Friday, December 23, 2011

merewang 60:69

1

a friend who comments often on this blog, went to the registrar of societies to register a new persatuan. they asked him to fill all the forms, chop and sign everything,attached photocopies of ic, etc. then they told to drop off the application form into a hole set up at the counter. there was no ' acknowledgement received' etc. when he asked for an acknowledgement, the 'don't disturb me' guy at the counter said, " this is the new system, no need for acknowledgement, we will send you a letter. you can go now."

so he went back and waited, for two months nothing happened. he went back and asked them what happened. the same ' don't disturb me' guy said they had no record of receiving any such application. so my friend flew into tantrum and starting yelling. so they said, " please fill up another set of form, do the photocopies again and give it to us and we promise to get it done in two weeks. my friend yelled again, " you mean you must first lose my application, I must wait two months, then I come  and beg and now you will process my application in two weeks?"

so this is what happening over the counter at our goverment departments. how do you fix this? why not just follow how they do this in finland, iceland, north korea, singapore or maybe even in ali rustam's melaka? apa susah sangat? if lets say in melaka or singapore they can get this done in 48 hours, why not we just follow them?

or maybe someone can tell the wife of the prime minister, so that she may tell her husband. I heard that is a quiker method of getting thing done nowadays.

we will become worse than zimbabwe in double quick time if we do not speed up the government delivery system and where is PEMANDU AND PEMUDAH? do you realise that pemandu and pemuda rhyme is hisap c... and hisap d...
- the one and only problem in Malaysia by Syed Akbar Ali


2 

pelaksanaan dasar skim saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) tahun hadapan yang membuka ruang kepada ' orang luar' menduduki jawatan tertinggi perkhidmatan awam dan pemansuhan 29,000 jawatan kian meresahkan kakitangan awam.

dasar pemisah ( exit policy) diperkenalkan sebagai mekanisma untuk membuang penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi baik. melalui dasar itu kakitangan yang memiliki markah 69 peratus ke bawah boleh diminta bersara lebih awal. jumlah yang terlibat dianggarkan sebanyak 15,400 orang. mereka akan ditukar jabatan dan diberi tempuh tertentu untuk memperbaikki prestasi terlebih dahulu sebelum diberhehtikan.
-skim saraan baru oleh Redzuan Shamsudin

3

cuepacs tidak bersetuju terhadap pelaksanaan dasar pemisah yang membolehkan kakitangan awam berprestasi rendah di berSARAkan.

timbalan presiden cuepacs berkata, setakat ini badan induk kesatuan sekerja awam itu tidak bersetuju dengan dasar baru yang diperkenalkan dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA)

" cuepacs merasakan markah 69 dan ke bawah sebagai SATU PARAS YANG TERLALU TINGGI untuk melaksanakan dasar pemisah ini, untuk menghentikan seorang kakitangan awam"
-dipetik dari malaysian insider


4

tujuan SBPA adalah untuk mendapatkan penjawat awam yang lebih kompetitif, produktif dan bekerja paling senang untuk aku katakan, kalau kita semua buat kerja, selesaikan tugas yang diberi dan berprestasi elok, kita kekal dalam perkhidmatan awam. kerja malas, ponting, buat kerja luar waktu pejabat, tugas diberi dua tahun kemudian baru siap, layan pelanggan dengan muka masam dan kasar, prestasi tahap cacing kerawit dan sewaktu dengannya... makanya, elok diTAMATkan perkhidmatannya.

logiknya kalau kita sendiri punya ' kedai' atau 'perniagaan' pekerja-pekerja dengan kategori di atas pastinya membebankan dan membazirkan untuk digaji dan diupah. mahukah anda mengupah orang yang tidak berdisiplin, malas dan tidak produktif untuk memajukan kedai anda?
-SBPA oleh BudakHutan


5





inside your brain are billions of nerve cells that communicate with each 0ther by releasing chemicals called NEUROTRANSMITTERS. these chemicals are released from a cell through axons and recieved by DENDRITES. both of which are rootlike structures that branch out and seek connections with adjoining cells. the more dendrites you have, the greater your brainpower.
- arnold scheibel, M.D


some doctors have theorized that MENTAL CHALLENGE cause new dendrites to grow.so it is possible that more mentally active you are, the more dendrites you'll have.
-damel alkon M.D


the quality of life really does depend upon your brain functioning well
- vernon mark M.D



