Saturday, May 29, 2010

GULA VS GULA-GULA

' gula takde, carila di tesco'

' pegi opis pedagangan, mintak permit beli gula banyak-banyak!'

' apa susah, lu orang mintak sama gomen... '

TERHINA dan TERCABAR maruahku - apatah lagi kata-kata itu terhambur keluar dari mulut cucu-cicit buruh KONTRAK lombong dan ladang ketika era penjajah dulu .

cucu-cicit yang tak pernah diberi GULA-GULA dan makan GULA-GULA mampu berdiri GAH jauh melebihi aku - SYABAS! tentunya mereka dah lama belajar merangkak, belajar bertatih, belajar jatuh, belajar bangun dan belajar merasai keperitan, kesengsaraan dan penderitaan. dari pengalaman pahit getir ini mereka membina jatidiri yang kuat, disiplin yang tinggi demi untuk SARADIRI. mereka berusaha, terus berusaha MENCARI dan MENGUMPUL segala-galanya termasuklah GULA. kini merekalah yang menguasai GULA...

NAIKkan saja harga gula ikut serakah taiko-taiko itu - ATAU - ambikbalik watikahnya - SUSAH SANGATKE? - impot sendiri - proses sendiri - edar sendiri, sekurang-kurangnya dapat berhentikan EPISOD pengemis gula dari terus diperlekeh dan dipandang hina...

kebetulan beberapa hari yang lalu, aku terdengar kata-kata semangat berapi penuh EMOSI dari seorang KETUA kecil dalam satu perjumpaan kecil yang dihadiri oleh ahli-ahli kelompok kecil:

'KITA TENTANG HINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR ! '

setuju

setuju

setuju

setuju

hidup ...

aku pasang telingaku lebar-lebar - tak dengar pun cerita GULA - mungkin telingaku dah tuli atau si KETUA kecil dan ahli-ahli kelompok kecil dah puashati dengan GULA-GULA nya! ... aku pasti siKETUA kecil dan ahli-ahli kelompok kecil bincang dan bahas mengenai GULA - GULA DAH JADI MASALAH NEGARA - mana mungkin si KETUA kecil dan ahli kelompok kecil tak hantar RESOLUSI - hah - mungkin telingaku saja yang tak berfungsi dek tak makan GULA. aku rasa selain GULA , tentu mereka bincang dan bahas isu - isu PANAS negara :

- seludup keluar gula
- seludup masuk rokok
- pelancung, GRO, keldai...
- judi dan CADANGAN judi...
- tanah orang kita tukartangan jadi tapak kilang
- tanah orang kita tukartangan jadi taman perumahan
- tanah orang kita tukartangan kok kok jadi PERSEMADIAN orang luar...

tahniah dan syabas ambik PEDULI!

TINDAKAN?

maka episod TUDING - MENUDING pun bermula:

- itu dibawah kuasa ahmad
- itu dibawah kuasa halimah
- itu
- ini
- itu - ini - itu -ini

pernah aku ikuti wawancara TV bersama YB mengenai ' keganasan... '

pengerusi : adakah peruntukan undang - undang mengenai ...
YB : ada ... sejak tahun ... lagi
pengerusi : pernahkah ada kes yang dibawa ke mahkamah
YB : ( sengeh - sengeh )
takde, kita kekurangan PENGUATKUASA

dan ... itulah yang SEBENARnya

rupanya cuma-cuma saja kita MENYIBUK selama ini...

KETUA KECIL ?

- sedang berlatih JUARA pidato
atau
- sedang berlatih JUARA lawak

memang diakui benar dan memang benar malah semata-mata benar, orang kita memang pandai cakap, suka cakap dan terus cakap malah kadangkala tak tau apa yang dicakap! dok asyik cakap, cakap, cakap,

KITA DAH TAK ADA APA-APA

- yang ada sirempit jalanan
- yang ada sipencuri JANTUNG pisang
- yang ada penyapu besi tutup longkang
- yang ada: dirampas, dihalau masih kata, " MENANG - MENANG! "

wahai pemidato berapi, wahai juara lawak tak kering gusi - SEDARLAH -

retorik, dongeng, metos ?

biar jadi sejarah...

