Thursday, July 29, 2010

Melayu:terlalu ghairah pesta temasya

sidang meja bulat

majoriti peserta saran peperiksaan UPSR dan PMR dikekal dan perlu penambahbaikan

Tan Sri Abdul Rahman Arshad:
- sistem dua peperiksaan itu perlu diubah bagi membaikki kelemahan yang ada

- peperiksaan perlu ada untuk menilai apa yang diajar sebelum ini

Prof Emeritus Datuk Dr Ishak Haron:
- dua peperiksaan ini sekarang berorientasikan peperiksaan rujukan norma untuk pemulihan dan perlu diubah kepada peperiksaan untuk MENAKSIR prestasi pelajar berasaskan kriteria dan standard iaitu untuk menaksir sejauh mana pelajar MENGUASAI pelajarannya dan mencapai tahap yang ditentukan

- jika dimansuh, ia akan terlalu LEWAT untuk menaksir dan memantau KUALITI PENDIDIKAN serta terlewat untuk beri pelajar memperbaikki pembelajarannya

Tan Sri Prof T. Marimuthu:
- UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk MENILAI produktiviti sekolah dan pelajar

- membaikki sistem penilaian sedia ada dan memfokus kepada PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN

Poh Chin Chuan:
- kementerian pelajaran TIDAK wajar membuat keputusan tergesa-gesa memansuh UPSR dan PMR sebaliknya mengumumkan FORMULA ALTERNATIF dan mendengar pandangan pelbagai lapisan masyarakat secara menyeluruh

Tan Sri Alimuddin:
- membisu seribu bahasa

BEBAN-BEBAN!

rupa-rupanya orang luar tak senang lihat kakitangan kementerian pelajaran GOYANG KAKI!

mereka DENGKI...

wakakakaaaaaaaa

tapi tak apa, keputusan ada ditangan alimuddin. alimudin boleh PERSEMBAH kepada muhyiddin, rasionalnya UPSR dan PMR diMANSUH:

- ikut cakap majlis gurubesar
- ikut kata persatuan guru
- ikut pendapat ahli fikir di kementerian, jabatan dan pejabat pelajaran

ORANG LUAR APA TAU?

dan yang pasti ikut KEHENDAK alimuddin sendiri yang selaras, yang sama, yang ngam dengan HASRAT muhyiddin...

UPSR DAN PMR WAJIB DIMANSUH!

Alhamdulillah...

ikut pengalaman saya kedua-dua peperiksaan itu cukup membebankan bersetentangan dengan tabii dan naluri saya masa itu:
- suka godak parit
- suka menggagau ikan di sungai bila musim kemarau
- suka main galah panjang
ini pulak terpaksa MENGHAFAL , maklumlah saya kena jawab dalam bahasa inggeris, mau tak mau kena jugak hafal, bosan menghafal di rumah, hafal atas pokok ..
ha! ha! ha!
macam BERUK!

Syukurlah kalau jadi mulai tahun 2011 anak cucu saya ada masa enjoy-enjoy:
- main sms
- main facebook
- main kunda-kundi
- main tari-menari
kalau tak cukup idea lantik menteri menang-menang jadi penasihat...banyak yang tradisional- tradisional dalam kamus dia...

bila anak-anak menguasai permainan-permainan tradisional ini, kita jadikan permainan wajib bila anjur sukan asean atau sukan komenwealth - ha! ha! ha! pasti banyak sumbang pingat pada negara. manalah tau kok-kok jadi juara!
KITA BOLEH!

- cikgu?
- ppd?
- jabatan?
- kementerian?
- ketua pengarah?
- menteri pelajaran?
tak payah pusing-pusing kepala - kan mereka golongan profesional biarlah setaraf dengan KEPROFESIONALNYA...

