1.
evolusi
"bahawa agama-agama yang terdahulu berbicara kepada pancaindera sewaktu bangsa manusia berada didalam peringkat keanak-anakan ketika mana manusia hanya mengenal apa yang dirasakan sementara akalnya belum dapat memahami apa yang tidak dapat disentuhnya. apabila pengembaraan bangsa manusia terus bergerak, mengalami dan mempelajari ,berbalah-balah dan berpakat-pakat, kebahagian dan kedukaan silih berganti serta tumbuh pula kesedaran, dan perasaan-perasaan yang nyata, datanglah agama yang membicarakan tentang persemadian, tentang kesucian, juga tentang kekuasaan dan alam kepunyaan TUHAN. tetapi didalam pergelutannya bangsa manusia tidak berdaya hidup dalam pujukan. kedudukannya yang suci dan murni tidak berpanjangan. ia terus bergelut , dan permusuhan menggantikan kedamaian dan hidup berbaik-baik, maka datanglah pula agama yang mengatur segala-galanya, yang memelihara rasa dan perasaan, yang mendidik akal dan hati , yang mengajar manusia tentang hal-hal dunia dan akhirat."
- risalah al-Tauhid oleh muhammad abduh
bahawa seluruh bangsa manusia tidak berevolusi sekali gus dalam satu masa, beberapa faktor tertentu menolong sebahagian bangsa berevolusi, sementara sebahagian manusia lain masih tetap tinggal dalam kemunduran. oleh yang demikian apabila sebahagian manusia sampai diperingkat remaja, sebahagian yang lain pada masa itu juga masih berada diperingkat keanak-anakan. dan sebahagian lainnya pula masih didalam keadaan primitif atau hampir-hampir dengan keadaan primitif.
peradaban menyebabkan sebahagian bangsa manusia mencapai setinggi-tinggi kemajuan sementara yang lain terus mundur, nasib mereka dalam kemajuan amat terbatas dan lapangan mereka dalam evolusi terlalu sempit.
para penyelidik di bidang agama menyedari satu hakikat yang amat penting ia-itu bangsa manusia umpama seorang bayi bermula dalam keadaan primitif dan simpel. kemudian ia tumbuh dan ikut sama tumbuh akal fikirannya hingga tiba ke suatu peringkat kanak-kanak bangsa manusia. kemudian tumbuh lagi hingga sampai ke peringkat dewasa bangsa manusia itu.
agama-agama yang diturunkan dari LANGIT adalah secucuk dengan tiap-tiap peringkat evolusi ini. Tuhan Yang Maha Esa memberi sesuatu ubat mengikut upaya seseorang pesakit. Tuhan memberi petunjuk dan panduan kepada manusia mengikut kemampuan manusia itu sendiri menanggungnya dan sesuai dengan pertumbuhannya yang bermula dalam keadaan lemah, kemudian bertambah kuat sedikit demi sedikit hingga sempurna pertumbuhannya.
tahap pertama
bangsa manusia diperingkat bayi
penyeruan kepada agama adalah mudah:
- penyeruannya terbatas kepada kaum-kaum tertentu sahaja
- penyeruannya hanya meliputi soal MENTAUHIDKAN Tuhan tanpa menyebut aturan-aturan dan penjelasan
- seruan agama keteka itu hanya berupa nasihat dan ajaran sahaja
tahap kedua
bangsa manusia diperingkat kanak-kanak
- bidang dakwah meliputi suku kaum lebih besar dan ramai
- mempunyai kitab tertentu tetapi maknanya sahaja yang diwahyukan, sementara ibaratnya digubal oleh manusia
- mempunyai catatan tarikh
- ajaran dakwah diisi dengan beberapa penjelasan yang agak jelas
tahap ketiga
bangsa manusia diperingkat dewasa
- penyeruan agama dituju kepada seluruh umat manusia
- mempunyai kitab yang tiada cacat atau kekurangannya
- ajaran agama meliputi hal-hal agama dan dunia, ia menggambarkan kepada kita Allah Ta'ala dalam kesucian dan ketinggianNya, menggambarkan syurga dan neraka, menerangkan rupa baik dan jahat. ia juga membentangkan sistem-sistem yang rapi dan kemas tentang perwarisan, POLITIK, ekonomi, jual-beli, wasiat, pemberian, peperangan dan lain-lain keperluan manusia