WACANA?

sekali membawa edar ke kiri
sekali membawa edar ke kanan
tiada boleh membawa edar lagi
hilang disaput awan yang putih
hilang disaput awan yang biru
hilang disaput awan yang hijau
hilang disaput simega-mega (hikayat malim dewa)

baca sejarah kebangkitan jepun
baca sejarah kebangkitan yahudi
atau
CONTOHI cucu-cicit pelombong besi

ubah minda
ubah nawaitu
ubah halatuju

itu pun kalau nak ambik balik apa yang dah kena CURI!

yang bengkok - luruskan
yang lena - kejutkan
yang bingung - bagi panduan
yang teraba-raba - tunjuk peluang
yang rajin - beri perangsang
yang malas - ... ( ayuh fikirkan )

yang bulat datang bergolek
yang pipih datang melayang

PIJAK DI BUMI NYATA

yang bulat kita ikat
yang pipih kita tangkap

kembalikan MARUAH diri - bukan meminta-minta malah MEMBERI

penanam serai dengan batang serainya
penanam sawit dengan biji sawitnya
pesawah dengan padinya
nelayan dengan tangkapan ikannya
guru dengan kejayaan muridnya
pemimpin dengan kesungguhan dan ketelusannya

semoga kita seNADA dan seIRAMA dengan PENDEKAR, pelajar senibina dalam blognya :

" AKU BANGGA LAHIR DI MALAYSIA "






... ... ...
hadirnya ditunggu
hilangnya dirindu
ilmunya diburu
nasihatnya diseru
tingkahlakunya ditiru
kehilangannya diiringi doa restu









Thursday, May 20, 2010

CANDLE

MESSAGE 1

Teacher is a candle who sacrifies himself / herself to enlighten someone life.Teacher is a lord whom you can reach immediately..."Selamat Hari Guru"

sebelum maghrib ramailah anak-anak sebayaku datang ke rumah. ambil air sembahyang di perigi (tempatku berkubang) terus solat maghrib berjamaah. imamnya bapaku. lepas solat kami pun mengambil mukadam dan mengaji beramai-ramai. aku macam biasalah, duduk bersetentangan dengan gadis cilik yang paling cantik pada pandanganku. mulalah kakiku menjalar bawah meja. ha! ha! ha! kecik kecik lagi dah... bila bapaku habis berwirid mulalah bapaku mengajar anak muridnya satu per satu. pastilah yang kecik dulu...aku diantara yang terpandai, maka aku pun menjadi guru kecik- yang aku ajar lama-lama tentulah sigadis cilik pujaan hatiku. selesai mengaji bapaku pun mula mengajar solat, tertib dalam majlis, bertutur dalam bahasa jawa halus, bla, bla, bla...kumpulan aku ni mungkin genarasi ke 4 atau ke 5 tak pasti, yang pasti dah lebih 15 tahun bapaku cuba mendidik dan membimbing anak-anak muda kampungku ke jalan yang LURUS....

bapaku tergulung orang yang garang dan tegas, yang aku ingat dia jarang tersenyum. dia duduk di kepala meja sambil memegang rotan. dan yang pasti semua anak muridnya merasa penangan rotan ajaibnya kecuali aku...
ha! ha! ha!

bapaku anggap semua anak muridnya atau semua bekas anak muridnya macam anaknya sendiri. dia akan tegur, dia akan tinggikan suara, dia akan marah bila mereka buat dajal ketika bersolat Terawih, solat Jumaat atau ketika menghadiri majlis-majlis tahlil. ada juga bapa murid berkenaan melenting. ha ! ha! ha! anehnya esok malam anaknya datang juga ke rumah...

