Sunday, May 6, 2012

Kaabah pusat bumi...


dari fail saudara Syeragh



Ka'abah adalah bahasa Al-Qur'an dari perkataan asalnya ka'bu bermaksud 'mata kaki'  atau tempat kaki berputar dan bergerak untuk melangkah.  menekala istilah ka'bain  bermaksud 'dua mata kaki' dan istilah ka'abah pula bererti  'mata bumi' atau 'sumbu bumi' atau 'kutub putaran utara bumi'




neil armstrong telah membuktikan bahawa Kota Mekah adalah pusat planet bumi dan fakta ini telah dikaji secara ilmiah. ketika neil armstrong mengambil gambar planet bumi dia berkata, " planet bumi ternyata tergantung di suatu kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?"

para astronaut menemui planet bumi mengeluarkan radiasi yang kuat dan bersifat infiniti ( tiada penghujung ) dan ketika mereka mengambil gambar planet marikh pun radiasi dari planet bumi ini masih berlanjutan terus. setelah menjalankan berbagai ujikaji, para pengkaji tersebut merumuskan bahawa radiasi yang kuat dan bersifat infiniti itu berpusat di Kota Mekah dan tepatnya berasal dari Ka'abah. ( malangnya selang beberapa hari kenyataan dan bukti ini telah terpadam dari laman sesawang asal )

para cendikiawan Islam mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karektristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



setelah menjalankan beberapa kajian ilmiah selama dua tahun PROFESSOR HUSSAIN KAMEL merumuskan satu penemuan yang sangat-sangat menggemparkan bahawa - MEKAH ADALAH PUSAT BUMI. pada mulanya beliau meneliti satu kaedah untuk menentukan arah kiblat kota -kota besar dunia.untuk tujuan ini, beliau menarik garis-garis pada peta dan mengamati dengan seksama posisi ketujuh-tujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing. beliau mula menggambarkan garis-garis sejajar bagi menentukan kedudukan garis bujur dan garis lintang. dengan bantuan komputer beliau menentukan jarak-jarak yang tepat dan variasi-variasi berbeza. beliau menggambarkan satu lingkaran dengan Mekah sebagai titik pusatnya dan garis luar lingkaran adalah benua-benua, dan pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut...



gambar-gambar satelit yang muncul kemudian sekitar tahun 90an menemukan hasil yang sama. kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu dataran (kerak bumi ) itu tercipta.

Lapisan-lapisan bumi terbentuk mengambil masa yang panjang, bergerak secara teratur dan sejajar di sekitar benua Arab. lapisan-lapisan bumi ini terus menerus memusat ke arah yang sama seolah-olah menuju ke Mekah.


kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan berbeza, bukan bermaksud untuk membuktikan bahawa Mekah adalah pusat bumi, bagaimana pun hasil kajian ini telah banyak diterbitkan di dalam majalah - majalah sains di barat.

" Demikianlah Kami wahyukan kepada kamu Al-Qur'an dalam Bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura ( penduduk Mekah ) dan penduduk negeri-negeri sekelilingnya..."
-Asy-Syura 25:7

perkataan 'Ummul Qura' bererti induk kepada kota-kota lain, dan perkataan 'Ummu' bererti ibu. ibu mempunyai erti yang sangat penting dalam masyarakat Islam


berdasarkan pertimbangan yang seksama bahawa Mekah berada di tengah-tengah bumi mengikut kajian-kajian ilmiah dan dikuatkan lagi dengan gambar-gambar geologi dari satelit, bahawa benar-benar diyakini Kota Suci Mekah berada di pusat bumi, bukan greenwich yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

" Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi ( melintasi ) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan "
- Ar- Rahman 27:33

dari fakta-fakta di atas dan daripada beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu terletak di atas diameter bumi ( tujuh lapisan bumi ). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit. ada juga hadis yang menyatakan bahawa Masjidil-Haram, tempat Ka'abah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi...