WORK SMART AND SMILE!

malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampong telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual ( Datuk Dr Usman Awang )



mudah-mudahan kaum guru berdiri teguh di belakang muhyiddin. PANGKAH muhyiddin di PRU 13 nanti...

cakap-cakap di warung mamak:

- muhyiddin pelawa pelajar korea belajar bahasa inggeris di IPTA
- pelajar kita belajar bahasa korea, pelajar korea belajarlah Bahasa Melayu
- mana kelasnya Bahasa Melayu, Bahasa orang ulu-ulu...

- ramai sangatke orang kita berbahasa inggeris?
- ketinggalan zaman betul

- lima-lima anak aku gagal bahasa inggeris dalam UPSR
- anak awak yang tak boleh ikut kot
- dengar-dengar cikgu mereka bukan OPSYEN bahasa inggeris
- memang pun, sejak merdeka sampai tahun 2000, guru bahasa inggeris tak pernah cukup!
- siapa yang ajar?
- guru-guru yang yang bahasa inggerisnya 5 atau 6 peringkat SPM
- bolehke dia ajar?
- masa saya darjah 6 dulu, selalu cikgu suruh saya ajar murid darjah 5, darjah 4 ,boleh pun!
- boleh memang boleh...tapi anak anak aku tak lulus..
- ha! ha! ha! itu kena tanya 
- mahathir
- anwar
- najib
- hisyamuddin

- ni,ni, macamana pulak bila dah tak ada periksa?
- ada periksa pun anak awak tak lulus -sama jelah- macam tak de periksa!
- jangan bimbang, ramai calon guru sekarang dah punya degree, engineer, akitek, bio. mereka ni dilatih masa cuti penggal, dalam setahun dapatlah lesen mengajar
- bolehke jadi guru yang baik?
- bengkok besi lebih susuh dari bengkok kepala orang!
- wakakaka

- lagi pun guru-guru jahit, guru-guru masak, guru-guru tukang yang dah senior di sekolah menengah diminta bantu sekolah rendah, mereka jadi gurubesar dan guru-guru kanan...
- itu bukan bidang dia
- dia kan BOS , arah je, tak pandaike?
- huwa! huwa!huwa!

- dulu  BOS AKU kata - DIA dah 15 tahun berpengalaman mengajar matematik di sekolah menengah - jadi BOS sekolah rendah KONONNYER NAK TUNJUK TERE ajar matematik tahun 6...peratus lulus 18!
- itu baru tahun ke 16
- laaaaa! sampai tahun ke 18 - peratus lulus 18 jugak
- ha! ha! ha! tikam nombor 1818

- kalut-kalut!
- apa pulak kalut, sekolah dah lengkap dengan prasarana
- nak rujuk - pegi pusat sumber
- nak ujikaji - pegi makmal sains
- nak berbahasa - pegi makmal bahasa
- nak game - pegi MAKMAL KOMPUTER
- LAGI PUN DIA ORANG AJAR PAKAI KOMPUTER, ANAK-ANAK BELAJAR PAKAI KOMPUTER...OTAK DIA ORANG DAH MACAM KOMPUTER!

kita dah lebih 50 tahun MERDEKA, nikmatilah kemerdekaan ini...tak perlu susah-susah.. anak-anak kita pun tak perlu susah-susah!

menteri main pesta-pesta - kita main pesta-pesta!
menteri main bunga api - kita main bunga api!


" HIDUP HANYA SEKALI! "






pandai pak pandir

anak dipijak, dagang dijunjung
kucing dibunuh, tikus dibela
harta habis, badan tergadai
mendengar gelagak dagang
tak sedar bertelanjang
mendengar guruh di langit
air tempayan dicurahkan
mulut kena suap pisang
buntut kena cucuk onak
gunting makan dihujung
pak pandir juga yang menanggung
apa didengar gelagak dagang
gelagak rambutan jantan
orang berbuah, dia HARAM
kilat memancar, hujan tak lalu
awak juga KECUNDANG!

Za'ba - pelita Bahasa Melayu





No comments: