a paste blog
xotricossa:
1. Lot 153
abang 1 : berapa bulan lagi habis?
aku : bulan? 2 1/2 TAHUN lagi
2. I know You don't know what I did last holiday
Rasanya tak sampai seminggu lagi aku di India selepas balik bercuti selama 23hari di Malaysia. Kali ini aku cuma berjalan 3hari 2 malam di Kerala, India dan total perjalanan mungkin sekitar rm300. Sukacita dimaklumkan, petrol kat India mahal ye sebab tiada subsidi. Maka, next cuti, mungkin aku tak berjalan dengan kawan kot sebab aku hutang 1 percutian dengan mamama..hahaha. Aku paling teringin mengidam gila nak pergi Turki tapi mamama cakap sekarang kat sana tengah bergolak, maka, Turki kena tolak tepi. Kalau dalam India pula, aku berharap sebelum habis belajar dapat jalan pergi Shimla, Manali, Kashmir dan Pangong Tso. Siapa tengok 3 Idiots mesti perasan tasik pangong ni..haha. Penat tanya classmate kat mana tempat tu, alih2 dia cakap suruh aku belajar map india dulu. Adeh -.-""
Tuh la siapa suruh tido dalam kelas geografi cikgu Iskandi dulu..hoho
Siapa yang tak tahu, aku bagitahu bahawasanya status ibubapaku sekarang adalah cikgu pencen. Sudah lebih 3 tahun rasanya. Maka, demi mengisi masa lapang, mereka mengusahakan kebun yang ada di belakang rumah. Daripada dibiarkan terbiar, dibiarkan endon masok ceroboh kebun, baik berbakti pada tanah kan? Dan selaku anak yang baik, mesti lah aku pun tolong kan?? Dan disebabkan ini blog aku, sukahati aku lah nak masok bakul angkat sendiri kan??? HAHAHA
ni kebun serai sebelah rumah bukan semak samun |
ni kecik lagi. xle kacau |
ciku muda |
kucing pun tolong gak. haha |
sebelum dihantar, serai yang elok di asingkan dan dibersihkan |
hehe |
di ikat 5kilo |
Okeh la, itu sahaja. Ni semua gambar yang tak diedit. malas eden..tapi aku bilanya tak malas? hahaha
Oh ye, kepada sesiapa yang nak kahwin tu, kot kot nak guna serai berkilo-kilo dalam masakan, boleh lah hubungi mamama aku..haha
Salam, malam.
No comments:
Post a Comment