Wednesday, October 29, 2014

1MDB dari pandangan Dr Mahathir

1MDB is aggressively looking to be a major player in the Sabah power sector, eyeing a new hydro power plant with a 780MW capacity.
lebih tinggi dari pasaran 
apa kata Dr Mahathir :

1. kebebasan adalah suatu petanda kedewasaan sesebuah negara.kita dewasa.kita beri banyak kebebasan bersuratkhabar.malangnya kadang-kadang kebebasan disalahguna.ada akhbar sering menyalahguna kebebasan mereka.

2. kita tidak boleh masukkan sesiapa dalam tahanan ISA.oleh itu apabila sesuatu disalahguna,maka penjelasan perlu dibuat.jika tidak kebebasan akan membawa mudarat terutama apabila yang ditegur ialah kerajaan.

3. saya jarang membaca akhbar 'The Edge' tetapi baru baru ini saya terbaca rencana yang bertajuk "tabiat 1MDB membayar lebih untuk memperolehi (hutang) duit"

4. 1MDB ialah satu dana yang ditubuh oleh kerajaan sebagai dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) untuk dilabur supaya negara akan dapat hasil dari kekayaannya bagi masa depan.

5. biasanya dana seperti ini ditubuh oleh negara pengeluar minyak yang banyak yang tidak dapat dihabiskan pendapatan setelah mentadbir dan membangun negara.

6. Malaysia bukanlah negara pengeluar yang besar.hampir semua 650ribu tong yang dikeluarkan tiap hari diguna dalam negeri. malaysia pula mengalami defisit dalam belanjawannya.tidak ada lebihan wang untuk dana kekayaan negara.

7. kerajaan terpaksa hutang untuk dana kekayaan.

8. the edge dalam rencananya menyebut bahawa kos pinjaman berbillion ringgit luar biasa tingginya.

9. pada 1 september 2009 1MDB menggegarkan industri perbankan apabila setuju membayar faedah 5.75% ke atas hutang RM5 billion.hutang ini dijamin oleh kerajaan.biasanya bon kerajaan membayar hanya 4.0%.petronas bayar 3.6% sahaja.

10.pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak RM5.6billion dengan faedah sebanyak 5.99%.

11.1MDB cuma dapat RM4.973billion kerana sebanyak RM630million ditolak untuk komisyen,bayaran fees dan perbelanjaan.ini bermakna kos pinjaman berjumlah 11.25% dari wang yang dipinjam.

12.pada mac 2013, 1MDB telah pinjam RM9.6billion dengan faedah 4.4% tetapi 1MDB dapat hanya RM8.7billion kerana RM906million atau 9.44% dipotong untuk bayar komisyen, fees dan perbelanjaan.

13.bayaran sebanyak 11.25% dan 9.4% adalah kepada GOLDMAN SACHS,pengurus pinjaman hutang itu.

14.sebaliknya sebuah syarikat Equiser international incorporated, milik kerajaan SARAWAK membayar Goldman sachs hanya 1.25% apabila pinjaman USD800million.

15.jurucakap kerajaan menjelaskan bahawa 1MDB memiliki  harta bernilai lebih dari 40billion sedangkan hutangnya hanya RM38billion.oleh itu rakyat tidak perlu bimbang. tetapi kenapa bayaran kepada Goldman Sachs begitu tinggi.

16.sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta - ini dilaporkan dalam akhbar- harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran.

17.seorang jurucakap kerajaan menjelaskan bahawa wang 1MDB diguna untuk bumiputera. yang saya tau satu biasiswa diberi kepada seorang pelajar muzik.tidak mungkin biasiswa ini bernilai 38billion ringgit.kerajaan sepatutnya memberi maklumat yang jelas, terutama BUMIPUTERA yang boleh mendapat bantuan.

18.mungkin seluruh rencana dalam the edge adalah FITNAH untuk memburuk-buruk kerajaan dan PERDANA MENTERI. tetapi jika tidak ada AUDIT oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita DONGENG the edge.