'arwah mengajar aku mengaji, arwah mengajar aku bersolat, arwah mengajar aku jadi ORANG. semasa hidupnya arwah selalu datang ke rumah, selalu ingatkan aku jangan lupa mengaji, jangan tinggal solat, selalu bersyukur, kumpul duit naik haji.'
sambil merenungku dia terus berkata,
'aku tau, kau selalu tinggal solat, tak berpuasa... ... ...BUATLAH, kata arwah, kalau kita bersolat, berzikir, berdoa insa'alah murah rezeki - tengoklah aku- alhamdulillah...'

tersentuh juga hati degil ini.. demi SERUANNYA sanggup jiran kampungku ini habiskan masa, keluar duit, keluar tenaga semata-mata mencariku di singapura ni..

kini dah lebih 20 tahun arwah meninggal- rupa-rupanya masih ada lagi cerita-cerita tentangnya...

'arwah hendak sangat kamu jadi guru. kalau kamu jadi guru sekurang-kurangnya kamu BELAJAR jadi baik...'

ha! ha! ha!
aku memang jadi guru, tapi kalau dibanding-banding dengan arwah ...

4.00pagi -motong getah
2.30petang -tanam ubi dan sayuran
7.00malam -mengajar mengaji

IMBUHAN?

tak pernah ambik sesen pun

AKU???


MESSAGE 2

dulu : murid hormat dan takut guru
kini : guru takut murid
dulu : guru chalk and talk
kini : guru kena slow talk
dulu : guru boleh claim
kini : guru tak boleh complain
dulu : dapat hadiah Hari Guru
kini : dapat penyapu (gotong-royong)

'SELAMAT HARI GURU'

aku terima message ini pukul 6.12 petang tika aku sedang ngeteh di warung mamak

'eh! , kemana cikgu tu?'
aku pun menghampiri anak-anak muda tu,
'siapa tu?'
'cikgu kita, cikgu garang, suka tarik telinga'
'kau orang tak dendam dengan dia?'
'dia garang tapi dia eemm apanak cakapye, kami seronok belajar dengan dia'
'apa yang dia ajar?'
'bola, matematik dan b.melayu
'macamana dia ajar?'
'entah...yang kami tau, kami tak MAIN-MAIN'
'matematik?'
'ha! ha! ha! hari-hari telinga, hidung, pipi, rambut kami jadi mangsa'
' b.m ,dia ajar kami:
mind-mapping
brainstorming
kerja berkumpulan
pembentangan
kami guna sampai hari ini'
'kamu belajar di mana?'
'saya um, kawan-kawan ada di ukm, uia, uitm'
'cikgu tu tak takut kamuke?'
'dulu kami yang takut, sekarang kami yang ha!, ha!'

hah! agak-agak ada tak murid-murid aku yang masih INGATKAN aku...


MESSAGE 3

GURU bagaikan TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU...GURU juga kadang-kadang seperti NTV7 kerana CERIA SELALU...yang pasti GURU juga bagaikan TV9 DEKAT DIHATI...yang paling penting GURU juga bagaikan PAKEJ ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA...- 'Selamat Hari Guru'-

' aku dah sampai DINDING, buat apa susah-susah!'

itulah diantara keluhan senior-senior masa itu...jauh disudut hatiku,- kalau dah hilang MINAT , sila undur diri...bagi peluang orang-orang macam aku.
ha! ha! ha!


ACTIVATE 1

maka diberilah imbuhan antara 20% hingga 25%

'lepas ini bolehlah kerja lebih SELESA dan produktif!'

'MANTOPPP!' bak kata ustaz zamri


ACTIVATE 2

imbuhan 10% kepada yang terlibat dengan subjek-subjek kritikal

maka RAMAI lah yang terjaga dari LENAnya terus bingkas isi borang kursus... dengar-dengar dah bertahun-tahun ajar MORAL tiba-tiba nak ajar sains pulak!

ha! ha! ha!


ACTIVATE 3

capai KPI, imbuhan RIBU-RIBU bakal menanti...

terfikir aku, setelah activated 1 dan activated 2 kenapa ada lagi ACTIVATE 3 - apa selama sepuluh tahun ni masih DEACTIVATE lagi ke?

masa'allah!

KESIAN!, KESIAN! seandainya dalam KOTAK PEMIKIRAN hanya WANG dan semata-mata WANG yang boleh selesai segala masalah... ... ... ...hah!