ps,
artikel 'Kaabah' ini diambil dari sebuah laman-web dari Indonesia. mengikut kata penulisnya semua evidence yang berkaitan telah terpadam atau sengaja dipadam dari laman asal, bagi teman-teman dari Indonesia sila rujuk Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, ogos 1978


Thursday, April 26, 2012

preve : antara variasi dan persepsi



proton-preve-012

proton-preve-009

proton-preve-013

proton-preve-014

proton-preve-011

proton-preve-008

proton-preve-005
proton-preve-007
proton-preve-004
proton-preve-003

PREVE
( antara variasi dan persepsi )

siapa peduli aku:
nelayan yang hanya cukup makan
petani sekadar cukup sara anak bini
pesara yang obses VOLVO lama
katanya,
sekeru hilang dan longgar
bawa saja ke kedai basikal

siapa peduli aku
golongan pertengahan punya selera besar
barangan import dari luar
katanya,
demi keselamatan
demi status dan kedudukan
dan yang paling mahal
senang buat hutang
semua fikir sakunya sangat tebal!

siapa peduli aku:
pemain wayang tegar
katanya,
aku kereta kebanggaan
hasil inovasi anak tempatan
tindakan?
ha! ha! ha!
hakikatnya
pemain wayang ini hanya ketagih MAKAN!
makan pagi di Sepang
makan petang di Jeddah
 makan malam di Madinah
esok,
siapa yang mesti jadi korban
siapa mesti kena MAKAN
agar lima tahun mendatang ini
bini boleh tambah koleksi lagi...


siapa peduli aku?





misnun
kuala selangor
25.04.2012






Friday, April 20, 2012

piramid - melalui : fikir, mata, telinga dan lidahku


Melalui : Fikir, Mata, Telinga dan lidahku

melalui kalbuku nan terbuka
fikirku adalah bintang-bintang yang mengerdip
segala cita-cita dan harapan
yang biasa membentuk dan membangun
kerukunan suatu umat
keperibadian suatu bangsa.

mataku adalah arasy nan luas
di perjalanan kutub dan ufuk
atas segala sifat
dan warna-warni yang berjisim sesungguh zat-zat dan makrifat.

telingaku adalah pitarakaman
di desir angin dan deru ombak
menyelinap dan meresap
ruang-ruang yang terbuka
sebenarnya sesuatu hakikat
yang wujud dan fana
yang mujarad dan nyata.

lidahku api dan angin
membakar dan meruntuh
istana dan mahligai
yang bertahta di mata
dan beraja di hati.

Illahi : Rabbi
jiwaragaku untukmu.

nukilan : Marhan
macang
terbitan Dewan Sastera, Julai 1972





Tuesday, April 10, 2012

dairi ++ : perlukah aku cakap besar?

tepat pukul 2.30 petang tanggal 17.07.2001 aku melangkah masuk ke dewan hotel seri malaysia dengan membawa satu misi yang besar... di dewan makan sebentar tadi urusetia bagitau ramai peserta yang tidak tersenarai mohon disaat-saat akhir, itu pun sebab aku terlibat - kah, kah, kah- mungkin sebab kehenseman aku atau celoteh-celoteh aku- ada aku kisah - yang pasti mereka akan bersama aku sehingga pukul 10.30 malam ini atau mungkin lebih. tak apa, aku ke sini bukan sebagai pensyarah atau pun penceramah, tak risau, tak lah sampai berbuih mulut ini - aku cuma sebagai PEMUDAHCARA - cari je button yang sesuai - berbunyilah mereka. tak rugi pun , yang pasti aku dapat elaun 4 jam dan elaun perjalanan lebih 200 km...  

macam biasa fomalitinya, aku pun kenalkan diri, walau pun aku tau, muka-muka manis di depanku ini dah seringkali bertemu, yang terakhir awal tahun ini dalam satu kursus motivasi - aku salin semula slaid aku itu dalam entri yang lepas - thinking teacher or feeling teacher

maka aku kliklah power point aku, melayang-layang dari kiri dan kanan penuh warna-warni, latarbelakang yang indah dan diiringi dengan irama muzik yang sentimental menusuk kalbu...

