Friday, September 30, 2011

monolog


update oct.01.2011
setelah selesai mendirikan sembahyang sunat tawaf dua rakaat di belakang Makam Ibrahim , aku pun terus menuju ke Bukit Safa untuk menunaikan SA'IE HAJI.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

aku pun berjalan pantas sambil berzikir menuju ke Bukit Marwah. dari Bukit Marwah aku berjalan balik menuju ke Bukit Safa, begitulah ulang-alik sehingga tujuh kali dan berakhir di Bukit Marwah.

termengah-mengah juga aku rupanya!

aku dapat rasakan bagaimana deritanya Siti Hajar ketika berlari-lari, naik bukit, turun bukit di bawah terik matahari dalam keadaan lapar dan dahaga demi setitis air untuk anaknya Ismail!

Siti Hajar meninggalkan kota dan membawa Ismail ke tanah gersang ini demi kecintaannya, ketaatannya dan kepatuhannya atas perintah Allah Yang Maha Kuasa... walaupun Siti Hajar dan Ismail dibawah jagaan Nya, Siti Hajar tidak mengharapkan kuasa ghaib menyediakan sajian lazat dan mencipta sungai untuk bersenang-senang. Siti Hajar PASRAH - dengan menggunakan kudrat yang ada Siti Hajar terus mencari dan terus mencari setitis air untuk anak tercinta Ismail. Walau pun usahanya gagal dengan IZIN Allah terpancut air di bawah kaki Ismail.

ALLAHU AKBAR

MANUSIA wajib BERUSAHA untuk teruskan hidup menekala rezeki, ajal dan maut dibawah kekuasaan Nya.

terfikir juga aku, jika kita mencari Allah di sini atau di mana-mana pelusuk dunia ini hanyalah satu usaha yang sia-sia tetapi kita akan dapat menghampiri Nya, merasai zat Nya, kewujudan Nya dan keagungan Nya di jalan TAUHID ini... rupa-rupanya dalam usaha pencarian ini kita akan temui DIRI SENDIRI.

MASYA'ALLAH!

seandainya bangsaku mencontohi Siti Hajar, pasrah dan patuh arahan Nya, berusaha dengan kudrat yang ada demi cita-cita atau mungkin demi melengkapi keperluan hariannya sebagai manusia dengan IZIN NYA mungkin tidak ada lagi orang-orang yang masih SEGAR-BUGAR bergantung hidup pada BAITULMAL, INSTITUSI-INSTITUSI KEBAJIKAN  atau menjadi TAKSUB  kepada seseorang sehingga bersedia menjadi BADUT suruhan demi wang.

wahai bangsaku, berusahalah demi kelangsungan hidup ini walau mungkin kita tidak sehebat pesonaliti-pesonaliti dibawah ini, sekurang-kurangnya mereka boleh dijadikan sumber inspirasi, motivasi juga penggerak untuk kita BERUSAHA. mudah-mudahan kita tidak lagi bergantung kepada sesiapa, kita MERDEKA MINDA, MERDEKA JIWA, MERDEKA JASAD dan MERDEKA TINDAKAN...selagi kita masih dalam keredaan Nya...




Syed Mokhtar AlBukhary
x282 Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta         : USD 2.5 billion
Sumber      : Pelbagai
Umur         :  59 tahun
Status         : Berkahwin




Azman Hashim

azman hashim Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $785 juta
Sumber       : Kewangan
Umur          : 71 tahun
Status         : Berkahwin


 Mokhzani Mahathir
m 10mokhzani Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $560 juta
Sumber       : Gas dan minyak
Umur          : 50 tahun
Status         : Berkahwin



Shahril , Shahriman Shamsuddin
pic17 1 Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $500juta
Sumber      : Gas dan minyak
Umur           : 50 tahun
Status         : Berkahwin



Kamarudin Meranun

kamarudin Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Harta          : USD $495 juta
Sumber      : Syarikat penerbangan
Umur          : 49 tahun
Status        : Berkahwin





No comments: