Wednesday, May 15, 2013

SELAMAT HARI GURU



GURU OH GURU

guru oh guru
berguru ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum jadi dewasa

dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat

jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
jika hari ini seorang raja menaiki tahta
jika hari ini seorang presiden sebuah negara
jika hari ini seorang ulama mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini seorang penulis terkemuka
jika hari ini sesiapa menjadi dewasa;
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

di mana-mana dia berdiri dimulia muridnya
di sebuah sekolah mewah di ibu kota
di bangunan tua sekolah hulu terengganu
dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara

jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
budi yang diapungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
menjadi kenangan keakhir hayat

oleh:
Datuk Dr Usman Awang





SELAMAT HARI GURU

sajak ' Guru oh Guru' nukilan Datuk Dr Usman Awang
ini saya tujukan  untuk para pendidik 
khasnya
rakan seperjuagan saya yang masih bertugas
dan
juga yang sudah bersara
serta
 murid-murid saya dulu yang kini sedia menggalas
perjuangan mulia ini 
SYABAS!
buat habis baik, Amin

misnun

3 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Guru

paritbasri said...

terima kasih

paritbasri said...

terima kasih