" carilah hatimu semasa kamu membaca ALQURAN atau semasa kamu BERSOLAT, sekiranya kamu masih gagal menemui HATImu, duduklah bertafakur dan ingat saat-saat menghadapi KEMATIAN. seandainya gagal juga BERSUJUDlah dan MOHONlah kepada ALLAH semoga terbuka HATImu itu..."
( IMAM GHAZALI )
sejak bapaku meninggal sekitar tahun 60an, hidupku adik-beradik agak tertekan - harga getah merudum, adik-adik masih kecil dan aku sebagai abang tertua masih terumbang-ambing - tanpa haluan - tapi entah, aku biasa je - just follow the flow - aku mula belajar cari duit - seronok pulak - dengan sedikit kebolehan yang ada dan kesungguhanku -aku mula pandai guna duit cari duit - ha! ha! ha! bolehlah bantu sikit adik-adik di kampung. aku pernah ditawarkan bekerja di bandung atau pulau krismas oleh syarikat di mana aku bekerja- ada projek di sana - katanya suka hati akulah mana nak pilih - tapi entah, aku memilih balik kampung - belajar balik - mungkin adik-adik kot! - setelah adik bungsuku lepas spm, barulah aku berkira-kira bina keluarga sendiri - dah 35 tahun dah - tak kisahlah kan aku JEJAKA MALAYA!
bila dah berkeluarga, duitku semakin MENYEMPIT - mana duit nak beli susu, mana duit anak-anak sekolah, mana duit bayar kereta, mana duit bayar rumah, mana duit bayar kebun huwa! huwa! huwa! -tapi tak sampailah tergolong dalam kategori "PAPA HALIMUNAN" ( invisible poverty ) yang pasti aku tak pernah MINTAK-MINTAK seperti pegangan bapaku- jual tanah untuk bayar periksa MCE aku!
HILANG DAN PUDAR cita-citaku nak menjenguk keluarga di tanah seberang - di desa pelalangan, ponorogo, jawa timur
dan aku anak JAWA PONOROGO!
aku selalu bercakap pada adik-adik, sekiranya berkesempatan, ada masa, ada wang carilah keluarga yang masih ada di sana. setidak-tidaknya kita tahu ASAL-USUL kita - kita kenal AKAR UMBI kita!
kebetulan sekitar tahun 90an, adikku menghadiri satu simposium antarabangsa di bali, dengan pertolongan sepupu di jakarta ,mudahlah perjalanannya ke desa itu - kebetulan ada sepupu bekerja di bali dan ada sepupu bekerja di surabaya dan sempatlah berjumpa PAK MARZUKI, satu-satunya adik bapaku yang masih hidup - Syukur Alhamdulillah - bertaut kembali silaturrahim keluarga ini setelah lebih 4 dekat terpisah.
masa kecil-kecil dulu aku suka lihat:
- upucara linggang perut
- upucara kawin
- wayang kulit
- ketoprak
- ludruk
- barongan
- gamelan
- kuda kepang
- makan nasi ambeng
- makan gulai tempe
yang sebenarnya aku mau tau itu - entahlah bila dah bersara dan anak-anak masih sekolah.......semakin samar-samarlah hajatku itu...
bapaku datang ke tanah melayu ini sekitar tahun 30an, singgah sekejap katanya - cari ongkos ke MEKAH - itulah cita-citanya- setelah sekian lama, bapaku diberi status WARGA NEGARA DAN MANA ADA NEGARA DI DUNIA INI YANG BEGITU MUDAH BERI STATUS ITU...kalau ada pun pasti bawa bekalan juta-juta dollar!. bapaku bersyukur, aku lagi bersyukur - sekurang-kurangnya aku boleh bina kehidupanku sendiri.
nak kebun, bapaku tebang hutan buat kebun - aku beli kebun
nak ubi, bapaku tanam ubi - aku tanam ubi
nak cili, bapaku tanam pokok cili - aku juga tanam cili
atap rumah BOCOR, emakku cucuk atap - aku beli genting
pucuk pangkalnya USAHA SENDIRI!
yang pasti...
bapaku suka duduk dalam keadaan AMAN DAMAI - aku juga sebagai genarasi kedua, macam bapa - suka duduk dalam keadaan AMAN DAMAI!
kadang-kadang terguris juga hati ini bila ada BUNYI-BUNYI sumbang:
- pertikai laungan Azan di masjid dan surau
- pertikai keistimewaan peribumi
- pertikai hasil seni sasterawan sendiri
dan
yang lebih sedih ada manusia MELAYU sama-sama menghadirkan diri dalam upucara BAKAR buku itu...
apa yang ada dalam buku itu?
aku dah baca buku itu dulu-dulu lagi - semasa aku masih suka baca-baca..
ingat-ingat aku, TEMA buku itu melambangkan keakraban, persahabatan, kesungguhan, kerjasama dan ada nilai-nilai murni hidup bermasyarakat!
aku cuba perturunkan NILAI-NILAI MURNI itu untuk menungan bersama:
1. berusaha merubah kehidupan lebih baik
- maniam tinggalkan tricur, kerala untuk dapat kesenangan di sini, bermula sebagai KULI akhirnya jadi MANDUR
- lee kim lock dari tanah besar cina dan berjaya buka kedai di simpang empat
2. semangat muhibbah
- seman minta bantuan maniam lepaskan ibunya yang ditahan oleh tentera jepun
- lazim minta poh eng ajak yew seng keluar jadi komunis
- poh eng dan yew seng bebaskan lazim yang ditahan jepun di balai polis
3. kepentingan pendidikan berasaskan bahasa ibunda
- perumal minta pengurus ladang bina sekolah tamil
- masyarakat cina kutip wang bina sekolah cina
4. persahabatan tanpa kira bangsa
- yew seng tetap berkawan dengan lazim walau dapat tentangan bapanya
- maniam tolong seman dapatkan kerja di ladang`
5. perjuangan bebaskan negara
- lazim jadi ketua tentang malayan union
- yew seng masuk jadi komunis tentang jepun
6. bantu-membantu
- orang kampung gotong-royong bina rumah untuk seman dan ibunya setelah dihalau oleh cing huat
- maniam tolong sembunyikan mak limah dan poh eng dari tentera jepun
7. tipu muslihat
- cing huat gunakan kebodohan dan sikap malas musa untuk beli tanah orang-orang melayu
APAKAH CACAT CELA BUKU INTERLOK ITU?
APAKAH DENGAN SEBAB NILA SETITIK KITA BUANG SUSU SEBELANGA?
- tanyalah HATI BUDI kita
- tanyalah DIRI kita
- tanyalah dari mana ASAL-USUL kita