Wallahua'lam

sumber   : chedet
bertarikh : 27.10.2014



Tuesday, August 12, 2014

Puisi terakhir Imam Ghazali

kehidupan merupakan suatu perjalanan
pulang menemui penciptaNya-
misnun



puisi terakhir Imam Ghazali

katakan pada para sahabat, ketika mereka melihatku, mati
menangis untukku dan berduka bagiku
janganlah mengira bahawa jasad yang kau lihat ini adalah aku

dengan nama Allah, ku katakan padamu, ini bukan aku 
aku adalah jiwa, sedangkan ini hanya selonggok daging

ini adalah rumah dan pakaianku sementara waktu
aku adalah harta karun, jimat yang tersembunyi
dibentuk oleh debu, yang menjadi singgahsanaku

aku adalah mutiara, yang telah meninggalkan rumahnya
aku adalah burung, dan badannya hanyalah sangkarku

dan kini aku lanjut terbang dan badan ini ku tinggalkan sebagai kenangan
puji Tuhan, yang telah membebaskan ku

dan menyiapkan aku tempat di syurga tertinggi
hingga hari ini, aku sebelumnya mati, meski pun hidup di antaramu

kini aku hidup dalam kebenaran, dan pakaian kuburku telah ditanggalkan

kini aku berbicara dengan para malaikat di atas
tanpa hijab, aku bertemu dengan Tuhanku
aku melihat Loh Mahfuz, dan di dalamnya ku membaca
apa yang telah, sedang dan akan terjadi

biarlah rumahku runtuh, baringkan sangkarku di tanah
buangkan sang jimat, itu hanyalah sebuah kenang-kenangan tidak lebih
sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luarku
letakkan semua itu dalam kubur, biarkanlah terlupakan
aku telah melanjutkan perjalananku dan kalian semua tertinggal

rumah kalian bukanlah tempatku lagi
janganlah fikir bahawa mati adalah kematian, tidak, itu adalah kehidupan

kehidupan yang melampaui semua mimpi kita di sini
dikehidupan ini, kita diberi tidur
kematian adalah tidur, tidur yang terpanjang

jangan takut ketika mati itu mendekat
itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang diberkati ini
ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu

bersyukurlah pada kurnianNya dan datanglah tanpa takut
aku yang sekarang ini, kau pun dapat menjadi
kerana aku tahu kau dan aku adalah sama
jiwa-jiwa yang datang dari Tuhanmu

badan-badan yang berasal sama
baik atau pun jahat, semua adalah milik kita
aku sampaikan pada kalian sekarang pesan yang menggembirakan
semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu selamanya


kuala selangor
12. 08. 2014






Wednesday, January 8, 2014

si penunggang uduk


superlow XL883L
dan
yamaha fz150i










nostalgia 1957

bila ku terdengar
duk,duk,duk
jauh berbalam-balam
aku dan kawan-kawan
sedia SENTRI
tepi jalan

macam biasa
si penunggang uduk
tak kunjung tiba 
hampa
si penunggang uduk
melencung entah kemana...

wahai si penunggang uduk budiman
ehsani kami
aku dan kawan-kawan
bukan TAGIH janji
walau
seringkali di CAPATI
aku dan kawan-kawan
hanya sekadar
mau CIUM bau benzen atas jalan
wangi!


misnun
kuala selangor
09.01.2014



Monday, August 26, 2013

luahan hati yatie 3



AKU DAN DIRIMU

Aku......
Bersendirian tanpa mu.....
Menghitung hari hari yang berlalu....
Merindu saat saat bersama denganmu...
Nostalgia..bersama sering mengganggu...
Tidur dan lenaku yang tidak menentu...bercelaru..

Kenangan yang berlalu..ku kenangkan satu persatu...
Tika kita bermain hujan batu yang jarang berlaku.
Tiada siapa menghalang..kita waktu itu.
Berlari larian di celah hujan,,,,
langsung tidak mengenal erti malu..kerna..
kita waktu itu  bukanlah bunga yang mengembang..
Bukanlah kumbang yang riang terbang...
Kita hanyalah anak yang sentiasa keriangan..