KONSEP DAN PROSES PERANCANGAN

jari aku terus tekan tetikus itu

a. maksud

    rancang   -   diatur, difikir masak-masak, direncana lebih dahulu
    projek      -   rancangan kerja atau aktiviti-aktiviti pembangunan yang sedang / akan dijalankan
    program  -   rancangan yang menentukan dasar-dasar yang akan  dijalankan
                         ( kamus dewan, 1998 )

dan aku tunjuklah yang aku pakar bahasa, pakar?

sebelum nota kursus ni dicetak, aku hulur pada kawan yang master dalam bidang itu. aku masih ingat lagi kata-katanya, " apa ni wak, Bahasa Melayu kuno! aku bawak baliklah, esok pagi aku bagi wak"

b. takrif

    1. david ewing, 1964
        suatu usaha untuk mewujudkan sesuatu yang tidak wujud

    2. anthony, 1965
        membuat keputusan apa yang hendak dilakukan ( deciding what to do )

    3. gary desseler, 1977
        kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu

    4. neil gilbert dan harry specht, 1977
        satu usaha secara sedar bagi menyelesaikan masalah dan mengawal aliran/ rentetan 
        peristiwa masa depan dengan cara ramalan ( foresight ) pemikiran sistematik, penyiasatan
        , dan mengambilkira kecondongan nilai ( value reference ) semasa memilih diantara
        berbagai altenatif garisan untuk bertindak

    5. yehezkel dror, 1967
        satu proses bagi menyediakan satu set keputusan untuk bertindak pada masa hadapan 
        yang bertujuan bagi mencapai matlamat dengan cara-cara optimum
        - apa yang hendak dibuat
        - siapa yang jadi pelaksana
        - bila dilaksana
        - di mana
        - jenis apa
        - bagaimana melaksana
        - berapa kos pembiayaan

mudah je jari jemari aku menekan tetikus itu walhal selama lebih tiga bulan ini aku terpaksa selongkar buku-buku di perpustakaan awam, tokoh-tokoh buku terkenal di ibu kota, dan juga panjat IAB di genting. kesian aku! cuma aku mau apa yang aku sampaikan ini satu perkara baru, kalau ada di antara peserta pernah ikuti tajuk ini di mana-mana, aku pasti cara penyampaian dan kandungan berlainan - ini adalah versi aku -

dan layar putih pun bertukar wajah...

c. konsep

    1. perancangan adalah satu proses
        satu aktiviti berterusan dalam suatu unit dan memerlukan sejumlah input, resos/sumber
        dan tenaga agar dapat kekal terus
        sekiranya gagal atau mencapai cuma sebahagian matlamat yang diingini, rancangan
        perlu dirombak atau matlamatnya diubahsuai dan proses perancangan dijalankan semula

   2. menyediakan satu set keputusan
       seorang perancang atau satu kumpulan perancang perlu sentiasa membuat keputusan
       perancangan memerlukan keputusan-keputusan atau satu set keputusan yang dibuat itu
       mempunyai hubungkait di antara satu sama lain, dan tersusun dalam satu rangkaian atau
       turutan ( sequence ) yang bersiri 

