Thursday, July 29, 2010

Melayu:terlalu ghairah pesta temasya

sidang meja bulat

majoriti peserta saran peperiksaan UPSR dan PMR dikekal dan perlu penambahbaikan

Tan Sri Abdul Rahman Arshad:
- sistem dua peperiksaan itu perlu diubah bagi membaikki kelemahan yang ada

- peperiksaan perlu ada untuk menilai apa yang diajar sebelum ini

Prof Emeritus Datuk Dr Ishak Haron:
- dua peperiksaan ini sekarang berorientasikan peperiksaan rujukan norma untuk pemulihan dan perlu diubah kepada peperiksaan untuk MENAKSIR prestasi pelajar berasaskan kriteria dan standard iaitu untuk menaksir sejauh mana pelajar MENGUASAI pelajarannya dan mencapai tahap yang ditentukan

- jika dimansuh, ia akan terlalu LEWAT untuk menaksir dan memantau KUALITI PENDIDIKAN serta terlewat untuk beri pelajar memperbaikki pembelajarannya

Tan Sri Prof T. Marimuthu:
- UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk MENILAI produktiviti sekolah dan pelajar

- membaikki sistem penilaian sedia ada dan memfokus kepada PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN

Poh Chin Chuan:
- kementerian pelajaran TIDAK wajar membuat keputusan tergesa-gesa memansuh UPSR dan PMR sebaliknya mengumumkan FORMULA ALTERNATIF dan mendengar pandangan pelbagai lapisan masyarakat secara menyeluruh

Tan Sri Alimuddin:
- membisu seribu bahasa

BEBAN-BEBAN!

rupa-rupanya orang luar tak senang lihat kakitangan kementerian pelajaran GOYANG KAKI!

mereka DENGKI...

wakakakaaaaaaaa

tapi tak apa, keputusan ada ditangan alimuddin. alimudin boleh PERSEMBAH kepada muhyiddin, rasionalnya UPSR dan PMR diMANSUH:

- ikut cakap majlis gurubesar
- ikut kata persatuan guru
- ikut pendapat ahli fikir di kementerian, jabatan dan pejabat pelajaran

ORANG LUAR APA TAU?

dan yang pasti ikut KEHENDAK alimuddin sendiri yang selaras, yang sama, yang ngam dengan HASRAT muhyiddin...

UPSR DAN PMR WAJIB DIMANSUH!

Alhamdulillah...

ikut pengalaman saya kedua-dua peperiksaan itu cukup membebankan bersetentangan dengan tabii dan naluri saya masa itu:
- suka godak parit
- suka menggagau ikan di sungai bila musim kemarau
- suka main galah panjang
ini pulak terpaksa MENGHAFAL , maklumlah saya kena jawab dalam bahasa inggeris, mau tak mau kena jugak hafal, bosan menghafal di rumah, hafal atas pokok ..
ha! ha! ha!
macam BERUK!

Syukurlah kalau jadi mulai tahun 2011 anak cucu saya ada masa enjoy-enjoy:
- main sms
- main facebook
- main kunda-kundi
- main tari-menari
kalau tak cukup idea lantik menteri menang-menang jadi penasihat...banyak yang tradisional- tradisional dalam kamus dia...

bila anak-anak menguasai permainan-permainan tradisional ini, kita jadikan permainan wajib bila anjur sukan asean atau sukan komenwealth - ha! ha! ha! pasti banyak sumbang pingat pada negara. manalah tau kok-kok jadi juara!
KITA BOLEH!

- cikgu?
- ppd?
- jabatan?
- kementerian?
- ketua pengarah?
- menteri pelajaran?
tak payah pusing-pusing kepala - kan mereka golongan profesional biarlah setaraf dengan KEPROFESIONALNYA...

WORK SMART AND SMILE!

malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampong telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual ( Datuk Dr Usman Awang )



mudah-mudahan kaum guru berdiri teguh di belakang muhyiddin. PANGKAH muhyiddin di PRU 13 nanti...

cakap-cakap di warung mamak:

- muhyiddin pelawa pelajar korea belajar bahasa inggeris di IPTA
- pelajar kita belajar bahasa korea, pelajar korea belajarlah Bahasa Melayu
- mana kelasnya Bahasa Melayu, Bahasa orang ulu-ulu...