6

masih terngiang-ngiang ditelinga saudagar kaya itu akan kata-kata Nabi " ada darah hitam mengalir dalam tubuh budak ini hasil dari makanan yang tidak halal". dan masih jelas dimatanya, betapa biadap anak kesayangannya meluru masuk ke dalam masjid- ambil mainan -dan bergegas keluar...

peristiwa itu disampaikan kepada isterinya, sedih, malu dan bingung...sepanjang ingatannya ,dia tidak pernah mencuri, membohong apatah lagi menipu dalam urusan perniagaannya - begitu juga siisteri malah anak itu dididik dengan sampurna.

" wahai suamiku, semasa mengandung anak ini dulu, saya mengambil dan memakan sebiji TAMAR dari kebun jiran sebelah, saya terlupa memberitau tuannya..."

7

kerja yang halal tak menjanjikan 100 peratus imbuhan yang HALAL. cuba lihat analoji berikut:

tugas seorang guru adalah MENGAJAR, tak kiralah guru baru, guru kanan atau guru besar.perbezaannya cuma peruntukan masa mengajar, dengan lain perkataan mengajar adalah tugas UTAMA yang paling dituntut. setiap guru mesti mempunyai JADUAL WAKTU MENGAJAR- cuma dikategori mana mereka meletakkan dirinya;
-jadual waktu sebagai jadual bayangan
-jadual waktu yang hanya tertera perkataan MORAL

kita lupakan kerenah guru SENIOR ni, aku lebih suka mendekati iparku, cikgu azim, guru pss dan peruntukan mengajarnya 600 minit seminggu, senang cakap 2 jam sehari dan dapat imbuhan RM100.

cuba lihat imbuhan cikgu azim ikut jam:
- dua jam              - RM100
- satu jam             - RM50
- setengah jam    - RM25
- suku jam            - RM12.50

mari kita lihat jadual waktu cikgu azim pada hari isnin - 8.15 matematik 6A - kebetulan cikgu azim sibuk dipss, 8.30 barulah melangkah masuk ke kelas 6A . dikategori manakah letaknya imbuhan cikgu azim sebanyak RM12.50 untuk hari itu? dan lebih parah lagi seandainya ketika itu cikgu azim sedang menikmati teh tarik dan roti canai di kantin atau tengah sembang-sembang bola di bilik guru...


8

I most definitely and convincingly believe that we can make a PRADIGM shift,we can make a complete transformation of all our capabilities just one lifetime.15 years is enough time to completely revamp this country. even 10 years is enough tu completely change. but we must make the right decisions, it is easy. just GET RIDOFF the 'not useful' things and increase the ' more useful' things in our country. we must BRAVE. we need BRAVE leaders, who are not afraid. we need a culture, religious and social transformation so that we can compete. I really believe this can be done. to me it is quite clear what we must do.

the formula is simple, it involves religion, science, technology, culture and the most important of all MODERNIZING OUR THINKING. if we don't tacle this in a hurry, then we better learn to say 'GOOD BYE '
- the one and only problem in Malaysia by Syed Akbar Ali






seandainya
anak-anak dah bisa jalan lurus
janganlah
sibapak pulak jalan mengengkang 
sambil
membaham  semua yang melintang...


























Monday, November 21, 2011

sejata api Melayu


Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah
oleh : Baldi Merah



Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, peperangan demi peperangan, hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi? Tak cukup dengan itu , anak-anak zaman sekarang ini dihidangkan lagi dengan filem 'buta sejarah' seperti Puteri Gunung Ledang. Logikkah, tentera dari sebuah empayar yang kaya, pergi berperang memakai baju senipis tisu? Logikkah, pahlawan Melaka dahulu berperang memakai keris dan tombak sahaja? Setahu saya, zaman Arab Jahiliyah pun mempunyai pedang. Agaknya, inilah sebab mengapa filem berbajet RM 20 juta itu gagal meraih trofi ketika Festival Filem Malaysia.

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang . Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi, gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi, selak lagi, gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan. Bagaimana seorang berpendidikan seperti Menteri Kebudayaan, Tenaga dan Komunikasi boleh membiarkan sejarah tamadun bangsanya dipadamkan dari peta sejarah?
Dalam artikel ini, penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?

Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki Uthmaniyyah, Empayar China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Adakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR menjadi pekak, tuli, buta dan bisu dengan perkembangan ini?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu kecuali gabungan tentera Portugis, kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa, askar-askar upahan dari Goa, Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalaman dari para pedagang asing dan orang Melayu sendiri.

Hang Tuah juga pernah dikerahkan ke Rome untuk membeli persenjataan canggih yg besar yaitu bedil (meriam) untuk memperkukuhkan pertahanan kerajaaan Melaka. Memang terdapat riwayat bagaimana semasa serangan Portugis terhadap Melaka, Melaka tidak mudah tumbang.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah, baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

Cannon : Meriam, Lela

Portable Cannon/swivel gun : Lela Rentaka

Flintlock Musket : Istinggar

Blunderbuss : Pemuras

Pistol : Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:


*pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead).

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).



*terakol



Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?



Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.




Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.



*Istinggar



Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.



Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.



Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.



*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand



Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara. Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga.
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.



*petikan gambar filem Langkasuka, dalam filem ini bukti yang menunjukkan senjata api sudah digunakan oleh orang melayu sejak zaman kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan yang putera pahang yang pakar dalam menembak menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai pistol. Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu pada zaman kini tidak dapat mengungkapkan sejarah-sejarah hebat orang Melayu ini ke layar perak malah diambil kesempatan oleh pembikin filem dari thailand. Jika dilihat pada babak-babak filem itu prob2 dan ketamadun yang ditonjolkan dalam filem itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar orang melayu bukan hanya keris dan lembing.



*putera Pahang yang pakar dalam menembak.



*putera Pahang yang menembak menggunakan terakol.



Jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji secara mendalam sejarah Patani. Ini filem Thai dan nama 'Langkasuka' itu pun tidak tepat. Asalnya penerbit mahu meletakkan nama 'Queen of Patani' namun dibantah oleh pihak berkaitan kerana tidak mahu mencetuskan sensitiviti dengan apa yang berlaku di Selatan Thai. Jadi diletakkan 'Langkasuka' padahal Langkasuka dan Patani adalah dua kerajaan berbeza.'Lanun' dalam cerita ini hanyalah fantasi kerana dalam sejarah ketika pemerintahan Ratu Biru, kerajaan Patani diserang oleh Thai, bukannya lanun-lanun Melayu, Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini. Dan tiada pula kerabat diraja yang membelot sebenarnya, ia cuma 'rempah-ratus' dalam membuat filem itu lebih sensasi.

Fakta sejarah sebenarnya, ketika itu Patani berperang dengan Thai dan seorang Cina Muslim, Lim To Khiam diarahkan oleh Ratu Patani untuk mengetuai tukang-tukang meriam Patani menyiapkan meriam besar. Penglibatan orang Belanda itu hanyalah sensasi sahaja padahal Thai pernah bekerjasama dengan orang-orang Eropah yang tamak ini untuk menjajah Patani.

Saya hanya sarankan untuk membayangkan suasana meriam-meriam Melayu ini beraksi dengan menonton filem ini, bukannya menjadikan filem itu sebagai rujukan sejarah Patani.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris? Jika nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak. 

Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para Residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. 

Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh.

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri? Orang asing?

Kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga. Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).


- a paste blog - 

Tuesday, November 8, 2011

bagaikan anai-anai...