   3. untuk bertindak pada masa hadapan
       keputusan-keputusan yang dibuat mengenai satu siri tindakan yang perlu dilaksanakan oleh
       seseorang /kumpulan dengan menggunakan sumber seperti wang,masa, tenaga, manusia,
       mesen, bahan-bahan, dan sebagainya
       keputusan-keputusan yang dibuat merupakan persiapan yang rasional/wajar bagi 
       melaksanakan tindakan kerja dalam satu jangka masa panjang (time frame) pada masa
       akan datang
       oleh kerana jangka masa terlibat adalah pada masa hadapan , keputusan hanyalah 
       berbentuk ramalan atau unjuran wajar berdasarkan keadaan masa kini dan pengalaman
       lalu
       ciri penting perancangan ialah melibatkan masa depan yang serba mungkin dan tiada
       kepastian. seseorang perancang mesti dapat menelah suatu senario dengan jelas dan
       setepat mungkin untuk menyesuaikan tindakan yang dirancang.pada asasnya perancangan
       itu berorientasikan ' tindakan ' dan ' masa depan'

   4. mencapai beberapa matlamat dengan cara optimum
       seorang perancang perlu mempunyai matlamat untuk menyusun tindakan-tindakannya
       menuju ke arah mencapai matlamat itu. matlamat perlu jelas dan tepat supaya ia boleh
       menjadi panduan bagi memberi arah kepada tindakan-tindakan yang terancang. lazimnya 
       matlamat yang bersifat umum diterjemah menjadi objektif-objektif operasi perancangan
       yang jitu/tepat dan dapat diukur
       ciri asas perancangan ialah usaha untuk menemukan 'hasil' (output) atau matlamat /
       objektif dengan 'proses' atau cara (means) atau tindakan-tindakan yang bertujuan
       merealisasikan matlamat/objektif itu 
       perancangan menjanjikan cara-cara optimum digunakan bagi merealisasikan matlamat/
       objektif yang diingini
       pemikiran dan usaha yang banyak perlu dicurah bagi meneroka berbagai jalan atau cara
       dan seterusnya memilih satu cara atau jalan yang paling sesuai dan wajar ( dengan
       mengguna/mengolah sumber - masa, tenaga, manusia, mesen, bahan, ruang dan sebagai
       nya secara  ekonomis dan optimum) untuk dilaksana bagi mencapai tujuan atau objektif
       rancangan

d. unsur-unsur perancangan
       - satu proses berlanjutan
       - satu rangkaian tindakan yang disusun mengikut turutan yang bersiri
       - berorientasikan masa depan
       - berorientasikan pencapaian matlamat/objektif
       - menggunakan cara-cara optimum bagi mencapai matlamat yang diingini dengan 
         membuat pilihan antara berbagai-bagai strategi yang ada 

aku penuh sedar bahawa peserta-peserta ini agak keletihan - dah 3 hari 3 malam berkampung di sini, rindu anak-anak, rindu suami, rindu isteri - aku tak mau tambah deritanya lagi. aku mau mereka santai, berbincang, provoke, usik sana, usik sini agar suasana dewan ini penuh ceria. begitu juga aku tak mau mereka sibuk salin apa yang tertera di layar putih - lagi pun tak ada yang nak disalin... aku cuma terterakan tulisan-tulisan berwarna merah hati dalam entri ini. yang banyak-banyak itu aku tulis dalam nota kursus yang dibekalkan masa mendaftar 3 hari lepas.

aku tak mau bincang perkara besar-besar dan aku juga tak mau cakap besar-besar...
  • rmk
  • deb
  • bumi hijau yang sampai kini kita masih makan CILI SIAM
  • pati dan salahguna pas lawatan yang sering keluar di dada akhbar - realitinya mana mungkin kita usir SIANGSA EMAS INI - bulu emas, telur emas malah najisnya pun emas!
dari awal tadi setiap slaidku bertukar aku hanya bercakap atau kemukakan soalan- soalan untuk dibincang perkara-perkara kecil yang mungkin terlepas pandang atau sengaja tak mau pandang mengenai sikap, tugas, pengalaman dan persekitaran sekolah sahaja. sengaja aku susun sebagai bayangan/clue untuk memudahkan perbicangan dalam slot seterusnya


sudah 45 minit berlalu, aku perlu SEDUT udara bersih di luar dewan - macam biasa sebelum aku keluar aku edar nota dan pastinya aku mau mereka baca


maka aku klik tetikus itu...


