dari kacamata ezact.co
Ketikaku mencari-cari idea untuk menulis blog terlintas di fikiranku untuk berkongsi ilmu yang pernah ku pelajari di Institut Integriti Malaysia IIM bersama-sama Mr Kay dan Mr Azmi sewaktu ketika dahulu di awal perkenalan kami menyertai program-program untuk pemimpin Belia Muda.
Ilmu ini bukan sahaja diturunkan kepadaku dan aku berpeluang mendidik dan berkongsi pengalaman bersama mahasiswa mahasiswi UiTM Shah Alam ketika aku bertugas sebagai Fasilitator Modul LPPKP UiTM
Mungkin pada masa kini penggunaan kata INTEGRITI tidak asing lagi kepada semua warga Malaysia. Aku lihat belia-belia mahasiswa pemimpin Bangsa acapkali menggunakan dan mewar-warkan istilah ini dalam menyeru rakan-rakan berbuat kebaikan
Tetapi manusia sering alpa bahawa istilah ini sudah diterapkan sejak kecil lagi dan mungkin istilah yang digunakan tidak 'bombastic' tetapi membawa kepada makna yang sama. Kepada muslimin muslimat di luar sana mesti anda semua masih ingat akan sifat-sifat Mahmudah dan sifat-sifat mazmumah yang diajar oleh ustaz ketika kita di sekolah rendah.
INTEGRITI disini membawa sifat-sifat mahmudah yang telah diterapkan sejak kecil.
INTEGRITI - mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga merangkumi keikhlasan, keterbukaan, amanah, berpegang kepada prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh dipercayai.
tiada perbezaan bukan? ( search sifat mahmudah di google crome anda ) :)
disini kita boleh melihat istilah ' bombastic' seterusnya yang ingin menyeru rakan-rakan belia diluar sana agar lebih cenderung dan memahami erti katanya
AKAUNTABILITI - bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan yang wajib dilaksana dengan sempurna. Seseorang itu perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan dan keputusan yang telah dibuatnya.
apakah bezanya dengan perkataan AMANAH itu sendiri?? tiada beza juga wahai rakan beliaku tetapi memberi nafas baru agar kita dapat memahami dan menggunakannya dengan lebih kerap dan dapat menarik perhatian seseorang yang mendengar.
Indahnya Islam itu bukan? aku bukanlah ustaz ataupun pendakwah tetapi hanya ingin berkongsi pandangan bersama rakan belia ku di luar sana :)
Contoh Integriti yang paling mudah dan senang aku ingati dan berkongsi dengan kalian dimana aku memetik kata-kata pemimpin IIM sendiri
Bayangkan apabila anda seorang CEO@ VIP yang telah terlewat 15minit untuk menghadiri satu mesyuarat/majlis penting dimana anda berada di persimpangan jalan berlampu isyarat merah dan tiada kenderaan lain pada ketika itu, adakah anda akan melanggar lampu isyarat itu ataupun berhenti untuk mematuhi undang-undang jalan raya??
Bayangkan juga apabila sesuatu pilihan raya kampus dijalankan.Bagaimanakah anda ingin membuang undi anda? Adakah faktor Kroni yang menjadi aturan pertama ataupun kredibiliti pemimpin yang bertanding menjadi pilihan ataupun main pangkah sahaja tiada kena mengena dengan anda? Dimana letaknya Integriti di kedua-dua peristiwa bayangan anda sendiri.?
Pelan Integriti Nasional
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnyacabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
BERINTEGRITI KAH KITA ??
ANDAKAH ANDA TAHU TARIKH SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL?
tepuk dada jawab sendiri :)
salam INTEGRITI dariku
artikel di atas saya paste dari blog ezact.co hanya bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri dan juga untuk tatapan minda pengunjung-pengunjung setia laman web saya. terima kasih diatas sokongan semua.
-misnun
No comments:
Post a Comment