1.
evolusi

"bahawa agama-agama yang terdahulu berbicara kepada pancaindera sewaktu bangsa manusia berada didalam peringkat keanak-anakan ketika mana manusia hanya mengenal apa yang dirasakan sementara akalnya belum dapat memahami apa yang tidak dapat disentuhnya. apabila pengembaraan bangsa manusia terus bergerak, mengalami dan mempelajari ,berbalah-balah dan berpakat-pakat, kebahagian dan kedukaan silih berganti serta tumbuh pula  kesedaran, dan perasaan-perasaan yang nyata, datanglah agama yang membicarakan tentang persemadian, tentang kesucian, juga tentang kekuasaan  dan alam kepunyaan TUHAN. tetapi didalam pergelutannya  bangsa manusia tidak berdaya hidup dalam pujukan. kedudukannya yang suci dan murni tidak berpanjangan. ia terus bergelut , dan permusuhan menggantikan kedamaian dan hidup berbaik-baik, maka datanglah pula agama yang mengatur segala-galanya, yang memelihara rasa dan perasaan, yang mendidik akal dan hati , yang mengajar manusia tentang hal-hal dunia dan akhirat."
- risalah al-Tauhid oleh muhammad abduh 

bahawa seluruh bangsa manusia tidak berevolusi sekali gus dalam satu masa, beberapa faktor tertentu menolong sebahagian bangsa berevolusi, sementara sebahagian manusia lain masih tetap tinggal dalam kemunduran. oleh yang demikian apabila sebahagian manusia sampai diperingkat remaja, sebahagian yang lain pada masa itu juga masih berada diperingkat keanak-anakan. dan sebahagian lainnya pula masih didalam keadaan primitif atau hampir-hampir dengan keadaan primitif.

peradaban menyebabkan sebahagian bangsa manusia mencapai setinggi-tinggi kemajuan sementara yang lain terus mundur, nasib mereka dalam kemajuan amat terbatas dan lapangan mereka dalam evolusi terlalu sempit.

para penyelidik di bidang agama menyedari satu hakikat yang amat penting ia-itu bangsa manusia umpama seorang bayi bermula dalam keadaan primitif dan simpel. kemudian ia tumbuh  dan ikut sama tumbuh akal fikirannya hingga tiba ke suatu peringkat kanak-kanak bangsa manusia. kemudian tumbuh lagi hingga sampai ke peringkat dewasa bangsa manusia itu.

agama-agama yang diturunkan dari LANGIT adalah secucuk dengan tiap-tiap peringkat evolusi ini. Tuhan Yang Maha Esa memberi sesuatu ubat mengikut upaya seseorang pesakit. Tuhan memberi petunjuk dan panduan kepada manusia mengikut kemampuan manusia itu sendiri menanggungnya dan sesuai dengan pertumbuhannya yang bermula dalam keadaan lemah, kemudian bertambah kuat sedikit demi sedikit hingga sempurna pertumbuhannya.

tahap pertama
bangsa manusia diperingkat bayi
penyeruan kepada agama adalah mudah:
- penyeruannya terbatas kepada kaum-kaum tertentu sahaja
- penyeruannya hanya meliputi  soal MENTAUHIDKAN Tuhan tanpa menyebut aturan-aturan dan     penjelasan
- seruan agama keteka itu hanya berupa nasihat dan ajaran sahaja

tahap kedua
bangsa manusia diperingkat kanak-kanak
- bidang dakwah meliputi suku kaum lebih besar dan ramai
- mempunyai kitab tertentu tetapi maknanya sahaja yang diwahyukan, sementara ibaratnya    digubal oleh manusia
- mempunyai catatan tarikh
- ajaran dakwah diisi dengan beberapa penjelasan yang agak jelas 

tahap ketiga
bangsa manusia diperingkat dewasa
- penyeruan agama dituju kepada seluruh umat manusia
- mempunyai kitab yang tiada cacat atau kekurangannya
- ajaran agama meliputi hal-hal agama dan dunia, ia menggambarkan kepada kita Allah Ta'ala dalam kesucian dan ketinggianNya, menggambarkan syurga dan neraka, menerangkan rupa baik dan jahat. ia juga membentangkan sistem-sistem yang rapi dan kemas tentang perwarisan, POLITIK, ekonomi, jual-beli, wasiat, pemberian, peperangan dan lain-lain keperluan manusia