berdasarkan pemahaman anda mengenai teks (lampiran 1), nyatakan dalam satu perkataan, satu ayat dan satu perenggan satu situasi yang sangat menyentuh hati anda ( 5 minit )
( soalan berbentuk kemahiran berfikir)


lampiran 1
presentation skills
  • in writing       - essays,research reports, exams
  • visually          - in charts, diagrams, etc
  • verbally         - in talks, tutorial presentations, etc
  • multi- media presentations
1. clarify where you are going and what you need to know
2. locate sourses and find information in resourses
3. use the information - analyse and interpret it
4. record and organize what you need to remember

can i show what i know?
  • who am i doing for ?, who is the audience?
  • what do i want to do:
       - persuade them
       - amuse them
       - entertain them
       - shock them
       - convince them
       - show them two sides of the question
       - my idea on the question
  • what am i trying to say, have i got clear message?
  • can i list the main points i am trying to make?
  • have i got the information i need to support each point?
the main problems :       
  • TRYING TO DO TOO MUCH
  • TRYING TO SAY TOO MUCH
  • HAVING MUDDLED, FUZZY MESSAGE WHICH DONT SAY WHAT THEY MEAN CLEARLY     
  so:
  • write down your main points on your planning sheets
  • write down your sub-points
  • asemble your data/evidence/examples to support these points/arguments/hypotheses/ sub-points
  • check your list of question to see whether you have answered what you worked out that you would need to know
then: 
  • STRUCTURE IT
  • SIMPLIFY IT    
( petikan dari gwen gawith, power learning: a guide to success, 1991)

( feedback pillihan)
  • gementar  ( bercakap di khalayak ramai tanpa persediaan)

  • terlalu lama saya menyiapkan tesis ini   (kurang latihan menguasai kemahiran mencari dan memproses maklumat)

  • kegairahan YB menyampuk, merapu,mencerca tanpa menyumbang penambahbaikan isu yang dibahas hanya menunjukkan KEDANGKALAN pemikiran sendiri, merendahkan martabat dan kemuliaan Dewan   (kekurangan maklumat dan kurang peka terhadap persekitaraan) 



e. proses perancangan


                                                             
carta kitaran

  1. membina sistem maklumat
  2. menyatakan maklumat
  3. menentukan keperluan
  4. mengenalpasti sumber dan keperluan
  5. menggubal objektif
  6. menetapkan keutamaan
  7. mengatur strategi
  8. melaksana tindakan
  9. menilai dan membuat perubahan
     huraian:
  1. sistem maklumat
  • pengumpulan data
  • pengorganisasian data
  • pengelolaan data
  • penyimpanan data
  • pelaporan data
  • menambah maklumat baru
    2. matlamat
  • memberi arah dan panduan
  • mesti jelas
  • bersifat luas dan umum tetapi tidak kabur
    3. keperluan
  • mengenalpasti keperluan dengan membandingkan status keadaan masakini dengan status yang diingini
  • keperluan adalah jurang di antara keadaan sedia ada dengan keadaan seharusnya
  • keperluan adalah konsep yang konkrit dan boleh diukur
  • matlamat perancangan boleh menentukan sama ada kuantiti atau kualiti sesuatu projek itu perlu ditingkatkan
  • setelah matlamat digubal, keperluan-keperluan dikenalpasti akan kelihatan jelas segala sumber yang diperlu ada dan juga kekang-kekangannya
  • berdasarkan kepada taksiran keperluan dan kekangan tadi barulah digubal objektif rancangan
    4. objektif
  • perlu bersifat spesifik, boleh diukur, boleh dicapai dan mempunyai keistimewaan
  • boleh timbul dari idea persaorangan atau kumpulan dengan kaedah brainstorming
    5. penilaian
  • penilaian sumatif berdasarkan data
  • penilaian formatif berpandukan proses dari aktiviti/tindakan/program berjalan seperti dirancang

perbincangan
berdasarkan carta kitaran di layar putih, aku cuba cungkil pemahaman peserta mengenai proses perancangan sambil mendapatkan input sebanyak mungkin...

