Thursday, March 1, 2012

di mane aku sebenoonye...



THINKING TEACHER OR FEELING TEACHER


18 tahun
25 tahun
56 tahun
60 tahun

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat ( nasihat-menasihati ) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran "
Al-Ashr 103: 1 - 3

PERSOALAN ..?

setelah kita berkhidmat selaku pendidik dengan niat kerana Allah swt, dalam tempuh waktu  yang sekian lama, adakah kita telah memenuhi tuntutan ' timeframe' yang sememangnya telah menjadi tanggungjawab kita semua.

  • adakah kita benar-benar rugi atau untung dengan 'timeframe' mendidik tersebut?
  • adakah kita benar-benar mengerjakannya dengan penuh soleh?
  • adakah kita benar-benar menasihati anak-anak didik mentaati kebenaran?
  • adakah kita benar-benar saling nasihat-menasihati antara kita dengan kesabaran?

pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu aktiviti yang kreatif dan dInamik. malah, juga suatu aktiviti yang dianggap intuitif - ia-itu guru dapat merasa masa yang sesuai untuk melaksanakan suatu aktiviti yang paling berkesan, menarik, menyeronokan dan meresap demi kemajuan pelajar

proses pengajaran dan pembelajaran pada dasarnya  berlandaskan kepada :

kaedah pengajaran dan pembelajaran
cara guru mengelolakan serta menggunakan teknik, kandungan@isi dan alatan supaya setiap objektif sesuatu pelajaran tercapai

pendekatan pengajaran dan pembelajaran
mengajar memerlukan sesuatu proses penakulan yang tinggi :

- pendekatan induktif
  mula dengan sebab dan bergerak ke satu generalisasi

- pendekatan deduktif
 mengasaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada maklumat ilmu tertentu - generalisasi ke arah contoh- contoh

teknik pengajaran dan pembelajaran
teknik yang diguna sebenarnya membantu pelajar mencapai objektif pelajaran, disamping mempelbagaikan setiap teknik agar dapat menggerakkan dan menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran. kita selalu lupa pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan secara langsung perihal bilik darjah seperti pengurusannya, disiplinnya, iklimnya, ABMnya, organisasi dan sebagainya

BAGAIMANA..?

hakikatnya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah adalah berlandaskan kepada KEBITARAAN juga kreativiti individu pendidik itu sendiri

  • pengurusan yang terancang @ MBO
          - program mingguan
          - program bulanan
          - program tahunan
          - program matapelajaran
          - program khas
          - program akademik
          - program kawalan
          - program pengujian diri
          - program kumpulan sasar
          - program latihtubi dan pemulihan

  • penerapan konsep ilmu          
          - konsep
          - makna
          - jenis
  • memotivasi
          - sentuhan kekangan
          - rakan sebaya
  • peranan 6P
           - pendidik
           - pembimbing
           - pembantu
           - pemudah
           - penyelesai
           - penyumbang
  • instrumen
  • strategi dan matlamat
            - objektif
            - kepuasan
            - iltizam
            - keterampilan
            - visi dan misi

HASILNYA..?

  • perancangan ?
  • pelaksanaan ?
  • pemantauan ?
  • penilaian ?
  • pos-mortem ?
  • pengukuhan ?

1. adakah kita seorang pendidik yang TAK TAHU dan TAK MAHU ?
2. adakah kita seorang pendidik yang TAHU tapi TAK MAHU ?
3. adakah kita seorang pendidik yang TAK TAHU tapi MAHU ?
4. adakah kita seorang pendidik yang TAHU dan MAHU ?



65 tahun

dan, di mana aku setelah menghabiskan masa 29 tahun dipanggil cikgu itu...

THINKING TEACHER OR FEELING TEACHER




liliin membakar diri
(yusuf muda)


BABAK SATU:


pujangga itu melangkah kakinya
berdiri dengan suatu keangkuhan
di tangan kanannya sebatang tongkat hikmat
di tangan kirinya sekuntum bunga mawar
ia megurut-urut janggut tuahnya
jubahnya mencecah mar-mar


ada cahaya dari mata seninya
memancar-mancar dunia
janggut tuahnya bagai benang sutera
berwarna-warna
jubah panjangnya beralun-alun
oh! mutiara


orang mengkaguminya
malam mencintainya


adegan satu:
pujangga itu membusung dadanya
di tengah gelanggang
penonton riuh menyambutnya
penonton riuh menyoraknya


sekali ia bersabda
suaranya bergema menyentuh rasa
dalam suatu fatwa
orang memasang telinga


'hai kamu manusia
hadapkan dirimu padaku
aku simbol moral
aku simbol kemanusiaan
aku pencipta fatwa
jauhkan dirimu dari golongan musyrik'


tongkat itu diangkatnya
'tongkat ini suatu hikmat
anugerah pada insanulkamil
batu tercecah menjadi emas'


adegan kedua:
datang seorang wanita
berlutut di kakinya
menangis-nangis
'hamba seorang isteri
punya konsepsi sendiri
disia-siakan suami'


wanita itu terus menangis
meminta cinta
'hamba cinta padamu
hamba cinta padamu'


adegan ketiga:
pujangga itu memandangnya
simpati mengalir dalam dada
mendesak segala rasa


'perempuan ini manis,' bisiknya
wanita itu pun rebah
pujian itu menusuk hatinya
persabdaan itu menambah cintanya


BABAK KEDUA:


pujangga agung itu
membawa wanita manis
di sebuah oasis
udara paling nyaman
syaitan di mana-mana


syahdan maka berlakulah suatu kisah
antara simpati dan cinta manusia
pujangga dan wanita itu lemah
dalam pelukan
syaitan menjelir lidahnya


pujangga itu tidak berkata lagi
ia memeluknya
perempuan itu tidak menangis lagi
ia menyerahkannya
syaitan ketawa!


NARRATOR:


telah terjadilah semuanya itu
seorang pujangga agung
bersabda tentang moral dan kemanusiaan
mati atas dada perempuan
yang dipersia-siakan suami...


siapa nanti berkata masih ada pujangga lagi
di dunia ini 
yang siang malam mengukir kata-kata
yang siang malam mengajar manusia
seperti sebatang lilin
cahayanya menyinari alam
ia terbakar sendiri


LAYAR TURUN:


di tengah-tengah keriuhan penonton
menyaksikan ceritanya
seorang menangis
meratapi nasib pujangga agungnya


(mingguan malaysia)
03.01.1971













2 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam
hadiah paling bermakna bg seorg guru adalah kejayaan murid2nya..:)

paritbasri said...

t.kasih,