Sunday, September 16, 2012

MYekspresi 1:saya sayang MELAYU

1.
rupanya GERIMIS ditengah hari...

Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan,
Segala yang ada sanggup diberikan,
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."

- Dato' Dr. Usman Awang


tergadainya tanah warisan
menguncupnya pemilikan bumi
di atas status yang mungkin kelabu
pupusnya paya bakau BUAT susu sibangla
komitmen yang hilang!

2.
di mana Melayu itu...

jika kita jujur dengan diri sendiri, kita akan akui bahawa sesuatu yang kita dapat dengan mudah sebenarnya kita tidak memiliki kekuatan JATIDIRI. sesiapa yang memperoleh KEDUDUKAN, peluang niaga atau peluang belajar tanpa benar-benar berusaha keras dan tanpa KELAYAKAN yang hakiki kita juga sebenarnya tidak ada HARGA DIRI.

kekuatan orang Melayu tidak seharusnya tertumpu kepada kekuatan POLITIK semata-mata. kekuatan politik tidak akan kekal lama jika tidak bertunjangkan ILMU dan EKONOMI. justeru kekuatan politik yang ada pada kita hari ini hendaklah diGARAB dan diurus dengan bijak dan jujur untuk merangsang dan memotivasi bangsa kita sendiri menghadapi dan mengharungi  suasana semasa dan hari-hari mendatang yang penuh mencabar. seandainya kita diberi ruang  jadi pemimpin atau ada kesempatan melantik DIRI sendiri sebagai pemimpin, dalam jangka masa tertentu, wajib kita menilai dan MUHASABAH diri demi survival bangsa kita sendiri di  tanah air sendiri!

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran"
- Al-Ashr, 103: 1- 3

setelah berkhidmat selaku pemimpin dengan niat kerana  Allah SWT, dalam tempuh waktu sekian lama, adakah kita telah memenuhi tuntutan 'timeframe' yang sememangnya telah menjadi tanggungjawab sebagai seorang PEMIMPIN.

  • adakah kita benar-benar rugi atau untung dengan 'timeframe' sebagai pemimpin?
  • adakah kita benar-benar melaksanakannya dengan penuh SOLEH?
  • adakah kita benar-benar menasihati dan membimbing orang bawahan kita agar jadi INSAN terbaik?
  • adakah kita benar-benar saling ingat-mengingat sesama sendiri dan orang bawahan kita dengan penuh kesabaran?

seandainya kita tidak upaya melaksana tugas kita ikut tuntutan semasa dengan SEMPURNA dan gagal mengasah bakat DAYA SAING, ketahanan diri serta anjakan PARADIGMA dari zon selesa kepada yang lebih 'competent', kita adalah seorang pemimpin yang GAGAL yang hanya mampu mewujudkan satu bangsa yang BERMALAS-MALASAN dan pada akhirnya nanti kita akan membentuk satu KOLONI  bangsa yang TEWAS!

kekuatan politik Melayu boleh ditewaskan dengan MUDAH jika tidak bersandarkan asas yang kukuh, boleh dijual dengan mudah kepada PEMBIDA yang tinggi. kekuatan orang Melayu mestilah berpaksikan HARGA DIRI.  orang Melayu perlu diingat supaya kembali kepada tuntutan agama yang syumul  dan amalkan NILAI-NILAI MURNI yang menjadi sebahagian budaya kita - budaya yang telah beri kita kekuatan bina tamadun ini.

orang Melayu mesti sentiasa diingat bahawa ILMU tidak datang hanya dengan dengar cakap-cakap orang atau dengan MEMBELI sekeping kertas  dan KESENANGAN mesti datang dengan berusaha gigih bukan hanya sekadar bersenang-senang TERBUAI dengan DODOI-DODOI yang tak pasti atau hanya dengan cerita-cerita NOSTALGIA penuh patriotik dari mulut  penglipur lara-penglipur lara yang sangat senja!
                                                                                                                                                          malangnya bila ada MELAYU yang lebih cenderung kepada NILAI NEGATIF, maka pada saat itu sebenarnya bangsa Melayu sedang di ambang HINA. ada orang Melayu yang lebih pentingkan KULIT dan DUIT, tidak kurang juga yang sanggup mengkhianati bangsanya sendiri demi kepentingan DUNIAWI.

dengan wujudnya orang Melayu yang cenderung kepada nilai negatif ini, maka lahirlah BUDAYA KERJA yang menyimpang dari kebiasan. golongan ini mengharap pulangan LUMAYAN  tanpa perlu bersusah-susah. penyimpangan inilah yang menjadi punca KECELARUAN seterusnya mencemar keperibadian murni seluruh bangsa MELAYU itu sendiri...

3.
seandainya suatu masa nanti anak cucu kita jadi PELARIAN di negara sendiri...


Hati Siapa Tak Terharu

Siapa yang merasakan milikmu tergugat
adalah rasa kesedaranmu penuh tanggungjawab
betapa terharunya hatiku hatimu yang mencintai bumi ini
satu demi satu mereka lepaskan ke tangan lain
yang mereka kira itu suatu paksaan kerana
yang tak pernah mereka tangisi untuk hutang esok hari
bahawa haknya kini telah hilang kini
walaupun di tanahair sendiri.

Alangkah berhati murni engkau para pembela
kerana engkau lebih dahulu melihat peristiwa itu
yang perlu diselamatkan dari kehancuran
bilamana kita ditagih oleh anak-anak kita
- bumi inikah tanahair kita?
bilamana mereka akan terpesona dengan kegagahannya
dan betapa hancur kita tika mengakuinya
sedang model kebesaran ini milik siapa?

Hati siapa yang tak terharu mengenangkannya
patahnya percintaan tidak sederhana penanggungan ini
sekalipun segenggam pasir tiada harga
tetapi kerana ia pertaruhan maruah dan nyawa
maka perginya menjadi kehinaan seluruh bangsa
seperti kita tiada tenaga untuk melindunginya.

Aduh betapa berdarahnya hati yang sedia tersayat
menimbal-balik cerita lara para buruh, petani dan pelaut
kini ladang itu sawah itu telah lama hanyut
dibawa arus kepunyaan asing, bumi kian surut
maka mereka pun melepaskan tak terdaya menebus kembali
kerana difikirkan hidup matinya untuk mereka sendiri
bahawa rumah yang didirikan dengan gagah tersergam
di atas tanah yang bukan miliknya lagi.

Betapa kudus hatimu
yang bisa melihat hari depan bangsamu
dan kini engkau menjadi penyelamat
kepada setiap inci tanah dan setiap bumimu
dan melindunginya dari sebarang kemungkinan
semoga bumi ini tidak pecah berserpihan.

Aduh, pengertian ini melerai cerita semalam
melihat ladang melihat sawah hijau terbentang
berbelah-bagi hati sendiri untuk menganalisakan
setelah seorang pengembara senyum-senyum menawarkan
suatu kebanggaan demi kegagahan bumi ini
sedang hati kita terus pedih dan terus kita lindungi
dengan suatu anggukan.

Kini ada suara dari hati yang tersembunyi
yang lebih lama menangisi cerita pedih ini
kemudian didirikan satu keyakinan
di seluruh hati bangsanya sambil bersuara lembut
selamatkan kerana perahu belum jauh hanyut.

kelang
(Dewan Masyarakat)


semoga kita bukan bangsa yang TEWAS - Amin...
misnun

No comments: