Sunday, February 10, 2013

MYekpresi 2 : di persinggahan terakhir ini...

hati siapa yang tak terharu mengenangkannya
patahnya percintaan tidak sederhana penanggungan ini
sekalipun segenggam pasir tiada harga
tetapi kerana ia pertaruhan maruah dan nyawa
maka perginya menjadi kehinaan seluruh bangsa
seperti kita tiada tenaga untuk melindunginya
1.
keupayaan memahami orang lain

individu yang kaya dalam memahami orang lain adalah sentiasa sedar bahawa semua manusia adalah pada asasnya serupa dalam mana mereka berkembang dari tunjang yang sama, bahawa kegiatan manusia adalah didorong oleh satu atau lebih MOTIF hidup yang asasi :
  • emosi cinta dan kasih sayang
  • emosi jantina
  • hasrat dapatkan faedah material
  • kekalkan zuriat
  • ingin bebas rohani dan jasmani
  • ingin luahkan pendapat
  • ingin sambung hidup sesudah mati
  • emosi marah
  • emosi takut
hidup ini tidak sunyi daripada prasangka, dengki, dan pergeseran sesama sendiri, kemampuan memahami orang lain akan dapat menghindar diri dari pertelagahan berpanjangan.

2.
silahturrahim

" Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang"
Al-Hujaraat :26:12

sebagai orang Islam, kita hendaklah menanamkan perasaan di dalam diri masing-masing bahawa kita BERSAUDARA. Islam telah membuat satu PERATURAN  yang sungguh indah, cantik, kemas dan sampurna supaya hubungan persaudaraan itu tidak rosak, cacat, dan terganggu.

" Orang-orang mukmin itu dalam sayang-menyayangi, kasih-mengasihi, santun-menyantuni tidak ubah seperti tubuh - apabila menderita satu anggota akan menderita pula seluruh tubuh itu -"

Islam adalah agama nasihat atau ingat-mengingat di antara satu dengan yang lain, bukan maki hamun, tengking- herdik, rendah-merendah dan jatuh-menjatuhkan MARUAH saudara Islam yang lain. jika umat Islam terutama bangsa saya sendiri - ORANG MELAYU - berpegang kepada ajaran ini, Insya'Allah kita akan kuat kembali, bukan untuk menindas malah untuk memimpin ke jalan yang diredhai.

sabda Nabi Junjungan kita bererti, " Sesiapa yang berkata La Ilaha Illallah Muhammadur- Rasulullah, selamatlah darahnya, hatinya dan maruahnya..."

kita bersaudara, HARAM di atasnya menganiaya orang Islam lain tentang darahnya -mencedera atau membunuh, MERAMPAS HARTANYA, dan menjatuhkan maruahnya.

mencederakan orang lain ertinya cedera pada tubuh badan atau cedera pada NAMA dan MARUAH. hari ini kita bercakaran sesama sendiri, masing-masing memecahkan tembelang orang lain sedangkan Rasulullah MENEGASKAN  yang bermaksud,

"Maruah orang Islam itu terjamin hanya dengan ucapan SYAHADAH! "

kepentingan perhubungan sesama Islam di atas persaudaraan, kasih-sayang, tolong-menolong, bantu-membantu dan kuat-menguat di antara satu sama lain, kemudian diHARAMkan pula mengganggu ketenteraman seseorang Muslim yang lain tentang HARTANYA, tentang nyawanya dan tentang maruahnya ini dapat dilihat lagi dari RUKUN ISLAM yang rata-rata mempunyai tujuan dan hikmah ke ARAH itu.

SYAHADAH

bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, seseorang yang bersyahadah, mengaku percaya dan beri'tiqad bahawa Allah sahaja yang berhak disembah, pengakuan ini mesti dibuktikan melalui lidah, perbuatan dan tingkahlaku.