MESSAGE 4

'Selamat Hari Guru PENCEN'

menusuk di KOLBU


MESSAGE 5

Tq, Terkenang-kenang juga, dah pencen takde orang nak ucapkan SELAMAT HARI GURU. Hadiah pun tak dapat...


HUWA! HUWA! HUWA!





Terkenang semasa dulu
Hatiku merasa rindu
Mungkinkah dapat bertemu
........











Monday, May 3, 2010

CERITA-CERITA DERHAKA

'tuan, anak hamba ni keras kepala, selalu melawan dan suka mengherdik, apatah lagi dengan ibunya, bagaimana nak ajar anak DERHAHA ni tuan?'

Syaidina Omar bertanya kepada anak derhaka itu,

'adakah bapa kamu mengajar kamu membaca?'
'tidak'
'adakah bapa kamu mengajar kamu sembahyang?'
'tidak'

Syaidina Omar berpaling kepada orang tua itu lalu berkata dengan nada yang tinggi,

'hai orang tua, sebenarnya kamulah yang MENDERHAKA kepada anak kamu!'

sejak 8 tahun kebelakangan ini, aku sering ngeteh di warung mamak pekena secawan teh dan sekeping roti. banyaklah cerita-cerita derhaka yang menyentuh hati tua ini:

- tanggungjawab menjaga anak serah bulat-bulat kepada amah atau nenek tua di KAMPUNG            
- wang bantuan zakat atau wang bantuan pelajar miskin diguna untuk perkara lain

- turuti kemahuan anak walau untuk perkara-perkara tak berfaedah

- anak-anak tak pernah lihat ibubapa bersolat

- bla, bla, bla

fitrah seorang anak perlu dibelai,dididik,dibimbing,diTEGUR,selain dilengkapi keperluan asas, sekiranya diabai tak ubahlah kita ini seperti:

- menternak ayam

- menternak keli

- menternak cacing

- menternak lintah

- menternak lain-lain yang seumpama dengannya

penternak-penternak SPESIS DERHAKA ni pasti akan turut menyumbang kepada masalah sosial yang sedia ada...

wahai anak-anakku, selain membelai, membimbing,mendidik, meNEGUR, dan memenuhi keperluan asasnya, menghantar anak belajar di sekolah yang BAIK juga membantu membentuk sahsiah dan kejayaan seseorang itu. di luar sana terdapat ribuan sekolah, pada akulah sebenarnya cuma terdapat 2 katogori sahaja:

- sekolah yang mengamalkan Budaya Cemerlang

- sekolah yang mengamalkan Budaya Selesa

untuk menentukan katogori tersebut bukanlah sekadar melihat :

- bangunan lengkap tersergam indah penuh dengan misi dan visi

- warga sekolah berKOT atau berpakaian KOPERAT

- bla, bla, bla

pecahan di bawah, aku rasa boleh digunapakai dalam semua keadaan yang melibatkan manusia dalam sesuatu kumpulan:

- sekumpulan murid

- sekumpulan guru

- sekumpulan ibubapa

- dsb

10% A   - sedia berdikari
20% B   - bimbing + motivasi
40% C   - bimbing + pantau + motivasi
20% D   - bimbing + pantau + pantau + pantau + motivasi
10% E   - galus

untuk capai 70% agak mudah, hanya tumpuan dilebihkan kepada kumpulan C, untuk kumpulan D naik ke atas perlu banyak berkorban dan untuk kumpulan E - entah- lain saluran kot! tapi aku rasa di sekolah cemerlang, mereka nak lagi cemerlang...
dan sekiranya keputusan peperiksaan formal contoh UPSR dibawah 50 dan yang berjaya dapat 5A cuma seorang...

huwa! huwa! huwa!

mungkin ada bijakpandai akan berkata dengan sinis,

'TEORI BOLEH LAH!'

ha! ha! ha!

teringat aku akan filem kegemaranku - masam-masam manis - pelakun utama p.ramlie, teraju utama p.ramlie... -tidur-tidur pun cikgu saari jadi guru besar jugak!
betapa geniusnya orang yang bernama ramlie ni, dalam gelak ketawanya dia mempersendakan SISTEM 50 tahun dulu...sedar tak sedar sistem tu masih digunapakai...

laaaaa!

maka terdengarlah nada-nada sumbang di warung mamak tu:

- buku latihan anak aku tak pernah ditanda!