- ramai sangatke orang kita berbahasa inggeris?
- ketinggalan zaman betul

- lima-lima anak aku gagal bahasa inggeris dalam UPSR
- anak awak yang tak boleh ikut kot
- dengar-dengar cikgu mereka bukan OPSYEN bahasa inggeris
- memang pun, sejak merdeka sampai tahun 2000, guru bahasa inggeris tak pernah cukup!
- siapa yang ajar?
- guru-guru yang yang bahasa inggerisnya 5 atau 6 peringkat SPM
- bolehke dia ajar?
- masa saya darjah 6 dulu, selalu cikgu suruh saya ajar murid darjah 5, darjah 4 ,boleh pun!
- boleh memang boleh...tapi anak anak aku tak lulus..
- ha! ha! ha! itu kena tanya 
- mahathir
- anwar
- najib
- hisyamuddin

- ni,ni, macamana pulak bila dah tak ada periksa?
- ada periksa pun anak awak tak lulus -sama jelah- macam tak de periksa!
- jangan bimbang, ramai calon guru sekarang dah punya degree, engineer, akitek, bio. mereka ni dilatih masa cuti penggal, dalam setahun dapatlah lesen mengajar
- bolehke jadi guru yang baik?
- bengkok besi lebih susuh dari bengkok kepala orang!
- wakakaka

- lagi pun guru-guru jahit, guru-guru masak, guru-guru tukang yang dah senior di sekolah menengah diminta bantu sekolah rendah, mereka jadi gurubesar dan guru-guru kanan...
- itu bukan bidang dia
- dia kan BOS , arah je, tak pandaike?
- huwa! huwa!huwa!

- dulu  BOS AKU kata - DIA dah 15 tahun berpengalaman mengajar matematik di sekolah menengah - jadi BOS sekolah rendah KONONNYER NAK TUNJUK TERE ajar matematik tahun 6...peratus lulus 18!
- itu baru tahun ke 16
- laaaaa! sampai tahun ke 18 - peratus lulus 18 jugak
- ha! ha! ha! tikam nombor 1818

- kalut-kalut!
- apa pulak kalut, sekolah dah lengkap dengan prasarana
- nak rujuk - pegi pusat sumber
- nak ujikaji - pegi makmal sains
- nak berbahasa - pegi makmal bahasa
- nak game - pegi MAKMAL KOMPUTER
- LAGI PUN DIA ORANG AJAR PAKAI KOMPUTER, ANAK-ANAK BELAJAR PAKAI KOMPUTER...OTAK DIA ORANG DAH MACAM KOMPUTER!

kita dah lebih 50 tahun MERDEKA, nikmatilah kemerdekaan ini...tak perlu susah-susah.. anak-anak kita pun tak perlu susah-susah!

menteri main pesta-pesta - kita main pesta-pesta!
menteri main bunga api - kita main bunga api!


" HIDUP HANYA SEKALI! "






pandai pak pandir

anak dipijak, dagang dijunjung
kucing dibunuh, tikus dibela
harta habis, badan tergadai
mendengar gelagak dagang
tak sedar bertelanjang
mendengar guruh di langit
air tempayan dicurahkan
mulut kena suap pisang
buntut kena cucuk onak
gunting makan dihujung
pak pandir juga yang menanggung
apa didengar gelagak dagang
gelagak rambutan jantan
orang berbuah, dia HARAM
kilat memancar, hujan tak lalu
awak juga KECUNDANG!

Za'ba - pelita Bahasa Melayu





Sunday, July 25, 2010

...macam seladang tua

isi tempat kosong

- ujian upsr dan pmr dimansuh
- ujian disedia di peringkat sekolah
- aspek kokorikulum mungkin diambilkira dalam menilai pencapaian murid

saya kurang faham kenapa orang-orang bijakpandai ni suka cakap kontot-kontot
atau

sedang menderita sindrom cakap kontot

atau

kerja orang-orang suratkhabar dan tukang-tukang siar yang sengaja mengontotkan pernyataan
orang-orang bijakpandai ini untuk mensensasikan isu seperti sensasinya cerita fasha sanda,
tiq zakiah, peter pan dan orang-orang yang seumpama dengannya.

atau

orang-orang bijakpandai ini pun bercakap sekadar MENGISI TEMPAT KOSONG

atau

MEMANG KOSONG PUN!

yang pasti

-menimbulkan banyak persoalan
-menimbulkan banyak kecelaruan
-menimbulkan rasa kegelisahan
-menimbulkan rasa muak dan benci yang mendalam


dari kumpulan i
beberapa minggu lepas tersiar di tv swasta ada bunyi-bunyi persatuan guru memberi lampu hijau
jika upsr dan pmr dimansuh

ha! ha! ha!

apakah persatuan ini mewakili semua guru di seluruh negara?

Nauzubillah!

apakah hanya pengerusi, setiausaha, bendahari dan ajknya yang buat keputusan?

Allahuakbar!

siapa pulak biasanya guru-guru yang suka BERPERSATUAN?