SEMBAHYANG

sembahyang merupakan perhubungan kita dengan Allah supaya sentiasa rapat, mesra,  rasa cinta yang tidak berbelahbagi dan TUNDUK kepada kekuasaan Nya, kerana Allah pencipta alam ini dan amat mengetahui setiap degup jantung yang bergerak pada setiap makhluknya.

di dalam sembahyang kita dapati ada beberapa rukun : rukuk, i'tidal, sujud dan lain-lain, di antara rukun-rukun itu perkataan " ALLAHU AKBAR " tidak berhenti-henti diucapkan supaya setiap hambanya semasa menunaikan sembahyang itu tidak teringat dan lupa  kepada pengaruh kuasa yang disandangnya, pengaruh kekayaan yang dimilikinya dan tidak peduli  kepada pengaruh sesiapa juga di atas muka bumi ini melainkan pengaruh kekuasaan Allah semata-mata. orang yang menunaikan sembahyang memulakannya dengan kalimah  ALLAHU AKBAR dan setiap gerakgerinya dalam sembahyang di kuasai dengan ALLAHU AKBAR kemudian sembahyang itu di akhiri dengan SALAM yang bermaksud,


" Sejahtera kepada semua JAMAAH di kanan dan kirinya"

PUASA

puasa menanamkan perasaan INSAF dalam diri kita terhadap penderitaan orang-orang miskin yang sentiasa lapar dan dahaga.

manusia yang hidup di atas bumi ini tidak sama dan tidak boleh disamakan baik tentang akal fikirannya, tentang paras rupa, tentang kebolehannya, tentang pengaruh dan kuasanya atau tentang pendapatannya, jika demikian kejadian Allah maka orang yang bernasib baik perlu dan wajib mempunyai perasaan belas kasihan terhadap orang yang kurang bernasib baik.

ZAKAT

" Mengapa mereka yang membahagi-bahagikan penghidupan di antara mereka di dunia ini dan kami tinggikan sebahagian yang lain beberapa tingkatan supaya sebahagiannya dapat bekerja untuk yang lain, dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan"
Al-Zukhruf :25:32

ini kehendak Allah bahawa di antara satu dengan yang lain tidak sama walau pun dalam pembahagian rezeki kehidupan. tugas orang yang berada WAJIB mengeluarkan zakat demi membantu mewujudkan kesejahteraan umat.

apabila sseorang itu telah INSAF terbit daripada amalan berpuasa, maka tidak ada sebab mengapa mereka harus sayang kepada harta-benda yang dimiliki untuk memberi sedikit daripada pengurniaan Allah itu kepada ahli jemaahnya yang kurang bernasib baik.

HAJI

" Dan serulah kepada manusia untuk menunaikan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang datang daripada pelusuk dunia jauh supaya untuk melihat dan meneliti kepentingan-kepentingan umat Islam seluruh dunia"
Al-Haj :17:27

menunaikan haji bukanlah semata-mata menunaikan perkara rukun dan perkara wajib sebagai mana yang telah ditetapkan sahaja malah ada misi yang kyusus ia-itu untuk mengeratkan lagi persaudaraan Islam sejagat.

PERSAUDARAAN ISLAM

hikmah persaudaraan Islam itu perlu diteliti, dikaji, dibincang dan disusun semula sesuai seperti yang disarankan oleh Maha Penciptanya demi keamanan sejagat. Allah telah mencipta manusia semulia-mulia makhluk yang mempunyai AKAL FIKIRAN untuk berfikir dan bertindak sesuai dengan kewujudan kita sebagai khalifahtullah yang bertanggungjawab ke arah kebenaran :


JALAN YANG MEMBAWA KESELAMATAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT!