" Islam mendatangi manusia setelah mereka sampai keperingkat evolusi dimana mereka memahami agama dengan cara meluas dan membezakan antara petunjuk hati nurani dan perenggan-perenggan kedudukan dan keturunan, lalu mereka mengetahui bahawa HAK KETUHANAN ialah hasil ROHANI bukan hasil bumi seperti hasil-hasil tanaman dan ternakan"
- abbas mahmud al-aqqad 

2
berpaling

"mereka mempunyai hati tapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah. mereka mempunyai mata tapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah. mereka mempunyai telinga tapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. mereka bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi"

unsur utama dalam menghayati Ad Din sebagai cara hidup yang syumul dan mulia adalah PERNYATAAN yang ihlas dari seseorang hamba dengan KEISLAMANNYA mengaku Allah sebagai Yang Maha Besar dan yang berhak disembah, Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah dan lafaz keimanan itu hendaklah diakui didalam hati serta diamalkan dengan perbuatan

Rasulullah berfungsi sebagai pembawa risalah ke arah jalan  kebenaran  kepada umatnya yang perlu diamalkan

Allah telah menurunkan WAHYUNYA sebagai perintah kepada manusia agar menjadi hamba yang bersyukur dan bertaqwa dengan penuh ikhlas, namun manusia tidak pernah puas terhadap kurnia yang telah diberikan walau pun kebenaran telah berada di depan mata. mereka akan menentang demi memenuhi tuntutan HAWA NAFSU dan sifat kehaiwanannya.

setelah berbelas abad selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w umat Islam masa kini turut dihimpit gejala merosakkan dari berbagai penjuru, mereka tidak lagi memerhati ayat-ayat Allah dan peringatan yang ditunjukkannya sehingga kelekaan dan kealpaan mereka itu membuat mereka semakin hanyut dan TINDAK-TANDUKNYA boleh memporak-perandakan PERPADUAN UMMAH

NAUZUBILLAH!

3
bagaikan anai-anai

tata-aturan berumahtangga merupakan komponen penting bagi tegaknya tata-aturan bermasyarakat. lengkungan keluarga merupakan LEMBAGA PENDIDIKAN bagi genarasi pelapis. dari kalangan keluarga inilah anak-anak mendapat pendidikan, pengarahan dan asuhan. seandainya corak dalam rumahtangga sudah rosak dan dibiarkan begitu sahaja tentu akan menular sampai jangkauan yang lebih luas - menimpa seluruh lapisan masyarakat. masyarakat yang sudah rosak  merasa PANDAI dan menjadikan dirinya sebagai hakim, mahatahu,sumber rujuk dan yang lain-lain. hukum pun berjalan menurut kehendak dan kemahuannya. keadilan bukan lagi ditegakkan melainkan DITENTUKAN. 

pada dasarnya setiap anggota masyarakat  akan bergaul dengan lengkungannya sesuai dengan akhlak, perilaku dan matlamat yang dituju. jika matlamatnya KEKUASAAN dan KEBENDAAN - biasanya mereka akan cipta aturan-peraturannya sendiri demi menjaga keutuhan dan survival kumpulannya. sekiranya ada puak atau kumpulan lain yang boleh menggugat atau mencabar, mereka akan tentang habis-habisan dengan apa cara sekali pun walau terkeluar dari batas agama dan dari norma-norma dan sifat semulajadi manusia itu sendiri.

berkembang pesatnya teknologi bermakna menjanjikan kebahagian dan status sosial yang lebih tinggi ternyata adalah meleset malah mampu memporak-perandakan nilai-nilai kebajikan dan MORAL ahli masyarakat itu sendiri. kewujudan teknologi ini terutama media elektronik dan media cetak dan yang terbaharu laman-laman sosial dan laman-laman sesawang sepatutnya DIGARAB demi kebaikan, kesejahteraan dan perpaduan UMMAH. dan yang paling penting diguna untuk mendidik akhlak dan peribadi ummah ke suatu tahap yang tinggi - INSAN KAMIL - yang berupaya menimbang sendiri sesuatu ISU dengan pemikiran yang tenang, waras dan adil. MALANGNYA ada segelintir masyarakat menggunakannya untuk tujuan-tujuan tertentu tanpa memikirkan KESANNYA. 

