Monday, July 2, 2012

scorpene merentasi sempadan...

30.05.2012
UMNO UNTUK BUMI MALAYSIA



Yasmin Zafirah
SKANDAL SCORPENE!!! 7 fakta mengapa Najib tidak akan terlepas.

Fakta pertama:

Menteri Pertahanan ketika proses pembelian kapal selam Scorpene pada 5 Jun 2002 adalah Perdana Menteri ketika ini, Najib, sementara Perdana Menteri ketika itu adalah Mahathir Mohamad dan timbalannya, Abdullah Badawi. Adalah mustahil kedua-dua mereka ini tidak mengetahui langsung proses pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan antara sebuah kerajaan dengan kerajaan lain.


Fakta kedua:


Perjanjian yang ditandatangani antara Menteri Pertahanan yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol melibatkan nilai keseluruhan EUR2.1 billion (RM7.3 billion) wang pembayar cukai adalah termasuk dengan komisen pembelian kapal selam bernilai EUR114 juta (RM540 juta) yang dianggap rasuah oleh Kesatuan Eropah (EU) kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda,strategis Najib - RASUAH!


Fakta ketiga:


Perolehan kapal selam yang diminta Najib daripada DCNS adalah EUR1 billion (RM3 billion) yang dipohon dalam kadar segera bagi tujuan yang masih tidak diketahui - RASUAH!


Fakta keempat:


Sebahagian daripada nilai keseluruhan EUR2.1 billion (RM7.3 billion) itu pula dipindahkan kepada sebuah syarikat milik Razak Baginda yang berada di Hong Kong, Terasasi Sdn Bhd bernilai EUR36 juta (RM114 juta) - RASUAH!


Fakta kelima:


Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kapada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat yang selama ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS -KEJAYAAN BESAR


Fakta keenam


Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F.DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada Arnaud Dubus, dan salinannya dihantar kepada Baiocco dan SAUVAGEOT "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.


Fakta ketujuh:


Antara dokumen-dokumen penting yang ditemui adalah kewujudan invois yang difakskan oleh Terasasi Sdn Bhd (No. syarikat 524814 - P) pada 19 September 2004 untuk Bernard Baiocco ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak EUR359,450 (RM1.2 juta) untuk tujuan ' yuran kejayaan' yang akan dibayar melalui akaun Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3000.450-8dan mengandungi nota ditulis dalam Bahasa Perancis adalah berikut:


"Razak (Najib Altantuya) demande si ce SF peut pris en Compte assez vite. le Support Fee suit avec un rapport".


Terjemahan : Permintaan Razak (Najib Altantuya) jika yang SF boleh diambil kira agak segera.Yuran sokongan berikut dengan laporan.


Selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.


Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib Altantuya bernilai RM3 billion daripada DCNS - syarikat pembuat kapal selam berkenaan.


Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro 36 juta (RM114 juta).


Terdapat juga penemuan terbaru hasil siasatan Perancis...:
Sampul surat dengan sub folder bertajuk 'C4'.Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung mengandungi:

  • Satu folder sub bertajuk 'C4'
  • Satu folder sub bertajuk 'invois'
  • Fail dalam format PDF
  • Sebuah pemacu mudah alih USB - with Bleeding Bulldozer, Muhamad Ariffin, Mia Sara, Hazizy Mat Soho, John Johara, Gebu Man and Pencinta Kebenaran





Kak Midah
FAKTA2 YG SEBENARNYA:
May 28,2012


Komisyen Scorpene : Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang 'disaat-saat akhir' sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato' Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir dimana Dato' Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.


Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.


Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana 'mengesaki' kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Monggolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.


Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata,"kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar."


Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato' Seri Najib dengan apa jua cara.


Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat krterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.


Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit dimana segala butirannya tidak boleh dibincangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, Ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.


Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai Euro1,084 billion.


Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.


Bakinya, iaitu EURO114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek kapal selam TUDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.


Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.


Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetk di atas, iaitu "kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberi kepada syarikat Perimekar", Justeru berdasarkan fakta ini , persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna  Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.


Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

  • menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
  • Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kepada TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Spanyol untuk tempoh 6 tahun.
  • Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari setiap seorang untuk 3 tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
  • Membayar kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap 4 bulan sekali.
  • Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.
  • membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam pelaksanaan kontrak.
  • Menyelaras latihan antara krew ,kontraktor dan kerajaan.
  • Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.
Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata tetapi bayaran untuk perkhidmatan, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?


Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimrkar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa-apa yang pelik dalam urusan ini.


Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.


Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?


Dengan RPK sudah pun mengaku yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.


Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan...


-shahalam.com


nb
teks di atas diambil dari FB Umno untuk Bumi Malaysia pada 30.05.2012. saya cuma ubah fon dan grafik ikut kesukaan saya tanpa mengubah ejaan, perkataan , ayat dan fakta asal dari kedua-dua penulis berkenaan. t.k







1 comment:

Seri Sejati said...

andainya makluman ini mampu mengubah persepsi insan yang tidak memahami alangkah baiknya, kerana sering terdengar dari mulut-mulut yang kurang membaca dan meneroka ilmu tapi hanya mendengar dari mulut orang lain yang menyampai tanpa ada bukti. Sedih....