3. 
hati yang hitam

" ketiga-tiga unsur jiwa manusia adalah hati, akal, dan NAFSU, jika salah satu daripada tiga unsur ini berjalan seimbang dengan mengetepikan panduan Islam, iman dan ihsan, kehidupan seseorang itu akan menjadi petaka bukan hanya pada dirinya sendiri, justeru keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat turut menjadi huru-hara. "
- Dr Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al- Azhari

Islam, yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an menyebut, manusia dengan pujian dan celaan. perkara ini bukan bererti memuji atau mencela manusia pada waktu yang bersamaan akan tetapi bahawa manusia itu memiliki kesempurnaan dan kekurangan sesuai dengan fitrah yang dianugerahkan kepadanya. manusia memiliki kecenderungan untuk memilih dua perkara, yang baik atau yang buruk. kerana manusia sebagai makhluk yang dibebani tugas, tentunya manusia akan berada pada dua kemungkinan, yakni melaksana atau memilih tidak melaksana.

seandainya kita memilih untuk melaksana wajib difikir KESANNYA nanti pada diri sendiri, bangsanya, agamanya dan orang-orang lain di sekelilingnya.

Hugh Clifford dalam bukunya - the people of east-coast : in court and kampong - menulis tentang perangai orang Melayu katanya, "  suka bertindak mengikut NAFSU tanpa berfikir panjang tentang HASIL dan KESAN tindakan mereka."

pernahkah kita terfikir kesannya terhadap masyarakat atas tindakan kita memanipulasi Islam, mempersenda SUNAH dan memperlekeh HUKUM SYARA' demi kepentingan pengaruh dan survival politik kita? pernahkan kita terfikir kesannya bila kita meminda akta tanah 1960 terhadap HAKMILIK tanah orang Melayu? pernahkah kita terfikir betapa remuknya hati orang Melayu bila kita mempertikai keupayaan bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa ILMU?

saya tertarik dengan sebuah artikel bertajuk " BERSATULAH KAUM CINA" tulisan Dr.Ng Seng yang terpapar di www facebook.com/ groups/uubm (umno untuk bumi Malaysia) pada 18 september 2012. ( tak kiralah sama ada ini tulisan Dr Ng sebenar atau ada orang lain yang menyamar) ironinya kita pecah-belah Melayu demi survival politik kita manakala  Dr. Ng Seng menyeru kaumnya bersatu menguasai politik, ekonomi, dan pendidikan di TANAH TUMPAH DARAH KITA INI...

di antara isi-isi penting yang harus saya paparkan untuk dibaca, difikir, dan difaham adalah seperti berikut:
  • meletakkan keutamaan bahasa Mandarin atau bahasa Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.
  • orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa   genarasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam mata pelajaran Sejarah, Geografi dan lain-lain mata pelajaran, baik pun di sekolah rendah atau pun sekolah menengah.
  • kita mesti mengajar anak-anak kita dan anak-anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu semata-mata atas kebolehan. untuk tujuan ini kerajaan singapura yang harus kita banggakan kerana telah berjaya memecah belahkan orang Melayu dengan cara membahagikan mereka dengan banyak puak seperti Banjar, Aceh, Bugis,Mandaling, Boyan dan lain-lain. sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan singapura kerana memberi mereka  satu kesetabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan ia-itu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.
  • sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En.Lim Chong Eu di pulau pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana beliau telah berjaya  mengambil tanah-tanah orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindusterian. oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan untuk memiliki rumah-rumah tersebut. polisi ini tidak sahaja dilakukan di pulau pinang  tetapi di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar sahaja...
  • dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang Melayu dengan keluarnya PAS dari barisan Nasional, keluarnya orang Melayu ke parti Keadilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.
  • apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu, dan kita akan terus dapat apa yang kita kehendaki...
  • kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini diletakkan  di badan-badan berkanun.  kita telah mendapat keuntungan yang banyak walau pun orang kita nombor dua di situ. mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri...
  • satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka.kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita akan mudah sahaja membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.
  • segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan dan kekayaan orang-orang Cina bertambah. sekarang ini saya percaya , orang-orang Cina sudah pun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuk TANAH
  • kita tidak boleh berpuas hati, kita orang-orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. taktik kita memberi saham kosong kepada orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang -orang Melayu lain daripada memasukki bidang kewangan terutamanya sebagai akautan.
  • di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan universiti merdeka  secepat mungkin, kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita  ke hong kong, taiwan amerika atau di mana-mana di dunia ini. apabila  mereka pulang kita akan memasukkan mereka ke sektor-sektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang  yang pro Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus TIDAK BERTANAH. nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai  mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai.
4. 
muhasabah diri