aktiviti i
matlamat  : teman hidup siti vs adibah
(feedback)
  • tetapkan keutamaan
  • proses
  • strategi:
           - guna bomoh siam
  • kekangan:
            -  siti        - tak cukup bajet
            -  abibah - boleh ke absorber kancil aku  tukar absorber lori...
  • tindakan   
            - cari pasangan sesuai saja


aktiviti ii
matlamat : salahlaku sifar
(feedback)
  • kenalpasti masalah
  • tubuh jawatankuasa
  • kos
  • susun aktiviti
  • gabungjalin dengan mata pelajaran sesuai
  • tindakan pro-aktif
          - pemantauan sepanjang masa
          - jangan tunggu ada mangsa
          - tunggu ada aduan dari mangsa / kawan-kawan mangsa- ibubapa mangsa


aktiviti iii
matlamat : bina 3 pondok bacaan dan kolam ikan
(feedback)
  • kenalpasti kawasan
  • tubuh jawatankuasa
  • kenalpasti tenaga pelaksana
  • kos
          - bahan seperti kayu, simen, pasir dll
          - sewa mesen
          - upah tenaga kerja
          - pokok hiasan
          - ikan dan makanan
          - maintenance
  • jangka masa siap
  • penjagaan
          - kerosakan
          - kebersihan
  • gabungjalin dengan mata pelajaran sesuai
aktiviti iv
matlamat : bolasepak elit - johan daerah dalam masa 3 tahun
(feedback)
  • tubuh jawatankuasa
  • kenalpasti jurulatih
  • kesempurnaan padang
  • kos
          -  bola
          - tiang gol
          - jaring
          - jersi
          - kasut bola
          - alatan latihan seperti kon
          - makanan tambahan jika perlu
  • masa latihan
  • aktiviti latihan
  • mohon tiada subjek periksa di ajar antara 745 -8.15
  • gagal, - ubah strategi baru
aktiviti v
matlamat : memperkasa Bahasa Inggeris
(feedback)
  • tubuh jawatankuasa
  • inhouse training
  • bimbingan berterusan guru bukan opsyen dan guru sementara
  • rancang aktiviti
  • kos
  • kekangan utama
         - kekurangan guru B.Inggeris   
           ( sejak tahun 60an, 70an,80an, 90an hingga hari ini 17.07.2001)




masa dah melewati pukul 4.30 petang - waktu untuk rehat-rehatkan badan - aku bekalkan kerja kursus untuk aktiviti malam ini sebelum dewan ini lengang... manalah tau kok ada yang rajin belek-belek kertas tugasan itu...


kerja kursus


Mr. D. and the Public Health Campaign


Mr. D. is head of the Department of Health in a mid-size country in Africa. he has been charged by the Minister of Health to develop and implement a plan to control the spread of a life-threatening water-borne disease that is endemic in three regions of the country. The plan must contain a budget, communication strategies to be used, education strategy and treatment strategy. Funds available are very limited and he will have to built a case for supplementary support from other funding agencies.

the first region is the home of the Minister and primary sourse of his political power. it is estimated that 30 percent of the 60.000 residents of this region are depending on unsafe water sourses. The infection rate is about 15 percent of the persons using these sourse.

In the second region it is estimated that 45 percent of the 40.000 residents are depending on unsafe water sourses. Doctor's require more funds to perform tests to verify the exact percentage. The Minister's primary opposition is from these area. The third region has estimated 65 percent of it's population on unsafe water sourses.