Dirimu...
Kini entah di mana...
Terus menghilang tanpa berita...
Mungkinkah dikau masih bernyawa..atau sudah tiada..
Adakah kau masih setia,,,,atau sudah berpunya...
Aku tidak tahu....
Dikau masih menunggu...
Dikau tidak tahu...
Aku masih merindu....

Aku dan dirimu....dulu sering bertemu..
Tiada batasan waktu...
Kini masa jauh berlalu...meninggalkan aku dan dirimu..
Yang sudah tidak lagi pernah bertemu...
Namun aku akan terus...menunggu...
Agar suatu hari..dapat di pertemu...
AKU...dengan ..DIRIMU.


YATIE AZ....
24 AUGUST 2013...
3.24 pm.



kasih adinda...


Aku di kejutkan oleh deringan....
Seorang tua yang lemah sedang merindu..

Tubuhnya kedut..kering tiada bertenaga...
Mata kanannya bengkak dek lamanya tangisan yang tidak di sengaja...
Betapa rindu..pada..ayah ibu kekanda yang sudah tiada...
Meratap sendu..pada yang esa..agar ada sisa..dan kesempatan..
Bertemu...kekanda yang lama menghilang..
Biarpun sekejap..kerinduan dapat terubat.

Aku ..telah membuat satu panggilan...
Kepada ayahku..yang sedang merindu...
Mungkin rindunya juga sama...
kepada adinda...yang sedang terseksa....
Tanpa sebab dan punca...
Bertemankan katil usang...yang dipantau setiap jam...
Lalu aku tanpa lengah...
Membawa ayah untuk menjengah..walau dalam keadaan payah...
Ayah tetap berusaha.....kerana hatinya memberitahu..
Pertemuan..yang munkin bernoktah.

Aku....telah menemukan...
Dua insan yang dalam kerinduannnn.....
Berpelukan dalam sendu dan tangisan....
Jejak kasih yang hampir terpadam..
Hanya doa dan kesabaran...agar kasih mereka berkekalan..

Dalam hati..
suatu hari ..akupun pasti demikian..
Kerana masa...tetap mendatang...


yatie az...11:59am..19/08/2013.
.

.


.

Sunday, July 21, 2013

kuala lumpur 1942

jauh di sudut hati ini...

siapakah
mereka
dalam
gambar ini?








apakah Inggeris
IKHLAS
pertahan Tanah Bertuah ini
atau
hanya sekadar sibuk
JAGA
kepentingan KOMPENINYA
SERTA
kroni kesayangannya
di Kuala Lumpur
ketika
itu...






N.B
gambar di muat turun 
dari 
blogmacambest.blogspot.com



Monday, July 1, 2013

Melayu : kemiskinan ini...

Melayu :kemiskinan ini...
(dipadankan dari tulisan asal Abdul Malek Munip)


kemasukan pendatang-pendatang ke Tanah Melayu sebenarnya merupakan tradisi yang sudah berabad-abad berlaku. dalam konteks sosio-geografi Kepulauan Melayu, tradisi ini rata-rata melibatkan penduduk RUMPUN MELAYU dan sedikit sekali melibatkan orang-orang LUAR sama ada Yaman, Turki, India atau pun Cina.

1.
 lambakan berganda

kehadiran kolonial Inggeris pada akhir abad ke 19 di Tanah Melayu, telah merubah proses penghijrahan ke negara ini. bilangan orang-orang dari rumpun Melayu telah ditenggelamkan oleh arus kemasukan yang mencurah-curah pendatang Cina dan India.

perubahan drastik ini berlaku disebabkan RAKUSnya bangsa Inggeris meratah hasil bumi negara ini. Mereka telah mewujudkan satu sistem  yang membolehkan RATUSAN RIBU orang-orang Cina dan India dibawa masuk tiap-tiap tahun. agen-agen ditempatkan di negeri China dan India bagi mengambil sebanyak mungkin orang-orang dari negara tersebut. kapal-kapal disediakan dan perbelanjaan perjalanan mereka juga  mendapat subsidi tertentu.

sistem membawa masuk secara besar-besaran ini tidak pernah dinikmati oleh orang-orang dari kepulauan Melayu - tidak pernah ada subsidi apatah lagi Jabatan Perlindungan Khas yang membantu menyelesaikan masalah mereka seperti yang dinikmati oleh pendatang Cina dan India.