jika fikir negatif tulisan Dr. Ng Seng ini memang agak negatif tetapi jika fikir positif kita wajib bermuhasabah diri sendiri,periksa diri sendiri, periksa kelemahan diri sendiri, apakah kita memang masih mewarisi sikap-sikap negatif nenek moyang kita yang hidup sezaman dengan Hugh Clifford - residen pahang di zaman feudal dulu -( harap-harap Hugh Clofford TERSILAP menilai orang Melayu, beliau tidak memahami adat resam dan cara hidup orang Melayu ketika itu). diantara sikap-sikap negatif yang di tulis itu berbunyi:
  • kurang agama
  • tidak suka membaca
  • kurang daya keintelektualannya
  • tidak suka bekerja
  • hanya guna fikiran dan minda untuk cari jalan berkelahi, bergaduh dan bercumbu
  • suka berjudi
  • suka sabung ayam
  • suka usik dan permainkan orang lain
  • sombong
  • boros
dan sekarang tepuklah dada tanyalah IMAN, apakah kita masih seperti zaman nenek moyang kita yang hidup sezaman dengan HUGH CLIFFORD-zaman fuedal dulu?

5
minda yang terabai

"Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui daripada orang-orang yang tidak mengetahui? sesungguhnya orang-orang yang berAKALlah yang dapat menerima pelajaran."
Az- Zummar, 23:9

khayalan jadi realiti
rata-rata penduduk pekan kecil itu dan penduduk kampung sekitarnya kenal siapa Ah Kau. seorang penjaja ikan dan sayuran. macam orang lain juga pasti Ah Kau punya angan-angan untuk hidup senang - punya rumah besar, punya kereta besar dan punya ladang getah yang besar. hidup Ah Kau mula menampakkan sinar sejak jadi "tukang urut tradisional ". kemahiran mengurut yang dipelajarinya dari seorang bidan jawa yang terkenal di daerah itu. Ah Kau fokus 200% terhadap profesyen barunya dan dalam jangka masa kurang 10 tahun, Ah Kau dah boleh duduk setaraf dengan orang-orang kaya pekan itu. Ah Kau MAMPU tukar khayalannya jadi realiti.

kita?
macam biasa pandang pandang je dan yang pasti kita tidak serius pandang USAHA  Ah Kau pun apalagi untuk mencontohinya. kita punya misi dan visi yang lagi besar - kita pandang jauh, nun jauh ke timur... dan rasanya dah lebih 4 dekat, kita belum nampak pun apa yang kita pandang DI TIMUR itu...

pilihan yang lesu
panas tidak semestinya sampai ke petang, hidup kita juga tidak terlepas dari ujian. banjir besar yang melanda pekan kecil dan kampung sekitarnya pada tahun 1984 merubah segalanya. tanaman habis pupus. dan masa itulah kita diuji sama ada kita mampu bangkit semula atau hanyut bersama air banjir itu... untuk bangunkan semula kebun yang musnah perlukanan biaya yang besar, tenaga yang jitu dan daya fikir yang kuat. ada juga yang pilih jalan mudah : makan minum harian, belanja anak sekolah malah kenduri kawin anak pun pakai dulu duit taukey cina yang baik dan sentiasa senyum-senyum itu. hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, dan begitulah tahun-tahun seterusnya... akhirnya rumah dan tanah pusaka terpaksa diserah ke tangan taukey cina yang nampak baik dan sering senyum-senyum itu

dan itulah kita...

