Tuesday, September 6, 2011

dihari lebaran ini...



Ya Allah
sempena Aidilfitri ini
Engkau muliakan dan sayangi
penerima ucapan ini:
berkati keluarganya
sihatkan tubuh badannya
limpahkan rezekinya
jauhkan daripada fitnah
penganiayaan dan penghinaan
suburkanlah benih keimanan
dengan penuh kasih sayang
serta taqwa tanpa alasan
makbulkan cita-citanya yang murni
Amin Ya Rabbal Alamin
maaf zahir batin
...

Assalamualaikum

jika semua harta adalah racun
maka
zakatlah penawarnya
jika semua umur adalah dosa
maka
taqwa dan taubatlah ubatnya
jika seluruh bulan adalah noda
maka
Ramadanlah pemutihnya
selamat hari raya
...


teratak lama arah pinggiran
tampak cerah disinar pelita
selamat menyambut hari lebaran
tangan dihulur maaf dipinta
selamat hari raya
...


ampun dan maaf seandainya:
terkasar bahasa
tersilap bicara
termarah yang tak kena
tertanya tak tentu hala
tersasul yang tak sengaja
terumpat bila-bila
termacam-macam lagi yang kena mengena
semoga dimaafkan
maaf zahir batin


ukhwah itu bukan terletak
pada kerapnya pertemuan
bukan juga pada manisnya ucapan bibir...
tetapi
pada ingatan seseorang
terhadap
saudaranya dalam doa...
selamat hari raya
maaf zahir batin


nyempen jenang neng njero tin
arep digowo mareng suro
keluputan kulo lahir batin
salah silap njalok ngapuro

buko poso lawuh e gereh
njegor sunge dicaplok boyo
keluputanku seng akeh-akeh
kito 0-0 lah yo?
kesuwon


setiap masa
 dipaparkan perlakuan-perlakuan sumbang manusia yang direka-reka
setiap hari
 dipertontonkan wajah-wajah manusia sombong, angkuh
melahirkan
kata-kata nista penuh rasa kebencian
setiap minit
terhambur kata-kata fitnah,kesat,lucah dilaman-laman sosial
apakah fenomena anai-anai ini
mampu merubah
suasana hening penuh syahdu ini
di suatu masa nanti...



teks      : koleksi sms yang diterima
gambar  : bara'an
lokasi    : parit basri, sri medan, batu pahat
               johor
               ( kampung kelahiranku )