setiap hari dipaparkan perlakuan-perlakuan diluar tabii manusia yang direka-reka, setiap  jam dipertuntunkan wajah-wajah manusia sombong, angkuh dan melahirkan kata-kata nista penuh dengan rasa kebencian. setiap minit terhambur keluar kata-kata fitnah, kesat, lucah di laman-laman sosial. sedih juga bila sipelaku atau sipenulis sudah pun bergelar BAPA atau seorang DATUK! bagaimana seandainya tulisan atau gambar-gambar yang kita upload seterusnya download itu dibaca atau dilihat oleh anak sendiri atau cucu sendiri...bagaimana pula sekiranya tingkahlaku JAHILIAH ini dizahirkan melalui perbuatan oleh anak cucu kita atau mungkin perkataan-perkataan SADIS ini sudah menjadi kebiasaan melantun keluar dari mulut mereka? APAKAH KITA RELA MEWARNA DAN MEWARISKAN BUDAYA INI...

(analog)

berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dalam diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

datuk dr. usman awang, puisi orang melayu


4 silahturahim

Islam menganjurkan umatnya untuk mengeratkan SILAHTURAHIM antara satu sama lain, kita dilarang melakukan perkara yang boleh menjejas dan merosak hubungan sesama sendiri

" wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang terlarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA. dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang"
- Al-Hujaraat 26:12

sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah perbuatan yang keji kerana prasangka itu timbul daripada perasaan IRIHATI atau DENGKI. bagi mengelak dari buruk sangka, kita disaran menyiasat setiap ISU yang diterima atau didengar dengan teliti KESAHEHANNYA terutama dari mulut-mulut orang yang FASIK...   

5
tanggungjawab

sesuai dengan konsep penciptaannya yang sempurna, Allah telah menganugerahkan kepada manusia AKAL FIKIRAN untuk berfikir dan membezakan yang haq dan yang bathil, Allah juga telah melantik seorang pemimpin dikalangan manusia untuk memimpin manusia ke arah KEBENARAN ia-itu jalan yang membawa keselamatan di dunia dan di akhirat.

melalui pimpinan wahyu Illahi dan utusanNya, Allah telah mengingatkan kepada manusia bahawa hakikat penciptaan mereka bukanlah sia-sia tetapi ada tugas dan tanggungjawab yang mesti dipikul. oleh kerana itu pihak yang mengingkari dan menidakkan peranan mereka sebagai KHALIFATULLAH dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kekufuran akan dilaknat dan diseksa di akhirat nanti.

tugas seorang bapa contohnya, selain memberi perlindungan, makan dan pakai, kita diwajibkan membentuk sahsiah dan budi pekerti yang SYUMUL :
- taat perintah Allah
- taat ajaran Rasul
- taat kedua ibubapa
- taat kepada pemimpin
- hormat orang lain
- sedia berbakti pada masyarakatnya

inilah yang menjadi cabaran paling utama selain itu mampukah kita memprogram anak-anak menjadi ;
- time oriented
- excellent oriented
- good oriented
- action oriented
- result oriented

dan perlu diingat PERSEKITARAN juga boleh membantu kecemerlangan anak-anak atau sebaliknya. sebagai ahli masyarakat kita harus berhati-hati dengan percakapan kita, tingkahlaku kita dan tindak-tanduk kita moga benih yang kita semai, kita baja, kita siram selama ini akan tumbuh menjadi pepohon yang rendang tanpa SEEKOR ANAI-ANAI...

   




masih terlalu jauh untuk digapai...

1
why are Muslims powerless
- ...because we aren't producing knowledge
- ...because we aren't diffusing knowledge
- ...because we aren't applying knowledge
so, why are Muslims so powerless
     because LACK OF EDUCATION

- dr farrukh salim, knowledge is power

2
pesta temasya

malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah PESTA TEMASYA
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah dijual

- datuk dr usman awang, puisi orang Melayu






rujukan :
1. prof. dr. ahmad shalaby, perbandingan agama
2. dr abdurrahman abdul khaliq, wajah-wajah kekufuran
3. muhammad abduh, risalah al-tauhid