2. 
imbuhan
sejak awal pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu kaum pendatang menunjukkan keupayaan memenuhi matlamat ekonomi PENJAJAH ia-itu mengeluarkan sebanyak mungkin sumber kekayaan bumi negara ini disaat permintaannya begitu tinggi di pasaran dunia.

keupayaan masyarakat pendatang itu adalah bersandarkan kepada rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh pemerintah KOLONIAL. rancangan ini digubal untuk mempastikan perusahaan yang bertunjangkan sumber semulajadi negara dapat berjalan lancar dan mengaut keuntungan yang lebih besar. dalam perspektif sejarah ianya merupakan satu rancangan raksasa pembangunan KOLONIAL yang hanya labanya dapat dinikmati oleh orang-orang Inggeris dan oleh segelintir kaum pendatang kesayangan mereka.

pembinaan infra-struktur sistem pengangkutan keretapi dan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat pengeluaran hasil bumi di daerah pendalaman Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka dapat membawa hasil-hasil seperti getah, balak, bijih timah, bijih besi dan lain-lain dengan mudah dan murah. juga dapat membawa ratusan ribu buruh asing ke kawasan ladang dan kawasan lombong di daerah pendalaman itu.
buruh Cina peringkat awal  di lombong kolonial
dalam masa yang singkat wujudlah kawasan-kawasan perkampungan orang Cina terutamanya di daerah pendalaman itu. disinilah pemerintah kolonial Inggeris telah menjadikannya pusat pentadbiran negeri dan mengasaskan segala kemudahan moden. Inggeris telah membuat dan merangka bentuk bandar-bandar yang teratur di tempat itu. bangunan-bangunan kediaman resmi dan pejabat-pejabat kerajaan telah dibina. lorong-lorong dan jalan-jalan yang tersusun disediakan, dan segala kemudahan kewangan yang perlu untuk perdagangan digalakkan.

di bandar-bandar ini segala kemudahan awam mula diperkenalkan. hospital, sekolah, pasukan keselamatan, bekalan air bersih merupakan gaya hidup bandar yang mulai menjadi ciri-ciri bandar yang kekal. kebiasaan dengan gaya hidup begini memudahkan penghuninya mengenal dan menerima sistem cukai dan sewa. inilah FAKTOR yang selalu diketengahkan dan menghalang penduduk desa berpindah ke kawasan itu.

hasil usaha kolonial Inggeris ini telah berjaya melahirkan satu masyarakat bandar yang moden dan progresif yang rata-rata terdiri dari kaum pendatang. penghuni bandar ini juga terus-menerus tiada mempunyai sebarang hubungan sosial dengan orang-orang Melayu yang masih mendiami kawasan-kawasan pesisir, kuala-kuala sungai dan di tebing-tebing sungai yang jauh  di luar bandar.

sejarah kemunculan bandar-bandar seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban hampir-hampir serupa - hasil dari pencantuman perancangan kolonial dan penggunaan tenaga buruh pendatang. dengan terbinanya sistem perhubungan antara semua bandar-bandar ini, lahirlah satu kawasan maju atau ' developed belt ' yang merentasi kawasan-kawasan pendalaman Semenanjung.
kuala lumpur 1942
3.
di mana Melayu ketika itu...
hingga awal abad ke 20, orang-orang Melayu rata-rata masih terdapat mendiami kawasan-kawasan pesisir, kuala-kuala sungai dan tebing-tebing sungai yang penting.

di kawasan-kawasan inilah pusat aktiviti sosio-ekonomi Melayu terdapat sama ada dalam bidang perdagangan, perlombongan, pengangkutan air, pertanian dan perikanan. pemimpin-pemimpin politik tradisional yang menetap di kawasan itu menguasai seluruh aktiviti ekonomi tersebut.