dekat tapi jauh
"guru sekolah rendah hanya tau ajar ABC." kenyataan ahli politik ini mungkin dituju kepada orang tertentu tapi realitinya begitulah tanggapan masyarakat terhadap KEBOLEHAN  guru sekolah rendah ( saya sendiri adalah pesara guru sekolah rendah) apatah lagi memang ada diantara kita yang MALAS cari tau apakah tugas dan tanggungjawab utama kita. bagaimana pula di sektor atau jabatan-jabatan lain selain guru atau mungkin dalam golongan ahli-ahli politik itu sendiri? 
kita adalah manusia terpilh, kita dianugerah minda yang baik, kita punya kelulusan yang baik, kita punya sahsiah yang baik, sudah tentu kita punya kemahiran yang tinggi yang melayakkan diri kita ke JAWATAN itu, apakah kesempatan ini kita guna untuk :
  • membentuk satu bangsa Melayu yang BERMARUAH?
  • membentuk satu bangsa Melayu yang punya jatidiri yang jitu?
  • membentuk satu bangsa Melayu yang punya daya saing dan daya juang yang tinggi demi kelangsungan hidup di tanah air sendiri?
malangnya kita tidak mampu tinggalkan  zon selesa  tu... 

6.
"sesiapa yang mencari syurga di akhirat pasti akan dapat syurga di dunia"
- Prof. Dr Muhayah

Islam yang datang kepada kita hari ini adalah selepas ia menempuh berbagai tamadun dan berbagai kebudayaan, budaya parsi, budaya roman, budaya  hindu dan berbagai-bagai lagi. apabila Islam sampai kepada kita ia sudah bercampur aduk dengan budaya-budaya asing itu.
persoalannya?
bagaimanakah usaha kita untuk membawa bangsa kita ke hulu sungai yang airnya belum cacat cedera, membawa bangsa kita balik kepada agama Islam yang sebenar -Islam yang masih jernih, Islam yang masih putih?

kehidupan manusia dipengaruhi oleh naluri-naluri semulajadi yang dibekalkan oleh Yang Maha Pencipta pada diri manusia itu:

  • naluri di dalam diri manusia itu sendiri
  • naluri luaran

naluri di dalam diri manusia sendiri berkaitan dengan ROH ( jiwa dan hati ) dan AKAL iaitu fikiran dan keupayaan berfikir ( intelligent). lebih jelas lagi naluri ini merangkumi aspek spritual dan aspek intelektual.

naluru luaran pula berkaitan dengan kehidupan luaran manusia itu sendiri merangkumi segala aktiviti dan transaksi yang dilakukan

di dalam Islam terdapat ajaran, panduan serta peraturan lengkap untuk mengatur seluruh aspek dan ruang kehidupan manusia sama ada dalaman dan luaran:

  • kehidupan spritual ( ibadah, penyucian jiwa dan akhlak)
  • kehidupan intelektual ( mencari ilmu, kemahiran berfikir, bertindak)
  • kehidupan peribadi
  • kehidupan keluarga
  • kehidupan sosial
  • kehidupan ekonomi
  • kehidupan politik
  • kehidupan antarabangsa
masalahnya

mengapa masih ramai di antara kita gersang HATI, gersang AKHLAK dan gersang IMAN, masih terlalu ramai juga di antara kita yang dihimpit KEMISKINAN?


para ilmuan Islam dan para profesional Islam dalam hal ini tIdak semestinya bersikap pasif, mereka mesti bangun berjuang bantu rakan-rakan yang sedang hadapi ' crisis of confidence', kawan-kawan yang keliru dan ragu tentang Islam SEOLAH-OLAH  Islam tidak punya pandangan hidup yang lengkap mencakupi aspek-aspek kemasyarakatan, politik, ekonomi dan pendidikan. aspek-aspek ini mereka anggap telah hilang dan tidak sampurna. di sini diharapkan para ilmuan Islam dan para profesional Islam berganding bahu mencari TITIK PERTEMUAN kemudian memikir dan menyusun satu MEKANISMA pendekatan yang releven kepada ummah yang punya berbagai perbezaan dari segi pendidikan, keintelektualan, status dan sosial bagi TERAPKAN  kembali ROH ISLAM ke dalam jiwa mereka agar ALQUR'AN dan SUNNAH sentiasa pandu halatuju mereka.

