Sunday, July 21, 2013

kuala lumpur 1942

jauh di sudut hati ini...

siapakah
mereka
dalam
gambar ini?








apakah Inggeris
IKHLAS
pertahan Tanah Bertuah ini
atau
hanya sekadar sibuk
JAGA
kepentingan KOMPENINYA
SERTA
kroni kesayangannya
di Kuala Lumpur
ketika
itu...






N.B
gambar di muat turun 
dari 
blogmacambest.blogspot.com



Monday, July 1, 2013

Melayu : kemiskinan ini...

Melayu :kemiskinan ini...
(dipadankan dari tulisan asal Abdul Malek Munip)


kemasukan pendatang-pendatang ke Tanah Melayu sebenarnya merupakan tradisi yang sudah berabad-abad berlaku. dalam konteks sosio-geografi Kepulauan Melayu, tradisi ini rata-rata melibatkan penduduk RUMPUN MELAYU dan sedikit sekali melibatkan orang-orang LUAR sama ada Yaman, Turki, India atau pun Cina.

1.
 lambakan berganda

kehadiran kolonial Inggeris pada akhir abad ke 19 di Tanah Melayu, telah merubah proses penghijrahan ke negara ini. bilangan orang-orang dari rumpun Melayu telah ditenggelamkan oleh arus kemasukan yang mencurah-curah pendatang Cina dan India.

perubahan drastik ini berlaku disebabkan RAKUSnya bangsa Inggeris meratah hasil bumi negara ini. Mereka telah mewujudkan satu sistem  yang membolehkan RATUSAN RIBU orang-orang Cina dan India dibawa masuk tiap-tiap tahun. agen-agen ditempatkan di negeri China dan India bagi mengambil sebanyak mungkin orang-orang dari negara tersebut. kapal-kapal disediakan dan perbelanjaan perjalanan mereka juga  mendapat subsidi tertentu.

sistem membawa masuk secara besar-besaran ini tidak pernah dinikmati oleh orang-orang dari kepulauan Melayu - tidak pernah ada subsidi apatah lagi Jabatan Perlindungan Khas yang membantu menyelesaikan masalah mereka seperti yang dinikmati oleh pendatang Cina dan India.


2. 
imbuhan
sejak awal pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu kaum pendatang menunjukkan keupayaan memenuhi matlamat ekonomi PENJAJAH ia-itu mengeluarkan sebanyak mungkin sumber kekayaan bumi negara ini disaat permintaannya begitu tinggi di pasaran dunia.

keupayaan masyarakat pendatang itu adalah bersandarkan kepada rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh pemerintah KOLONIAL. rancangan ini digubal untuk mempastikan perusahaan yang bertunjangkan sumber semulajadi negara dapat berjalan lancar dan mengaut keuntungan yang lebih besar. dalam perspektif sejarah ianya merupakan satu rancangan raksasa pembangunan KOLONIAL yang hanya labanya dapat dinikmati oleh orang-orang Inggeris dan oleh segelintir kaum pendatang kesayangan mereka.

pembinaan infra-struktur sistem pengangkutan keretapi dan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat pengeluaran hasil bumi di daerah pendalaman Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka dapat membawa hasil-hasil seperti getah, balak, bijih timah, bijih besi dan lain-lain dengan mudah dan murah. juga dapat membawa ratusan ribu buruh asing ke kawasan ladang dan kawasan lombong di daerah pendalaman itu.
buruh Cina peringkat awal  di lombong kolonial
dalam masa yang singkat wujudlah kawasan-kawasan perkampungan orang Cina terutamanya di daerah pendalaman itu. disinilah pemerintah kolonial Inggeris telah menjadikannya pusat pentadbiran negeri dan mengasaskan segala kemudahan moden. Inggeris telah membuat dan merangka bentuk bandar-bandar yang teratur di tempat itu. bangunan-bangunan kediaman resmi dan pejabat-pejabat kerajaan telah dibina. lorong-lorong dan jalan-jalan yang tersusun disediakan, dan segala kemudahan kewangan yang perlu untuk perdagangan digalakkan.

di bandar-bandar ini segala kemudahan awam mula diperkenalkan. hospital, sekolah, pasukan keselamatan, bekalan air bersih merupakan gaya hidup bandar yang mulai menjadi ciri-ciri bandar yang kekal. kebiasaan dengan gaya hidup begini memudahkan penghuninya mengenal dan menerima sistem cukai dan sewa. inilah FAKTOR yang selalu diketengahkan dan menghalang penduduk desa berpindah ke kawasan itu.