- dah pukul 11 masih latihan sukan, rajin cikgu sekolah itu!

- hai, cikgu tu jual ikan, cutike?

- bos takde, mesyuarat

- bla, bla, bla

semakin lama aku menghadap komputer ini, semakin menimbunlah dosaku, dipendikkan cerita biar pendik dosaku, sosek-sosek di bawah ni patut di hentikan:

- 'kau buat kerja aku 'arah orang atasan 

- 'aku dapat ikan duyung!' alkesah ceritanya tika mancing malam tadi

- 'berapa jumlah perkataan dalam suratkhabar ni eh?' habiskan masa yang tak habis-habis

- 'sedap! sedap! esok bawak lagi' jamu selera di pejabat atau bilik guru

- ngor-rok, ngorr-rrok, ngorrr-rrrok...

di bawah ini aku salin semula sebahagian surat dari seorang guru yang DAMBA seorang ketua

'Terlebih dahulu saya ucapkan SELAMAT BERSARA.
Saya memohon maaf kerana saya telah banyak menimbulkan masalah kepada cikgu sepanjang cikgu menjadi ketua saya.
Bagi saya, sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang guru, inilah kali pertama saya menemui seseorang yang benar-benar dipanggil KETUA.
Cikgu telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar dan contoh-contoh...'

hah!, aku rasa ramai guru-guru di luar sana yang inginkan seoarang ketua yang baik, ramai murid-murid yang inginkan pimpinan yang baik, ramai juga ibubapa yang mahu keputusan ujian yang baik.

masalahnya?

mungkin hasil-hasil kerja dari sistem yang dikata oleh ramlie 50 tahun dulu tu kot...

ha! ha! ha!

anak-anakku, rasanya dah jelas di mana kamu harus hantar cucu-cucuku belajar semoga disuatu hari nanti mereka akan jadi KETUA yang baik:

- bertaqwa dan berilmu

- jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan punya komitmen yang tinggi

- berkebolehan merancang dan mengurus dalam semua keadaan dan situasi

- kenalpasti tugas, susun dan laksana ikut hiraki

aku tak rela jika cucu-cucuku hanya sekadar menjadi:

- PELAKUN TAMBAHAN

- PENUMPANG

- PENDERHAKA

  - PENCACAI











budaya cemerlang memerlukan
pengalaman yang panjang dan komitmen
yang tinggi jauh nilainya dari keputusan ujian
3 hari!




oh...tanah airku
biar putih tulang
jangan putih mata












Friday, April 23, 2010

CUMA SEBIJI TAMAR

suatu masa dulu 1

masih terngiang-ngiang ditelinga saudagar kaya itu akan kata-kata Nabi,
"ada darah hitam mengalir dalam tubuh budak ini hasil dari makanan yang tidak halal."
dan masih jelas di matanya, betapa biadap anak kesayangannya meluru ke dalam masjid-ambil mainan- dan tergegas keluar...

peristiwa itu disampaikan kepada isterinya. sedih, malu dan bingung...sepanjang ingatannya dia tak pernah mencuri, membohong apatah lagi menipu dalam urusan perniagaannya.begitu juga si isteri malah anak itu dididik dengan sampurna...
"wahai suamiku, semasa mengandung anak kita dulu,saya mengambil dan memakan sebiji TAMAR dari kebun jiran kita,saya terlupa beritau tuannya."

suatu masa dulu 2

"lu tak main nomor ka?, itu sana banyak pak aji belila,selalu kena punya,boleh beli KEBUN loo, lu cubala, 50sen pun boleh." rayu cina peraih getah beku di kampungku... bila dah tua-tua begini baru ku teringat anak-anak pak-pak aji banyak kebun tu pun tak sampai mana. rasa-rasa akulah pak-pak aji macam ni ramai, mereka tak pernah dengar cerita TAMAR.