" Islam mendatangi manusia setelah mereka sampai keperingkat evolusi dimana mereka memahami agama dengan cara meluas dan membezakan antara petunjuk hati nurani dan perenggan-perenggan kedudukan dan keturunan, lalu mereka mengetahui bahawa HAK KETUHANAN ialah hasil ROHANI bukan hasil bumi seperti hasil-hasil tanaman dan ternakan"
- abbas mahmud al-aqqad
2
berpaling
"mereka mempunyai hati tapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah. mereka mempunyai mata tapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah. mereka mempunyai telinga tapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. mereka bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi"
unsur utama dalam menghayati Ad Din sebagai cara hidup yang syumul dan mulia adalah PERNYATAAN yang ihlas dari seseorang hamba dengan KEISLAMANNYA mengaku Allah sebagai Yang Maha Besar dan yang berhak disembah, Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah dan lafaz keimanan itu hendaklah diakui didalam hati serta diamalkan dengan perbuatan
Rasulullah berfungsi sebagai pembawa risalah ke arah jalan kebenaran kepada umatnya yang perlu diamalkan
Allah telah menurunkan WAHYUNYA sebagai perintah kepada manusia agar menjadi hamba yang bersyukur dan bertaqwa dengan penuh ikhlas, namun manusia tidak pernah puas terhadap kurnia yang telah diberikan walau pun kebenaran telah berada di depan mata. mereka akan menentang demi memenuhi tuntutan HAWA NAFSU dan sifat kehaiwanannya.
setelah berbelas abad selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w umat Islam masa kini turut dihimpit gejala merosakkan dari berbagai penjuru, mereka tidak lagi memerhati ayat-ayat Allah dan peringatan yang ditunjukkannya sehingga kelekaan dan kealpaan mereka itu membuat mereka semakin hanyut dan TINDAK-TANDUKNYA boleh memporak-perandakan PERPADUAN UMMAH
NAUZUBILLAH!
3
bagaikan anai-anai
tata-aturan berumahtangga merupakan komponen penting bagi tegaknya tata-aturan bermasyarakat. lengkungan keluarga merupakan LEMBAGA PENDIDIKAN bagi genarasi pelapis. dari kalangan keluarga inilah anak-anak mendapat pendidikan, pengarahan dan asuhan. seandainya corak dalam rumahtangga sudah rosak dan dibiarkan begitu sahaja tentu akan menular sampai jangkauan yang lebih luas - menimpa seluruh lapisan masyarakat. masyarakat yang sudah rosak merasa PANDAI dan menjadikan dirinya sebagai hakim, mahatahu,sumber rujuk dan yang lain-lain. hukum pun berjalan menurut kehendak dan kemahuannya. keadilan bukan lagi ditegakkan melainkan DITENTUKAN.
pada dasarnya setiap anggota masyarakat akan bergaul dengan lengkungannya sesuai dengan akhlak, perilaku dan matlamat yang dituju. jika matlamatnya KEKUASAAN dan KEBENDAAN - biasanya mereka akan cipta aturan-peraturannya sendiri demi menjaga keutuhan dan survival kumpulannya. sekiranya ada puak atau kumpulan lain yang boleh menggugat atau mencabar, mereka akan tentang habis-habisan dengan apa cara sekali pun walau terkeluar dari batas agama dan dari norma-norma dan sifat semulajadi manusia itu sendiri.
berkembang pesatnya teknologi bermakna menjanjikan kebahagian dan status sosial yang lebih tinggi ternyata adalah meleset malah mampu memporak-perandakan nilai-nilai kebajikan dan MORAL ahli masyarakat itu sendiri. kewujudan teknologi ini terutama media elektronik dan media cetak dan yang terbaharu laman-laman sosial dan laman-laman sesawang sepatutnya DIGARAB demi kebaikan, kesejahteraan dan perpaduan UMMAH. dan yang paling penting diguna untuk mendidik akhlak dan peribadi ummah ke suatu tahap yang tinggi - INSAN KAMIL - yang berupaya menimbang sendiri sesuatu ISU dengan pemikiran yang tenang, waras dan adil. MALANGNYA ada segelintir masyarakat menggunakannya untuk tujuan-tujuan tertentu tanpa memikirkan KESANNYA.
