renong DEAL  for a sum of nearly RM2 billion plus unspecified amounts for damages to be determined by the court.
Tan Sri Halim is proceeding with this case now  because he is confident that our courts, which has of late been very assertive in handling criminal and civil cases, will adjudicate this case without SUCCUMBING to political pressure ; that Tan Sri Nor Mohamed Yakcop is no longer a minister in the government and will be treated like any other individual in a civil or criminal case, and that the mood of our nation is for justice and transparency in affairs of state.
a lot of issues will be exposed once this case is heard in open court."
- Din Merican's comment on his own blog







Wednesday, June 5, 2013

apa kata mahathir

 paste blog


Tuesday, June 4, 2013


UMNO DAHULU DAN SEKARANG

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 04, 2013

1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambil kira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8. Itulah UMNO enam puluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang  penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan.  Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini? Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO.  Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan.  Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.  Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali.  Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.  Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO.  Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain.  Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.




Sunday, June 2, 2013

anak kecil main api

1.


cucu 

melayu johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
pekan dan bandar kita menumpang
telok belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
selat tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit

di johor
jawa itu melayu
bugis itu melayu
banjar itu melayu
menangkabau memang melayu
aceh dan siak adalah melayu
jakun dan sakai lebih melayu
arab dan turki pekat melayu
malah mualaf bertaraf melayu

melayu itu maknanya bijaksana
jika menipu pun bersopan
kurang ajarnya tetap santun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
berani cukup benar
tunduk bila bersalah
lembutnya cukup jantan

setia sampai ke kubur
biar mati adat
jangan mati sahabat

anak johor
luka di tanjong puteri
parutnya di parit raja
muka biar berseri
MULUT biar berbahasa

berkelahilah cara melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

melayu johor saudaraku yang dikasihi
dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
sifat terpuji setiap insan
bermaufakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada ALLAH berserah

oleh 
Datuk Dr. Usman Awang

2.

keranda 152

Anak Melayu
panas dadamu membakar baju
kita arak keranda 152
ke tanah perkuburan parlimen

sepuluh tanah nafas ini terhenti
hari ini jangan lagi menyanyi

sebentar lagi malam akan tiba
tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
namamu telah diseru
jawablah
sebelum lidahmu jadi bisu

oleh:
Usman Awang
(1967)

3.

 main api

anak kecik main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesama kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan orang lain
peribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayu  kan gagah di nusantara

4 keladak

keladak

apa yang Bersih

siapa yang Cekap
dimana Amanahnya
memang diakui
ada yang wangi
ada yang busuk 
membusung!
hingga saat ini

rebranding

pakai istilah bombastik
integriti
akauntabiliti
sekadar
dodoi-dodoi hati

rebranding
pelajaran:
bla, bla, bla
pendidikan:
bla, bla, bla
macam sama 
pusing-pusing
dan
semuanya
rata-rata
macam dulu jugak
pusing keling
BEDEKANnya entah ke mana!
dan
sampai bila

rebranding
Bersihkan niatmu
Cekap kuasai ilmumu
Amanah  atas  urusanmu
Insya'Allah
peribumi SANJUNG jasa murni mu itu

misnun
03.06.2013