hasil usaha kolonial Inggeris ini telah berjaya melahirkan satu masyarakat bandar yang moden dan progresif yang rata-rata terdiri dari kaum pendatang. penghuni bandar ini juga terus-menerus tiada mempunyai sebarang hubungan sosial dengan orang-orang Melayu yang masih mendiami kawasan-kawasan pesisir, kuala-kuala sungai dan di tebing-tebing sungai yang jauh  di luar bandar.

sejarah kemunculan bandar-bandar seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban hampir-hampir serupa - hasil dari pencantuman perancangan kolonial dan penggunaan tenaga buruh pendatang. dengan terbinanya sistem perhubungan antara semua bandar-bandar ini, lahirlah satu kawasan maju atau ' developed belt ' yang merentasi kawasan-kawasan pendalaman Semenanjung.
kuala lumpur 1942
3.
di mana Melayu ketika itu...
hingga awal abad ke 20, orang-orang Melayu rata-rata masih terdapat mendiami kawasan-kawasan pesisir, kuala-kuala sungai dan tebing-tebing sungai yang penting.

di kawasan-kawasan inilah pusat aktiviti sosio-ekonomi Melayu terdapat sama ada dalam bidang perdagangan, perlombongan, pengangkutan air, pertanian dan perikanan. pemimpin-pemimpin politik tradisional yang menetap di kawasan itu menguasai seluruh aktiviti ekonomi tersebut.

pembinaan infra-struktur yang melewati kawasan dan kemunculan pusat-pusat pentadbiran moden di kawasan pendalaman bererti membawa tradisi kepentingan geografi Semenanjung dari kawasan pesisir ke kawasan pertengahan. segala-gala kemajuan geo-ekonomi yang pesat berlaku di bandar tidak dapat secara positif MENYENTUH masyarakat Melayu.

secara langsung, sistem perhubungan yang baru itu memberi kesan negatif dalam sistem perhubungan tradisional. Akhbar Malay Mail keluaran 8hb. Mac 1901 melapurkan bagaiman tuan-tuan punya kereta lembu di sekitar Kuala Lumpur, dan tuan-tuan punya perahu yang berulang-alik di sungai Klang telah hilang mata pencarian mereka setelah terbinanya jalan keretapi Kuala Lumpur - Klang
menutup rezeki tuan punya kereta lembu
bidang pertanian, dimana kebanyakannya orang Melayu terlibat, terus-menerus terbiar dan langsung tidak mendapat perhatian pentadbir Inggeris.

sistem kapitalis moden yang membelenggu seluruh jentera pentadbiran Inggeris tidak mengizinkan penanaman modal yang munasabah dalam bidang pertanian orang Melayu - sektor ekonomi yang paling tidak menguntungkan! - memandangkan perbelanjaan yang sangat besar untuk membina asas infra- struktur dan memajukan kawasan bandar, tidak ada LEBIHAN wang untuk membaiki keadaan DAIF sektor pertanian. bukan kekurangan hasil negeri tetapi ' perioriti ' dalam dasar pembangunan. satu contoh yang jelas dalam tahun 1892 Negeri Perak berupaya meminjamkan 200.000 ringgit kepada Selangor untuk membina jalan keretapi, tetapi tidak berWANG untuk bina tali air di kawasan Krian. akhirnya petani-petani Melayu terpaksa berpindah ke tempat lain.

4.
pupus
usaha Inggeris mewujudkan jentera pentadbiran moden telah juga sama ada disengajakan atau tidak, mengHAPUSkan golongan Melayu yang mempunyai potensi besar sebagai pengusaha.

dalam susunan masyarakat Melayu tradisional, golongan atasan yang membina peranan penting sebagai 'PENGUSAHA' ekonomi. mereka terdiri daripada pembesar-pembesar negeri, raja, anak-anak raja, pembesar daerah, mukim dan kampung.

golongan ini telah menguasai hampir semua aktiviti ekonomi negeri. mereka terlibat dan berkuasa penuh dalam perdagangan, pengangkutan air, pertanian, lombong, balak dan perikanan. malangnya golongan atasan ini telah diRESAPkan oleh Inggeris ke dalam jentera BIROKRASI yang baru. tradisi peranan mereka dalam bidang ekonomi diHILANGkan dan diganti dengan peranan baru di dalam pentadbiran. peranan baru ini pun hanya diperingkat yang kurang bertanggungjawab dan lebih bersifat 'CEREMONIAL' sesuai dengan sistem adat-istiadat sahaja. dalam situasi begini PUPUS golongan Melayu yang berpotensi berkecimpung dalam sektor ekonomi sebagai tenaga pengusaha yang mantap.  jaminan kehidupan yang ditawarkan oleh Inggeris turut sama meNUMPASkan tradisi daya usaha dan daya saing orang Melayu ceburi aktiviti ekonomi yang mencabar ini.

kemungkinan munculnya golongan baru dalam masyarakat Melayu yang akan dapat mengambil alih peranan ekonomi yang sebelumnya dimainkan oleh golongan atasan, berkehendakkan kepada perubahan dalam struktur sosial masyarakat Melayu itu sendiri.

pemerintah Inggeris begitu berhati-hati agar perubahan sosial seperti itu tidak akan berlaku. agen-agen perubahan sosial seperti pendidikan, jelas sekali tidak dilaksana dengan teratur supaya dapat menghindari tumbuhnya golongan baru yang boleh menCABAR kedudukan sosial mereka. anak-anak rakyat jelata hanya didedahkan setakat menguasai 3M - menulis, membaca dan mengira.  pendidikan di peringkat lebih tinggi hanya boleh dinikmati oleh SEGELINTIR anak-anak dari golongan atasan.

dasar Inggeris menerima dan mengesahkan kedudukan golongan atasan tradisional itu hanya memperkukuhkan struktur sosial masyarakat Melayu itu sendiri. ini bererti memelihara ' status-que ' tradisional SEMATA-MATA diatas landasan KEMUNDURAN

wujudnya polisi seperti ini kyususnya bagi masyarakat Melayu disaat Inggeris mengamalkan program kemajuan disegenap bidang, merupakan pati atau 'essence' EXPLOITASI dan DISKRIMINASI kolonial ke atas bangsa Melayu. bangsa Melayu telah diTINDAS dan tertekan oleh pelaksanaan dasar-dasar ekonomi PENJAJAH Inggeris yang menguntungkan kaum lain - kaum pendatang kesayangan Inggeris.

apa juga KEISTIMEWAAN yang diberi kepada Melayu, golongan yang telah lama TERBIAR dan tertindas ini, hanya merupakan bayaran balik timbunan HUTANG-HUTANG Inggeris (yang tidak berbayar) selama lebih tiga suku abad pemerintahannya. 

IRONINYA, sarjana-sarjana merangkap pegawai-pegawai KOLONIAL Inggeris dengan bangga dan LANTANG mengatakan sifat malas dan unsur-unsur budaya Melayu yang beku sebagai penyebab kemunduran orang Melayu. KESANNYA timbul PERSEPSI bahawa kemunduran orang Melayu berpunca dari KEALPAAN dan KEMALASAN masyarakat Melayu itu sendiri...

putar-belit Inggeris untuk menutupi KECURANGAN dan KETIDAKADILAN pemerintahannya terhadap Melayu ini memang sangat-sangat berkesan sehingga tidak dapat menyentuh HATI NURANI elit-elit Melayu yang masih TEBAL mewarisi TABIAT dan adat resam bangsa penjajah sanjungan mereka...

RAKUS, TAMAK, dan BERPILIH-PILIH.

setelah lebih setengah abad elit Melayu berkuasa - masih adakah lagi Melayu di pendalaman PAHANG, Kedah, Perak dan negeri-negeri lain minum dan mandi air sungai yang keruh dan berkeladak? masih adakah lagi Melayu guna sumbu pelita? masih adakah lagi Melayu ulang-alik atas jambatan gantung yang sudah uzur? masih ramaikah Melayu kais pagi makan pagi?

tepuklah dada,
lihatlah sendiri...


keladak

apa yang Bersih
siapa yang Cekap
dimana Amanahnya
memang diakui
ada yang wangi
ada yang busuk 
membusung
hingga saat ini

rebranding
pakai istilah bombastik
integriti
akauntabiliti
sekadar
dodoi-dodoi hati

rebranding
pelajaran
bla,bla,bla
pendidikan
bla,bla.bla
macam sama
pusing-pusing
rata-rata
macam dulu jugak
pusing keling
BEDEKANnya entah kemana
dan
sampai bila

rebranding
Bersihkan niatmu
Cekap kuasai ilmumu
Amanah atas urusanmu
Insya'Allah
peribumi sanjung jasa baikmu itu


misnun
kuala selangor
01.07.2013





. wikipedia