pembinaan infra-struktur yang melewati kawasan dan kemunculan pusat-pusat pentadbiran moden di kawasan pendalaman bererti membawa tradisi kepentingan geografi Semenanjung dari kawasan pesisir ke kawasan pertengahan. segala-gala kemajuan geo-ekonomi yang pesat berlaku di bandar tidak dapat secara positif MENYENTUH masyarakat Melayu.

secara langsung, sistem perhubungan yang baru itu memberi kesan negatif dalam sistem perhubungan tradisional. Akhbar Malay Mail keluaran 8hb. Mac 1901 melapurkan bagaiman tuan-tuan punya kereta lembu di sekitar Kuala Lumpur, dan tuan-tuan punya perahu yang berulang-alik di sungai Klang telah hilang mata pencarian mereka setelah terbinanya jalan keretapi Kuala Lumpur - Klang
menutup rezeki tuan punya kereta lembu
bidang pertanian, dimana kebanyakannya orang Melayu terlibat, terus-menerus terbiar dan langsung tidak mendapat perhatian pentadbir Inggeris.

sistem kapitalis moden yang membelenggu seluruh jentera pentadbiran Inggeris tidak mengizinkan penanaman modal yang munasabah dalam bidang pertanian orang Melayu - sektor ekonomi yang paling tidak menguntungkan! - memandangkan perbelanjaan yang sangat besar untuk membina asas infra- struktur dan memajukan kawasan bandar, tidak ada LEBIHAN wang untuk membaiki keadaan DAIF sektor pertanian. bukan kekurangan hasil negeri tetapi ' perioriti ' dalam dasar pembangunan. satu contoh yang jelas dalam tahun 1892 Negeri Perak berupaya meminjamkan 200.000 ringgit kepada Selangor untuk membina jalan keretapi, tetapi tidak berWANG untuk bina tali air di kawasan Krian. akhirnya petani-petani Melayu terpaksa berpindah ke tempat lain.

4.
pupus
usaha Inggeris mewujudkan jentera pentadbiran moden telah juga sama ada disengajakan atau tidak, mengHAPUSkan golongan Melayu yang mempunyai potensi besar sebagai pengusaha.

dalam susunan masyarakat Melayu tradisional, golongan atasan yang membina peranan penting sebagai 'PENGUSAHA' ekonomi. mereka terdiri daripada pembesar-pembesar negeri, raja, anak-anak raja, pembesar daerah, mukim dan kampung.

golongan ini telah menguasai hampir semua aktiviti ekonomi negeri. mereka terlibat dan berkuasa penuh dalam perdagangan, pengangkutan air, pertanian, lombong, balak dan perikanan. malangnya golongan atasan ini telah diRESAPkan oleh Inggeris ke dalam jentera BIROKRASI yang baru. tradisi peranan mereka dalam bidang ekonomi diHILANGkan dan diganti dengan peranan baru di dalam pentadbiran. peranan baru ini pun hanya diperingkat yang kurang bertanggungjawab dan lebih bersifat 'CEREMONIAL' sesuai dengan sistem adat-istiadat sahaja. dalam situasi begini PUPUS golongan Melayu yang berpotensi berkecimpung dalam sektor ekonomi sebagai tenaga pengusaha yang mantap.  jaminan kehidupan yang ditawarkan oleh Inggeris turut sama meNUMPASkan tradisi daya usaha dan daya saing orang Melayu ceburi aktiviti ekonomi yang mencabar ini.

kemungkinan munculnya golongan baru dalam masyarakat Melayu yang akan dapat mengambil alih peranan ekonomi yang sebelumnya dimainkan oleh golongan atasan, berkehendakkan kepada perubahan dalam struktur sosial masyarakat Melayu itu sendiri.

pemerintah Inggeris begitu berhati-hati agar perubahan sosial seperti itu tidak akan berlaku. agen-agen perubahan sosial seperti pendidikan, jelas sekali tidak dilaksana dengan teratur supaya dapat menghindari tumbuhnya golongan baru yang boleh menCABAR kedudukan sosial mereka. anak-anak rakyat jelata hanya didedahkan setakat menguasai 3M - menulis, membaca dan mengira.  pendidikan di peringkat lebih tinggi hanya boleh dinikmati oleh SEGELINTIR anak-anak dari golongan atasan.

