Friday, April 23, 2010

CUMA SEBIJI TAMAR

suatu masa dulu 1

masih terngiang-ngiang ditelinga saudagar kaya itu akan kata-kata Nabi,
"ada darah hitam mengalir dalam tubuh budak ini hasil dari makanan yang tidak halal."
dan masih jelas di matanya, betapa biadap anak kesayangannya meluru ke dalam masjid-ambil mainan- dan tergegas keluar...

peristiwa itu disampaikan kepada isterinya. sedih, malu dan bingung...sepanjang ingatannya dia tak pernah mencuri, membohong apatah lagi menipu dalam urusan perniagaannya.begitu juga si isteri malah anak itu dididik dengan sampurna...
"wahai suamiku, semasa mengandung anak kita dulu,saya mengambil dan memakan sebiji TAMAR dari kebun jiran kita,saya terlupa beritau tuannya."

suatu masa dulu 2

"lu tak main nomor ka?, itu sana banyak pak aji belila,selalu kena punya,boleh beli KEBUN loo, lu cubala, 50sen pun boleh." rayu cina peraih getah beku di kampungku... bila dah tua-tua begini baru ku teringat anak-anak pak-pak aji banyak kebun tu pun tak sampai mana. rasa-rasa akulah pak-pak aji macam ni ramai, mereka tak pernah dengar cerita TAMAR.

suatu masa dulu 3

"aku pastikan adik-adik aku tak makan hasil wang haram ni walau sesen pun.' tegas seorang kawan yang mempunyai hobi agak anih- judi dan nombor ekor- hasil-hasil haram tu eklusif untuk dirinya sendiri.

aku yakin dan percaya bila melihat semua adik-adiknya berjaya.rasa-rasa akulah kawan ku itu pernah baca atau dengar cerita TAMAR.

suatu masa dulu 4

selesai solat dia masih bingung dan tidak tau di mana dia berada- bertaubat, beristigfar, berzikir-
rupanya dia bersembahyang di sebelah pintu masuk MASJIDIL HARAM. dia mengimbau masa silamnya...dah lebih 20 tahun bertaubat, dah lebih 20 tahun bermunajat dan dah lebih 20 tahun jadi imam...mungkin peristiwa masa lalu atau bapanya tak dengar cerita TAMAR.

suatu masa dulu 5

setelah jenazah sampurna dikebumi, fikiran jahatku menguasai otak kelabu ini...kenapa orang alim berpendidikan agama ini terseksa dihari tuanya- jantung,darah,kencing malah ditarikbalik anugerah penglihatannya...apakah mungkin disebabkan MATA yang mengizin dan meredakan siisteri mendapat imbuhan tanpa melaksanakan tugas yang diamanahkan... sempat juga ku lihat anak-anak arwah...teringat aku akan anak-anak saudaraku. bapanya orang kampung, kerja kampung, di rumah takde pun buku-buku yang boleh dibuat rujukan, apa yang dia tau, bila anak-anak mentelaah dimalam hari, dia akan tutup radio, duduk sebelah anak-anak sambil menggulung tembakau, siisteri pulak rebus ubi atau pisang dan buat secerek kopi- tunggu anak-anak habis belajar baru masuk tidur. anak-anak belajar sampai Jordan dan Mesir! kalau dibanding-banding dengan arwah arwah alimni... ah! mungkin juga arwah terlepas pandang akan cerita TAMAR yang popular itu.

suatu masa dulu 6

lesap semua barang-barang kemas, lesap juga wang untuk beli saham Bank Islam! suami isteri itu baru sedar bahawa selama ini tidak pernah terfikir langsung untuk MEMBERSIHKAN hartanya...dan sejak peristiwa tu mereka menyampurnakan RUKUN ISLAM yang dituntut - BAROKAH- semua anak-anaknya belajar di menara gading dalam dan luar negara! dan yang paling mahal, MEREKA SEKELUARGA SIHAT SEJAHTERA...

wahai anak-anakku, kerja yang halal tak menjanjikan 100% imbuhan yang halal, cuba lihat analoji berikut:

tugas seorang guru adalah MENGAJAR, tak kiralah guru baru, guru kanan atau guru besar, perbezaannya cuma peruntukan masa mengajar, dengan lain perkataan mengajar adalah tugas UTAMA yang paling dituntut.setiap guru di sekolah mesti mempunyai JADUAL WAKTU MENGAJAR- cuma dikatogori mana para ketua itu meletakkan dirinya.