All three of the areas have major urban and rural population and safe water access problem for both. Two wells in rural areas of the third region have sacred significance for certain group and they resist to use these ang install hand pump to reduce contamination. Further, in second region, there is wide doubt that water which appears clear can be harmful.

Nationwide, the average family size is eight.  Education level are low and the illiteracy rate is high. There is only limited use of relatively new government regional health clinics. Traditional healers are very highly respected and widely consulted.

     1. what are the:
         a. Political factors
         b. Environmental factors
         c. Cultural factors
         d. Geographic factors
         e. Resourse Factors
         f.  Personal Factors, and
         g. Other factors if any

         if any, that need to be considered in developing this plan

      2. What steps, and in what order would you take them to establish an effective campaign
          to improve this health situation?
          ( disalin dari buku Project Management and Evaluation Seminar )


aku bukan nak nilai hasil sahaja - tumpuan aku pada proses dan kaedah diguna oleh peserta dalam gerakerja kumpulan ini:
  • kemahiran mencari maklumat
  • kemahiran berfikir
  • kaedah sumbang-saran ( brainstorming)
  • kaedah lakaran-minda ( mind-mapping)
  • kaedah soalan 1H 5W
  • lain-lain kaedah yang diguna
  • cara pembentangan
apa yang aku harapkan semoga kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran ini diaplikasi semaksima mungkin di dalam bilik darjah untuk memudahkan murid memahami isi pelajaran atau mungkin untuk menjayakan sesuatu projek., disamping memupuk nilai-nilai murni, jujur, ikhlas, rajin, menghasilkan tugasan cemerlang dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. sedia maklum keupayaan mental dan kesediaan belajar murid berbeza-beza. seorang guru harus bijak merancang dan menyediakan satu set belajar yang compact, jitu, menyeluruh dan menarik sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik darjah. semoga bedekannya tepat, kenal sasaran dan guna peluru yang betul BUKAN pembedek yang gemar guna senapang patah, kuat dan nyaring bunyi tapi hanya pandai guna peluru PENABUR...










RUJUKAN :


1. Dror, Y., The planning process. Chicago : Markham Publishing Co, 1967


2. June M.L.Poon., Pengurusan sumber manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994


3, Chek Mat., Pengurusan berkualiti dalam perkhidmatan. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributor   Sdn.Bhd.,1996


4. Dairi persendirian



























Monday, March 12, 2012

penghuni bumi sebelum manusia



oleh : Baldi Merah

Perhatian : Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM.Pembaca adalah digalakkan agar menggunakan budi bicara masing-masing.

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini ...
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2012, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC+2012AD=6012 tahun

Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini. 


Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.


Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Begitu juga dengan Hawa yang wafat hampir  seusia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Nabi Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.


Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa  Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC. 

'ADAM' SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.


Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir berpendapat bahawa ketika Allah mencipta Adam, tubuh Adam dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.


Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu  'Adam' telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu 'Adam' itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan'Adam' yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri 'Adam' di muka bumi.


Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.


(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad' wa al-Tarikh dan Ibn al-'Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa'il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

ZAMAN DINOSAUR?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.


Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada dinosaur.



Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.


Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan dinosaur.


Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan dinosaur membuktikan segala-galanya.



Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as? 

MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT

adamkhalifah.JPG
 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah 2: 30)


Baris ayat "orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah"daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.


Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.


Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD



Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat 'kerosakan' dan 'menumpah darah' (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan 'kiamat' untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.


Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.


Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.


Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?. 

JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga 'alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.


Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.


Fahta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom danfusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh : 

"Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.


Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat."

PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN

Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.


Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!
Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang 'manusia' sebelum kedatangan Nabi Adam as.

Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat's Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.


Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.


Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.


Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940. 

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan.  Makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.



Baru-baru ini, saintis begitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?



Bagaimana dengan dinosaur?.  Mengenai haiwan gegantik yang digelar dinosour ini  kemungkinan wujud sebelum wujudnya 'makhluk' yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt 'sediakan' kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi Dia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..