dasar Inggeris menerima dan mengesahkan kedudukan golongan atasan tradisional itu hanya memperkukuhkan struktur sosial masyarakat Melayu itu sendiri. ini bererti memelihara ' status-que ' tradisional SEMATA-MATA diatas landasan KEMUNDURAN

wujudnya polisi seperti ini kyususnya bagi masyarakat Melayu disaat Inggeris mengamalkan program kemajuan disegenap bidang, merupakan pati atau 'essence' EXPLOITASI dan DISKRIMINASI kolonial ke atas bangsa Melayu. bangsa Melayu telah diTINDAS dan tertekan oleh pelaksanaan dasar-dasar ekonomi PENJAJAH Inggeris yang menguntungkan kaum lain - kaum pendatang kesayangan Inggeris.

apa juga KEISTIMEWAAN yang diberi kepada Melayu, golongan yang telah lama TERBIAR dan tertindas ini, hanya merupakan bayaran balik timbunan HUTANG-HUTANG Inggeris (yang tidak berbayar) selama lebih tiga suku abad pemerintahannya. 

IRONINYA, sarjana-sarjana merangkap pegawai-pegawai KOLONIAL Inggeris dengan bangga dan LANTANG mengatakan sifat malas dan unsur-unsur budaya Melayu yang beku sebagai penyebab kemunduran orang Melayu. KESANNYA timbul PERSEPSI bahawa kemunduran orang Melayu berpunca dari KEALPAAN dan KEMALASAN masyarakat Melayu itu sendiri...

putar-belit Inggeris untuk menutupi KECURANGAN dan KETIDAKADILAN pemerintahannya terhadap Melayu ini memang sangat-sangat berkesan sehingga tidak dapat menyentuh HATI NURANI elit-elit Melayu yang masih TEBAL mewarisi TABIAT dan adat resam bangsa penjajah sanjungan mereka...

RAKUS, TAMAK, dan BERPILIH-PILIH.

setelah lebih setengah abad elit Melayu berkuasa - masih adakah lagi Melayu di pendalaman PAHANG, Kedah, Perak dan negeri-negeri lain minum dan mandi air sungai yang keruh dan berkeladak? masih adakah lagi Melayu guna sumbu pelita? masih adakah lagi Melayu ulang-alik atas jambatan gantung yang sudah uzur? masih ramaikah Melayu kais pagi makan pagi?

tepuklah dada,
lihatlah sendiri...


keladak

apa yang Bersih
siapa yang Cekap
dimana Amanahnya
memang diakui
ada yang wangi
ada yang busuk 
membusung
hingga saat ini

rebranding
pakai istilah bombastik
integriti
akauntabiliti
sekadar
dodoi-dodoi hati

rebranding
pelajaran
bla,bla,bla
pendidikan
bla,bla.bla
macam sama
pusing-pusing
rata-rata
macam dulu jugak
pusing keling
BEDEKANnya entah kemana
dan
sampai bila

rebranding
Bersihkan niatmu
Cekap kuasai ilmumu
Amanah atas urusanmu
Insya'Allah
peribumi sanjung jasa baikmu itu


misnun
kuala selangor
01.07.2013





. wikipedia







Monday, June 10, 2013

kisah manusia dan tongkat

A

1.tongkat ali di halaman rumah:








2. dari wikipedia:

tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan malaysia dan indonesia. tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumu,  petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul dan setunjang bumi.
tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di bawah rimbunan hutan tanah rendah. biasanya daunnya rimbun pada hujung batang. kebanyakan pokok ini tidak bercabang, jika pun ada ia terlalu sedikit,satu atau dua cabang sahaja. bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun. tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.
secara tradisi tongkat ali diguna untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.
penyelidikan menunjukkan bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron ia-itu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

B
manusia dan tongkat:

1.