- adakah mereka pengetua atau gurubesar dari sekolah cemerlang?
- adakah mereka guru-guru yang mengajar subjek periksa?

atau

- pengetua dan gurubesar dari sekolah berbudaya selesa
- guru- guru biasa-biasa
- guru moral, pemulihan,pss dan sebagainya dari sekolah biasa-biasa
- guru-guru yang MENJAWAT jawatan KERANI atau MAT ANgkut SURAT di ppd, jabatan atau kementerian

PERNAHKAH persatuan yang katanya dari golongan profesional ini mengeluarkan
KERTAS-KERTAS ILMIAH yang boleh dijadikan rujukan dan panduan oleh ahli-ahlinya supaya lebih efisen
dan profesional dalam kerjayanya?

atau

sekadar kertas:
- tambahan cuti
- tambahan gaji
- tawaran ke tasik malaya
- tawaran masuk haatnyai dan beijing

TEPUK DADA

TEPUK DADA

TEPUK DADA TANYA MASALAHNYA!

dari kumpulan ii

kumpulan ini dipilih khusus dari kementerian, jabatan dan ppd

senang cakap

- orang-orang yang punya sijil berlapis-lapis dari universiti dalam dan luar negeri
- orang-orang yang penuh idea memaju dan mencemerlangkan pendidikan NEGARA

BERAPA tahunkan mereka berSABUNG
- di ulu negeri pahang
- di pinggiran sungai dan busut daerah SEMBERONG dan PAGOH
- dalam hutan dan pulau di serawak dan sabah

kadangkala keris TAMING SARInya yang begitu ampuh di khayalan dan atas kertas jadiTUMPUL SETUMPUL-TUMPULnya di gelanggang!

pernahke terdengar

- guru yang menjawat jawatan KERANI berbelas tahun di ppd menolak tawaran gurubesar!
- orang dari kementerian hanya mampu bertahan tak lebih 2 tahun sebagai pengetua - lari balik ke kementerian?

WAKAKAKAKAAAAAAAAAAAAAAAAA!

MAAF CAKAP
MAAF CAKAP
MAAF CAKAP

TAK SEMUA orang-orang dari kumpulan i dan kumpulan ii yang begitu,mungkin segelintir saja
tapi renung-renungkan lah sajak Dato' Dr Usman Awang di bawah ini:

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
BILA MENGAMPU bijak beralas tangan

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh satu
Masih tunduk tersipu-sipu

agak lega juga bila terdengar

PEMANSUHAN UPSR DAN PMR TIDAK BOLEH DIBUAT TERGESA-GESA

ALHAMDULILLAH!

buat kajiselidik secara ilmiah dulu

- sikap dan komitmen guru masakini
- tahap penguasaan guru dalam kaedah dan metodologi pengajaran terkini
- tahap penggunaan:
- pusat sumber sekolah
- makmal sains
- makmal bahasa
- MAKMAL KOMPUTER!

andainya memakan masa yang lama dan perlu biaya yang besar, ha! ha! ha!

pak ketua, timbalan ketua. ketua pengarah dan pengarah-pengarahnya turun sendiri mencemar diri...
- tanpa bunga malai
- tanpa gendang serunai
- tanpa tarian melambai-lambai

masih lagi banyak sekolah yang tak seCEMERLANG sekolah-sekolah di :

- kubang pasu
- permatang pauh
- kuantan
- SEMBERONG!
- PAGOH!

jangan terkejut seandainya terjumpa

- mahluk-mahluk ASING buat kerja GANJIL-GANJIL

ATAU

- murid main pondok-pondok
- cikgu main facebook - terangguk-angguk

saya pasti ramai ibu bapa di luar sana yang masih SANGGUP menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya:
- dengan rela hati bayar kos PERIKSA anak-anak
- dengan rela hati beli buku teks untuk anak-anak
- dengan rela hati lunaskan yuran pibg untuk kebajikan anak-anak
- dengan rela hati beri wang saku anak-anak
- dengan rela hati bayar semua kos untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak

dan janganlah nak kekal status PERIHATIN semua nak tanggung walhal kantong dah kosong!
carilah
carilah
carilah


dah bertahun-tahun kita dapat KETUA MEJA BULAT yang tak bulat-bulat, yang tak putus-putus:

suruh geleng - GELENG
suruh angguk - ANGGUK
suruh cakap - CAKAP
suruh lembut - LEMBUT

datang pulak ketua yang betul-betul bulat! HARAP-HARAP bulatnya boleh
baikpulih,baikpulih, baikpulih, baikpulih, baikpulih, baikpulih yang TIRIS di mana-mana rupanya bulatnya tak ubah macam seladang tua:

- langgar
- cantas
- ROBOH
- MANSUH

alahai...malangnya nasib anak cucuku!




merpati

dari jendela telah ku pandang
keadaan dua merpati terbang
ke kiri ke kanan melayang
terlalu indah dipandang

semakin lama semakin tinggi
keduanya itu bersuka hati
hal di dunia tiada peduli
memuas hati sendiri

setelah puas hati berdua
penat pun terasa pula
sebagaimana pun dicuba
akhirnya terjunam ke bumi jua

dari itu ingatlah merpati
janganlah fikir darjatmu tinggi
buat keputusan ikut nafsu sendiri
terjunam ke bawah lalu...


nyanyian jahara agus