-JADUAL WAKTU SEBAGAI JADUAL BAYANGAN
-JADUAL WAKTU YANG HANYA TERTERA PERKATAAN MORAL ATAU SENI

kita lupakan kerenah para ketua-ketua ini dulu, aku lebih suka mendekati iparku, encik azim, guru pss dan peruntukan mengajar 600 minit seminggu,senang cakap 2 jam sehari dan dapat imbuhan RM100.
cuba lihat imbuhan encik azim ikut jam;
- dua jam -RM100
- satu jam -RM50
- setengah jam -RM25
- suku jam -RM12.50
mari kita lihat jadual waktu encik azim pada hari isnin - 8.15 matematik 6A- kebetulan encik azim sibuk di pss, 8.30 barulah encik azim melangkah masuk ke kelas 6A. di katogori mana letaknya imbuhan encik azim sebanyak RM12.50 untuk hari itu?...dan lebih parah lagi seandainya ketika itu encik azim tengah menikmati roti canai di kantin atau sembang-sembang bola di bilik guru ???








Tuesday, April 13, 2010

SEJARAH MENGAJAR KITA, MENJADI LEBIH ...

ha!ha!ha!, betapa bangga bila ayah merestui dan menghantarku belajar di sekolah inggeris, walau pun aku tak pernah dengar bunyi-bunyi asing tu, kalau ada pun guru tawarikhku ada sebut-sebut, 'se setampod refelis'.

masih ingat lagi catatanku di hari pertama:
- gut moning se
- ekius mi se, mey i go aut
- perezen se

beberapa hari kemudian belajarlah aku menyebut 'de kev duweles' gambarnya macam aku masa main bola dalam sungai bersama kawan-kawan.

makin hari makin tambahlah vocab pelik-pelik dalam notaku - tak guna pun - dengan kawan-kawan cakap melayu, di rumah cakap jawa. begitulah aku sepanjang 6 tahun di sekolah inggeris tu. apa yang aku ingat aku berusaha keras bersengkang mata 'MENGHAFAL' dan terus menghafal, nak faham? tak faham pun...

aku tak ubah macam 'PELAYAN KEDAI MAKAN' ambik makanan terus hidang. nasib baik 'PELANGGAN'nya tak banyak sungil, sesuai dengan kehendak dan tuntutan masa itu...Alhamdulillah dapat juga sijil MCE, bahasa inggerisku 8, ha!ha! ha! maklumlah guru-guruku keluaran KIRBY!. lagi yang aku bangga keputusan periksa di awal 60an ni tak timbulkan PERSEPSI, tak ada individu ambil kesempatan MANIPULASI demi kepentingan dan servival diri...

duduk di kampong 40 tahun dulu dan sekarang tak banyak bezanya, kalau ada pun dulu berbasikal sekarang bermotosikal, dulu radio sekarang astro, yang pasti jawa tetap dengan jawanya, banjar tetap dengan banjarnya. 'BERBAHASA INGGERIS' kalau ada pun agaknya macam akulah, sekolah je- cakap tetap jawa. persekitaran KONDUSIF yang membantu anak cucuku cakap inggeris? senang cakap tak de!

aku rasa kalau anak cucuku belajar macam aku 'PELAYAN KEDAI MAKAN' nampak gaya tak dijamah 'PELANGGAN'. lidah pelanggan sekarang dah upgrade. SAJIAN mesti penuh kreatif, kritis dan inovatif. untuk 'MAKE OVER' sajian canggih ni perlu kuasai mediumnya...andai medium kelabu, sajian pasti lebih kelabu!

dalam ingatanku, hanya sekitar 80an anak cucuku dah tak 'FOBIA' lagi dengan subjek yang sangat-sangat menggerunkanku - sains dan matematik- dah ramai yang mengikuti aliran sains malah dah ramai yang mengenggam segulung malah bergulung-gulung ijazah jurusan sains dan matematik. terima kasih para guru yang mewujudkan suasana ceria penuh makna ketika itu.

langit yang cerah tak semestinya sampai ke petang...awan kelabu yang mulai meniti di awal tahun 2000 banyak menimbulkan kecelaruan, keresahan, kegelisahan, kebencian, kebimbangan...
mungkinkah anak cucuku akan DIULIT DAN DIBELENGGU masalah bahasa

terdengar juga DODOI-DODOI sumbang penuh persepsi cuba melenakanku
bina budaya tak semudah bina makmal komputer

syukur Alhamdulillah, dengar-dengar mulai tahun depan subjek yang ku geruni ni akan 'di MELAYUkan' semula. ha! ha! ha! aku yakin dan percaya anak cucuku pasti menguasainaya.....harap-harap janganlah ada lagi usaha SUBJEK-SUBJEK penting begini dijadikan bahan UJIKAJI ...





SEJARAH MENGAJAR KITA
MENJADI LEBIH DEWASA
KECUALI DAH...





m