setiap hari dipaparkan perlakuan-perlakuan diluar tabii manusia yang direka-reka, setiap jam dipertuntunkan wajah-wajah manusia sombong, angkuh dan melahirkan kata-kata nista penuh dengan rasa kebencian. setiap minit terhambur keluar kata-kata fitnah, kesat, lucah di laman-laman sosial. sedih juga bila sipelaku atau sipenulis sudah pun bergelar BAPA atau seorang DATUK! bagaimana seandainya tulisan atau gambar-gambar yang kita upload seterusnya download itu dibaca atau dilihat oleh anak sendiri atau cucu sendiri...bagaimana pula sekiranya tingkahlaku JAHILIAH ini dizahirkan melalui perbuatan oleh anak cucu kita atau mungkin perkataan-perkataan SADIS ini sudah menjadi kebiasaan melantun keluar dari mulut mereka? APAKAH KITA RELA MEWARNA DAN MEWARISKAN BUDAYA INI...
(analog)
berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dalam diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak
datuk dr. usman awang, puisi orang melayu
4 silahturahim
Islam menganjurkan umatnya untuk mengeratkan SILAHTURAHIM antara satu sama lain, kita dilarang melakukan perkara yang boleh menjejas dan merosak hubungan sesama sendiri
" wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang terlarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA. dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang"
- Al-Hujaraat 26:12
sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah perbuatan yang keji kerana prasangka itu timbul daripada perasaan IRIHATI atau DENGKI. bagi mengelak dari buruk sangka, kita disaran menyiasat setiap ISU yang diterima atau didengar dengan teliti KESAHEHANNYA terutama dari mulut-mulut orang yang FASIK...
5
tanggungjawab
sesuai dengan konsep penciptaannya yang sempurna, Allah telah menganugerahkan kepada manusia AKAL FIKIRAN untuk berfikir dan membezakan yang haq dan yang bathil, Allah juga telah melantik seorang pemimpin dikalangan manusia untuk memimpin manusia ke arah KEBENARAN ia-itu jalan yang membawa keselamatan di dunia dan di akhirat.
melalui pimpinan wahyu Illahi dan utusanNya, Allah telah mengingatkan kepada manusia bahawa hakikat penciptaan mereka bukanlah sia-sia tetapi ada tugas dan tanggungjawab yang mesti dipikul. oleh kerana itu pihak yang mengingkari dan menidakkan peranan mereka sebagai KHALIFATULLAH dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kekufuran akan dilaknat dan diseksa di akhirat nanti.
tugas seorang bapa contohnya, selain memberi perlindungan, makan dan pakai, kita diwajibkan membentuk sahsiah dan budi pekerti yang SYUMUL :
- taat perintah Allah
- taat ajaran Rasul
- taat kedua ibubapa
- taat kepada pemimpin
- hormat orang lain
- sedia berbakti pada masyarakatnya
inilah yang menjadi cabaran paling utama selain itu mampukah kita memprogram anak-anak menjadi ;
- time oriented
- excellent oriented
- good oriented
- action oriented
- result oriented
dan perlu diingat PERSEKITARAN juga boleh membantu kecemerlangan anak-anak atau sebaliknya. sebagai ahli masyarakat kita harus berhati-hati dengan percakapan kita, tingkahlaku kita dan tindak-tanduk kita moga benih yang kita semai, kita baja, kita siram selama ini akan tumbuh menjadi pepohon yang rendang tanpa SEEKOR ANAI-ANAI...
masih terlalu jauh untuk digapai...
1
why are Muslims powerless
- ...because we aren't producing knowledge
- ...because we aren't diffusing knowledge
- ...because we aren't applying knowledge
so, why are Muslims so powerless
because LACK OF EDUCATION
- dr farrukh salim, knowledge is power
2
pesta temasya
malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah PESTA TEMASYA
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah dijual
- datuk dr usman awang, puisi orang Melayu
rujukan :
1. prof. dr. ahmad shalaby, perbandingan agama
2. dr abdurrahman abdul khaliq, wajah-wajah kekufuran
3. muhammad abduh, risalah al-tauhid
No comments:
Post a Comment