  • ketakwaan terhadap Allah
  • ummah yang bebas dan berdikari
  • giat menimba dan menguasai ilmu pengetahuan
  • membangun EKONOMI yang seimbang dan menyeluruh
  • menjalani hidup berkualiti
  • punya daya saing dan daya tahan yang mantap


para ilmuan Islam dan para profesional Islam perlu wujudkan satu ERA baru, pentas baru dan SKRIP baru. ini memerlukan keterampilan ROHANIAH -AQLIAH-JASADIAH aras tinggi.ini tidak cukup dengan semangat yang meluap-luap atau PERSEDIAAN yang tergesa-gesa dan separuh MATANG.

Islam dan tauhid adalah peraturan yang mesti diamalkan dalam kehidupan dalam bentuk ibadah dan akidah. Islam tidak cukup hanya DIUCAP tapi mesti direalisasikan dalam bentuk amalan nyata. Islam tidak mengetepi dan menolak ilmu KEBENDAAN, baik teknologi atau pun lainnya sesuai dan tidak menyalahi TABIAT manusia. Islam tetap memerintahkan ummahnya agar mendalami dan mengkaji segala DISIPLIN ilmu, baik berkaitan dengan kehidupan dunia mahu pun berkaitan dengan akhirat.umat islam sangat-sangat memerlukan kekuatan SEIMBANG antara zahir dan batin, antara rohani dan jasmani...

Islam mesti DITAMPILKAN sebagai bahan PENGGERAK dan FASILITATOR bagi kehidupan umat di dunia - Islam juga ditampilkan sebagai penyelamat menuju akhirat. para ilmuan Islam dan para profesional Islam mesti turun ke gelanggang untuk membimbing, memotivasi, MERAWAT dan tunjuk ajar segala kemahiran yang wajib dikuasai oleh ummah demi kelangsungan hidup masa ini, masa mendatang dan masa di akhirat nanti - back to basic - dan moga-moga tiada lagi bahan ceramah yang tidak berpijak di bumi nyata!

orang Melayu hari ini mesti KAYA dengan semangat, jatidiri, maruah diri dan punya sikap KEKITAAN yang tinggi. kita mesti MEMBANGUN bersama dan jangan ALPA kita mesti memastikan kemakmuran yang kita kecapi hari ini akan sama-sama diNIKMATI oleh anak cucu kita nanti. sebagai orang Melayu yang lahir di sini, membesar di sini dan sedikit sebanyak dapat menikmati kemakmuran ini, kita tidak rela bila di suatu masa nanti anak cucu kita tidur di bawah jambatan, anak cucu kita pacak pondok di tanah-tanah rezab kereta api, anak cucu kita tinggal di khemah-khemah usang di tepi lebuh raya atau anak cucu kita hanya sekadar mampu sewa sangkar besi...

dan
untuk memastikan keadaan di atas tidak berlaku, setiap orang Melayu MESTI mempersiapkan akhlaknya, akalnya dan badannya dengan kelengkapan asasi yang tinggi:

  • Aqidah Islamiah yang teguh dan mantap
  • Budi pekerti yang tinggi
  • kecekapan intelektual yang kemaskini
  • kesanggupan bekerja dan berkorban luarbiasa
  • ketahan fizikal yang lasak 

INSYA'ALLAH

begitu cinta dan lagu puisi anak di permatang
menunggu sawahnya di musim kedua penuh harapan
impian indah bersama tekad penuh ditatang
semusim lagi hidup ini sinarnya gemilang

rujukan:

1. Prof.dr.Ahmad Shalaby, perbandingan Agama: Agama Islam.Singapura : Pustaka Nasional Singapura, 1977. RM7.00

2. Zaharuddin Abd Rahman, PhD. Ledakan facebook antara pahala dan dosa.Selangor : Pts Islamik Sdn Bhd, 2012.  RM18.00

3. Mohd Rozaini Pawan Chek, Kuasa minda separa sedar.Kuala Lumpur : PTS Professional Sdn.Bhd, 2010. RM16.00

4. Edward de BONO, six thinking hats. India:Thomson Press (India Ltd), 2010, Rs299.00



















No comments: