Monday, May 23, 2011

sesuatu yang relatif...




dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu keperluan dan bekalan dari dunia, dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dengan pemberian nikmatNya yang melimpah ruah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat demikian-
Al-Qasas 28 : 77

sepuluh tahun dulu, semasa aku masih jadi guru, kawan ini berkata,
- engkau pakai kereta baru, aku pun BOLEH pakai kereta baru, engkau buat rumah batu, aku pun BOLEH buat rumah batu cuma bezanya sampai TUA begini engkau masih jadi kuli...

bulan lepas aku jumpa kawan ini semula di satu majlis kenduri, setelah bersalaman, dia buka dan renung tapak tangan aku - diusap-usapnya bahagian yang keras, hitam dan berkematu itu sambil tersenyum dia berkata,
- aku lebih SENANG daripada engkau
tenguk tapak tangan aku...

dia adalah salah sorang kawan rapat aku semasa di kampung dulu : sama-sama gagau ikan, sama-sama curi ayam, sama ngendap orang malam-malam... lepas sunat dia pun kawin...dan aku tetap dengan dunia JAHILIAH aku menekala dia punya misi dan visi...

- hey nggut dia panggil aku janggut belukar di kampung sebelah cuma RM600 seekar, jom kumpul belukar...

entahlah, aku tetap aku - aku lebih rela hidupkan malam di tropicana, di panggung-panggung wayang atau makan-makan hingga turun embun jantan...

seandainya aku dengar dan ikut cakapnya...

menyesal?

entah

yang pasti aku gembira lalui hidup yang penuh liku dan warna-warni ini : hidup dalam suasana kampung yang penuh dengan PRASANGKA diawal remaja, bertarung di laut merah untuk survive di negara orang, gadai baju di kedai dobi demi sesuap nasi, mengabdi diri sebagai guru dan kini, dihari tua begini belajar berjinak-jinak dengan tanah yang tak seberapa inci ini...

- tapak tangan aku jadi keras, hitam dan berkematu-

- sesetengah orang percaya bahawa kekayaan itu hanya semata-mata mempunyai wang yang banyak tetapi kekayaan yang sebenar adalah mengandungi banyak nilai-nilai lagi, selain nilai-nilai bersifat kebendaan, dan saya harus menambah bahawa tanpa nilai-nilai yang INTANGIBLE ini, maka memiliki wang semata-mata tidak akan membawa kebahagian hidup kepada seseorang itu...
- the master key to riches oleh napoleon hill

menurut napoleon hill, ada dua belas kekayaan yang agung twelve great riches yang akan menjamin kebahagian yang sampurna

I.
sikap mental yang positif

semua kekayaan, kekayaan apa pun, adalah bermula dari keadaan fikiran atau keupayaan mental seseorang. sikap mental yang positif adalah merupakan titik tolak dari segala kekayaan
- keharmonian dalam perhubungan sesama insan
- kebebasan dari segala ketakutan
- kebebasan dari dorongan-dorongan syaitan

2.
sihat tubuh badan
sihat tubuh badan dapat dicapai menerusi sikap mental yang positif
- beristiqomah melakukan aktiviti-aktiviti jasmani
- habit makan yang teratur dan sampurna
seandainya badan selalu uzur dan sakit-sakit bagaimana hendak berfikir dan bekerja

3.
hubungan baik sesama insan
setiap individu yang hendak mencapai kejayaan, kebahagian dan dikenali ramai dalam hidupnya terlebih dahulu mestilah berusaha membina hubungan yang harmoni dengan orang lain. kegagalan menguasai kemahiran ini akan menghalang dari memiliki kekayaan-kekayaan yang lain

4.
bebas dari rasa takut
individu yang rasa takut kepada sesuatu adalah individu yang tidak BEBAS. ada tujuh ketakutan yang asasi yang perlu diatasi:
- takut jatuh papa
- takut dikecam
- takut kehilangan orang yang disayang
- takut hilang kebebasan
- takut tua
- takut jatuh sakit
- takut mati

5.
harapan memperolehi kekayaan
harapan untuk memperolehi kekayaan adalah satu-satunya bentuk kebahagian dan kegembiraan yang besar ertinya kepada jiwa dan diri seseorang itu. harapan dan kepercayaan terhadap apa yang dicita-cita dan diperjuangkan itu membawa satu nikmat, gembira dan optimis

6. keupayaan IMAN
Iman adalah asas bagi semua mukjizat miracles dan bagi semua misteri yang tidak dapat diterjemah oleh logik dan sains. setiap umat hendaklah beriman teguh kepada Penciptanya dan Rasulnya, kepada Qada' dan qadar disamping berusaha dengan gigih serta reda atas takdirNya

7.
kesediaan berkongsi kekayaan
kekayaan yang diperolehi sebahagiannya hendaklah dikongsi dan dinikmati oleh mereka yang berhak dalam bentuk zakat, sedekah, hadiah dan sebagainya. keengganan untuk berkongsi dan dinikmati bersama orang lain, berkemungkinan kekayaan itu tidak bertahan lama

8.
cinta bekerja
melakukan tugasan dengan penuh cinta, kreatif dan ikhlas akan mendatangkan KEPUASAN. kita akan bekerja lebih keras, tabah, ceria, gembira dan optimis menanti hasil atau matlamat yang dituju

9.
berfikiran terbuka
individu yang sentiasa membuka fikirannya kepada semua perkara adalah individu yang benar-benar kaya dan jenis yang beginilah selalunya berjaya

I0.
disiplin diri
individu yang berpotensi memiliki kekayaan ialah individu yang mempunyai dan bersedia MENDISIPLINKAN dirinya sendiri. individu yang mampu menguasai dirinya adalah individu yang boleh menguasai hidupnya

II.
keupayaan memahami orang lain
individu yang kaya dalam memahami orang lain sentiasa sedar bahawa semua manusia pada asasnya serupa dalam masa mereka berkembang dari tunjang yang sama. semua kegiatan manusia adalah didorong oleh satu ataulebih MOTIF hidup yang asasi:
- emosi cinta dan kasih sayang
- emosi jantina
- hasrat dapat faedah material
- kekalkan zuriat
- ingin bebas rohani jasmani
- ingin luahkan pendapat
- ingin hidup sesudah mati
- emosi marah
- emosi takut
hidup ini tidak sunyi daripada PRASANGKA, BENCI, DENGKI da PERGESERAN sesama sendiri.kemampuan memahami orang lain akan dapat menghindarkan diri dari pertelagahan berpanjangan

I2.
keselamatan ekonomi
keselamatan ekonomi tidak dapat dicapai dengan semata-mata memiliki wang yang banyak. ia bergantung kepada perkhidmatan dan kerjasama yang diberi orang lain

rasanya teori napoleon hill ini logik dan praktikel cuma kita perlu buat beberapa penyesuaian dan tambahan. apakata jika kita BLEND dengan prinsip-prinsip AGAMA berteraskan Qur'an dan Hadis dan yang bertiangkan RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN...

Insya'Allah

kita akan nikmati kekayaan hakiki itu...

mudah-mudahan

AMIN...





- bahagialah orang-orang yang beriman ia-itu
orang-orang yang kyusuk dalam sembahyangnya,
menjauhkan diri dari PERCAKAPAN yang sia-sia,
membayar zakat
dan menjaga kehormatan kecuali terhadap suami dan isteri
juga orang-orang yang teguh memegang amanah dan janji
serta
orang-orang yang memelihara akan sembahyangnya
mereka inilah yang berhak mewarisi SYURGA
AL-Mukminun I8 : I hingga I0