suatu masa dulu 3

"aku pastikan adik-adik aku tak makan hasil wang haram ni walau sesen pun.' tegas seorang kawan yang mempunyai hobi agak anih- judi dan nombor ekor- hasil-hasil haram tu eklusif untuk dirinya sendiri.

aku yakin dan percaya bila melihat semua adik-adiknya berjaya.rasa-rasa akulah kawan ku itu pernah baca atau dengar cerita TAMAR.

suatu masa dulu 4

selesai solat dia masih bingung dan tidak tau di mana dia berada- bertaubat, beristigfar, berzikir-
rupanya dia bersembahyang di sebelah pintu masuk MASJIDIL HARAM. dia mengimbau masa silamnya...dah lebih 20 tahun bertaubat, dah lebih 20 tahun bermunajat dan dah lebih 20 tahun jadi imam...mungkin peristiwa masa lalu atau bapanya tak dengar cerita TAMAR.

suatu masa dulu 5

setelah jenazah sampurna dikebumi, fikiran jahatku menguasai otak kelabu ini...kenapa orang alim berpendidikan agama ini terseksa dihari tuanya- jantung,darah,kencing malah ditarikbalik anugerah penglihatannya...apakah mungkin disebabkan MATA yang mengizin dan meredakan siisteri mendapat imbuhan tanpa melaksanakan tugas yang diamanahkan... sempat juga ku lihat anak-anak arwah...teringat aku akan anak-anak saudaraku. bapanya orang kampung, kerja kampung, di rumah takde pun buku-buku yang boleh dibuat rujukan, apa yang dia tau, bila anak-anak mentelaah dimalam hari, dia akan tutup radio, duduk sebelah anak-anak sambil menggulung tembakau, siisteri pulak rebus ubi atau pisang dan buat secerek kopi- tunggu anak-anak habis belajar baru masuk tidur. anak-anak belajar sampai Jordan dan Mesir! kalau dibanding-banding dengan arwah arwah alimni... ah! mungkin juga arwah terlepas pandang akan cerita TAMAR yang popular itu.

suatu masa dulu 6

lesap semua barang-barang kemas, lesap juga wang untuk beli saham Bank Islam! suami isteri itu baru sedar bahawa selama ini tidak pernah terfikir langsung untuk MEMBERSIHKAN hartanya...dan sejak peristiwa tu mereka menyampurnakan RUKUN ISLAM yang dituntut - BAROKAH- semua anak-anaknya belajar di menara gading dalam dan luar negara! dan yang paling mahal, MEREKA SEKELUARGA SIHAT SEJAHTERA...

wahai anak-anakku, kerja yang halal tak menjanjikan 100% imbuhan yang halal, cuba lihat analoji berikut:

tugas seorang guru adalah MENGAJAR, tak kiralah guru baru, guru kanan atau guru besar, perbezaannya cuma peruntukan masa mengajar, dengan lain perkataan mengajar adalah tugas UTAMA yang paling dituntut.setiap guru di sekolah mesti mempunyai JADUAL WAKTU MENGAJAR- cuma dikatogori mana para ketua itu meletakkan dirinya.

-JADUAL WAKTU SEBAGAI JADUAL BAYANGAN
-JADUAL WAKTU YANG HANYA TERTERA PERKATAAN MORAL ATAU SENI

kita lupakan kerenah para ketua-ketua ini dulu, aku lebih suka mendekati iparku, encik azim, guru pss dan peruntukan mengajar 600 minit seminggu,senang cakap 2 jam sehari dan dapat imbuhan RM100.
cuba lihat imbuhan encik azim ikut jam;
- dua jam -RM100
- satu jam -RM50
- setengah jam -RM25
- suku jam -RM12.50
mari kita lihat jadual waktu encik azim pada hari isnin - 8.15 matematik 6A- kebetulan encik azim sibuk di pss, 8.30 barulah encik azim melangkah masuk ke kelas 6A. di katogori mana letaknya imbuhan encik azim sebanyak RM12.50 untuk hari itu?...dan lebih parah lagi seandainya ketika itu encik azim tengah menikmati roti canai di kantin atau sembang-sembang bola di bilik guru ???