"dalam keghairahan kita melaksanakan dasar untuk membantu kaum bumiputera, kita kurang memberi perhatian kepada soal KUALITI. apa yang diutamakan adalah kuantiti dan amat kurang menekankan pembinaan KEUPAYAAN dan MENAMBAH NILAI.
kaum bumiputera dianggap kurang mempunyai daya saing dan ketahanan. maka timbullah anjuran melahirkan perubahan besar dalam sikap, revolusi mental untuk bumiputera. bumiputera telah digesa agar lebih berdikari, lebih mengutamakan ilmu pengetahuan dan lebih rajin.
revolusi mental amat penting dalam menghadapi dunia yang semakin tinggi daya saingnya. ekonomi negara kini menghadapi tekanan luaran ; produk kita menghadapi persaingan daripada negara lain. jika kita lambat mengubah sikap, jika kita tidak meningkatkan daya saing, akan terlepaslah pelaburan, kerja dan peluang niaga kepada negara yang lebih cekap dan lebih daya saingnya.
kenyataan bahawa kaum bumiputera ketinggalan di belakang bukanlah perkara yang baru saja disedari.
sebahagian bumiputera sedar akan keadaan ini dan khuatir akan wujudnya jurang tersebut. ramai merasakan bahawa masalah kaum bumiputera adalah berpunca daripada pemikiran dan sikap. bumiputera sendiri tidak menolak tanggapan ini.
ramai bumiputera mahu kita mengubah sikap kita agar dapat berdikari dan lebih berdaya saing, namun begitu dalam nafas yang sama mereka meminta PERLINDUNGAN yang lebih tinggi.bumiputera dianggap masih lemah dan belum bersedia lagi untuk berhadapan dengan pasaran terbuka.
bumiputera sedar bahawa mereka masih bergantung kepada TONGKAT dan ingin mengetepikan tongkat itu ; tetapi mereka takut hendak membuangnya. lantaran kebimbangan ini, mereka balik mengamalkan perangai lama, berkehendakkan cara penyelesaian segera dan menyalahkan orang lain. jika sikap demikian dibiarkan berleluasa, nescaya bumiputera akan menjadi semakin lemah lagi.  terus-menerus bergantung kepada TONGKAT  akan tambah melemahkan kita, dan pada akhirnya nanti kita akan terpaksa duduk di atas kerusi roda.
jika kita jujur dengan diri sendiri, kita akan mengakui bahawa barang siapa memperolehi sesuatu dengan begitu mudah sebenarnya tidak memiliki kekuatan dalaman."
- Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Abdullah: memperkasa Malaysia : Selangor, limkokwing integreted sdn.

2.

"Khazanah Nasional Bhd  telah mengesahkan menerima writ saman dan penyata tuntutan daripada wakil sah Tan Seri Halim Saad.
"memandangkan perkara itu masih belum selesai di mahkamah, kami tidak akan membuat apa-apa kenyataan lanjut," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Halim adalah bekas pemilik majoriti dan pengerusi eksekutif Renong Berhad dan telah memfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Bhd, Tan Seri Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Khazanah Nasional adalah tabung pelaburan strategik kerajaan yang diberi kepercayaan memegang dan mengurus aset komersilnya"
-Bernama



3.

" it has taken 12 years (since 2001) for Tan Sri Halim Saad, the one time Renong Whiz Kid to sue Hatchet man Tan Sri Nor Mohamed Yakcop as First Defendant, the Government of Malaysia as Second Defendant and Khazanah Nasional Bhd as Third Defendant over the Renong DEAL  for a sum of nearly RM2 billion plus unspecified amounts for damages to be determined by the court.
Tan Sri Halim is proceeding with this case now  because he is confident that our courts, which has of late been very assertive in handling criminal and civil cases, will adjudicate this case without SUCCUMBING to political pressure ; that Tan Sri Nor Mohamed Yakcop is no longer a minister in the government and will be treated like any other individual in a civil or criminal case, and that the mood of our nation is for justice and transparency in affairs of state.
a lot of issues will be exposed once this case is heard in open court."
- Din Merican's comment on his own blog