Tuesday, April 13, 2010

SEJARAH MENGAJAR KITA, MENJADI LEBIH ...

ha!ha!ha!, betapa bangga bila ayah merestui dan menghantarku belajar di sekolah inggeris, walau pun aku tak pernah dengar bunyi-bunyi asing tu, kalau ada pun guru tawarikhku ada sebut-sebut, 'se setampod refelis'.

masih ingat lagi catatanku di hari pertama:
- gut moning se
- ekius mi se, mey i go aut
- perezen se

beberapa hari kemudian belajarlah aku menyebut 'de kev duweles' gambarnya macam aku masa main bola dalam sungai bersama kawan-kawan.

makin hari makin tambahlah vocab pelik-pelik dalam notaku - tak guna pun - dengan kawan-kawan cakap melayu, di rumah cakap jawa. begitulah aku sepanjang 6 tahun di sekolah inggeris tu. apa yang aku ingat aku berusaha keras bersengkang mata 'MENGHAFAL' dan terus menghafal, nak faham? tak faham pun...

aku tak ubah macam 'PELAYAN KEDAI MAKAN' ambik makanan terus hidang. nasib baik 'PELANGGAN'nya tak banyak sungil, sesuai dengan kehendak dan tuntutan masa itu...Alhamdulillah dapat juga sijil MCE, bahasa inggerisku 8, ha!ha! ha! maklumlah guru-guruku keluaran KIRBY!. lagi yang aku bangga keputusan periksa di awal 60an ni tak timbulkan PERSEPSI, tak ada individu ambil kesempatan MANIPULASI demi kepentingan dan servival diri...

duduk di kampong 40 tahun dulu dan sekarang tak banyak bezanya, kalau ada pun dulu berbasikal sekarang bermotosikal, dulu radio sekarang astro, yang pasti jawa tetap dengan jawanya, banjar tetap dengan banjarnya. 'BERBAHASA INGGERIS' kalau ada pun agaknya macam akulah, sekolah je- cakap tetap jawa. persekitaran KONDUSIF yang membantu anak cucuku cakap inggeris? senang cakap tak de!

aku rasa kalau anak cucuku belajar macam aku 'PELAYAN KEDAI MAKAN' nampak gaya tak dijamah 'PELANGGAN'. lidah pelanggan sekarang dah upgrade. SAJIAN mesti penuh kreatif, kritis dan inovatif. untuk 'MAKE OVER' sajian canggih ni perlu kuasai mediumnya...andai medium kelabu, sajian pasti lebih kelabu!

dalam ingatanku, hanya sekitar 80an anak cucuku dah tak 'FOBIA' lagi dengan subjek yang sangat-sangat menggerunkanku - sains dan matematik- dah ramai yang mengikuti aliran sains malah dah ramai yang mengenggam segulung malah bergulung-gulung ijazah jurusan sains dan matematik. terima kasih para guru yang mewujudkan suasana ceria penuh makna ketika itu.

langit yang cerah tak semestinya sampai ke petang...awan kelabu yang mulai meniti di awal tahun 2000 banyak menimbulkan kecelaruan, keresahan, kegelisahan, kebencian, kebimbangan...
mungkinkah anak cucuku akan DIULIT DAN DIBELENGGU masalah bahasa

terdengar juga DODOI-DODOI sumbang penuh persepsi cuba melenakanku
bina budaya tak semudah bina makmal komputer

syukur Alhamdulillah, dengar-dengar mulai tahun depan subjek yang ku geruni ni akan 'di MELAYUkan' semula. ha! ha! ha! aku yakin dan percaya anak cucuku pasti menguasainaya.....harap-harap janganlah ada lagi usaha SUBJEK-SUBJEK penting begini dijadikan bahan UJIKAJI ...





SEJARAH MENGAJAR KITA
MENJADI LEBIH DEWASA
KECUALI DAH...





m