Friday, June 1, 2012

piramid - tenaga yang tertumpu

oleh : Baldi Merah
Khafre
khafre
Kita mungkin mengetahui tentang kewujudan piramid tetapi pernahkah kita mendengar daya dan tenaga yang dihasilkan daripada piramid? Bagaimana kaedah untuk menggunakannya? Tenaga piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih dikaji oleh para penyelidik. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dalam kehidupan sehariannya dan terbukti berkesan.


Penggunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau tidak tentang keupayaan tenaga piramid ini adalah tergantung sejauh mana kita dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang di tetapkan.Piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita, sebagai khalifah di muka bumi ini , apalah salahnya untuk kita cuba menafaatkannya.

Tenaga yang terdapat di dalam binaan piramid hanya merujuk kepada tenaga, daya dan kuasa di alam semesta ciptaan Allah swt. Ia sama seperti tenaga-tenaga lain yang diketahui oleh para saintis seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi dan sebagainya. Bezanya cuma para saintis moden tidak dapat menjelaskan mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya menggunakan sebuah piramid.



Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing yang menghala ke atas akan menarik ion-ion  atau tenaga dari atmosfera sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung bangunan tinggi untuk menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian ozon yang lain. Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru piramid itu. Pancaran tenaga itu tidak dapat berbuat apa-apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut keadaan.

Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat membakar kecuali kita gunakan kanta untuk memfokuskan pancaran menjadi terkumpul dan mampu membakar objek yang kena sinarnya. Dengan menghalakan diri kita ke mana-mana piramid yang terdapat di bumi atau ke permukaan piramid buatan sendiri ( dari kadbod) akan berlakulah perkara-perkara yang mengkagumkan serta dapat menyelesaikan masalah kehidupan seharian.

KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN

Objek yang diletak di dalam piramid akan:
  • mengekalkan warna bunga ros
  • mengekalkan ketajaman pisau
  • mengering mengekalkan bentuk dan rasa buah epal
  • mengekalkan kesegaran susu dalam jangka masa yang panjang
  • membantu pertumbuhan pokok
  • mengekalkan rasa dan aroma kopi dan jus buah-buahan
  • mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mengubah rasanya
  • meningkatkan kualiti tidur dan rehat
  • meningkatkan daya penyembuhan penyakit
  • Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran


PENETAPAN LOKASI PIRAMID
  • Mengikut unjuran Utara - Selatan
  • Jauh daripada sumber elektrik , medan magnet dan elektrostatik
  • Tidak jadi tumpuan ramai
  • Tenang, bebas daripada kebisingan
  • Kedudukan piramid tidak akan diganggu orang lain
  • Terlindung dari panas dan hujan
  • Terletak di permukaan yang rata
  • 'Bersihkan' energi tempat letaknya piramid kerana energi negatif akan mempengaruhi energi yang akan dipancarkan oleh piramid itu
  • Letakkan beberapa kristal terpilih di sekitar piramid berkenaan dan seelok-eloknya bubuh atau letak wangi-wangian
  • Andaikan lokasi berkenaan adalah tempat istimewa, elakkan daripada kata-kata negatif, emosi negatif dan perbuatan negatif
  • Tenaga piramid boleh digunakan mengikut kaedah yang akan diterangkan dan keperluan yang kita mahu. Apakah yang akan berlaku bila piramid telah berada di lokasi yang betul? kita akan dapati tidak ada apa-apa yang akan berlaku. keadaan ini samalah seperti mana kita letak antena TV di tempat yang betul tetapi tidak akan ada apa-apa berlaku di TV kita. Barang di ingat piramid di sini samalah seperti antena TV, untuk mendapatkan hasil yang berkesan, kita perlu membuat penyelarasan gelombang iaitu dengan menggunakan kekuatan minda atau pun kekuatan pemikiran kita ( fokus minda ) terhadap kemahuan yang dihajati


RAHSIA PERMUKAAN PIRAMID

1. Permukaan Utara - Kekayaan Kebendaan

Permukaan Utara dapat dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh dilihat dan disentuh. Dengan membuat penyelarasan keserasian diri dengan gelombang tenaga yang dipancarkan oleh piramid, kita dapat menggunakannya untuk capai apa yang dikehendakki. Walau bagaimanapun  perlu diingat bahawa tenaga piramid mematuhi hukum alam, kita tidak seharusnya mengamalkan sikap tamak dan takbur dalam mengejar impian.


2. Permukaa Timur - perasaan kasih sayang dan kedamaian jiwa

Perasaan kasih sayang di sini tidak bermaksud atas dorongan hawa nafsu tapi adalah nilai kasih sayang yang abadi serta semulajadi. Contoh untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, mengeratkan ikatan rumah tangga, kedamaian dalam kehidupan dan sebagainya. Jangan disalahguna dengan berhajat agar orang yang membenci bertukar menjadi sebaliknya hingga ke tahap sukar berenggang .Ini menyeleweng dari hukum alam.

3. Permukaan Selatan - Perlindungan dan Penyerangan

Permukaan Selatan mempunyai daya tenaga yang kuat. Ia memiliki simbol API. Tenaga permukaan ini dapat digunakan bagi tujuan kebaikan dan kejahatan. Di dalam hukum KARMA dan ALAM ,setiap perbuatan ada balasan dan kesan terhadap sipelaku.Tenaga ini boleh diguna untuk perlindungan dan penyerangan. Penggunaan tenaga secara penyerangan hanya dapat dilakukan secara defensif iaitu mengembalikan tenaga negatif yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita dan bukannya memancarkan tenaga untuk rosakkan orang lain

4. Permukaan Barat - Kesihatan dan Kekuatan

Permukaan barat ini mewakili simbol AIR yang bersifat suci. Dengan tenaga permukaan barat ini, boleh digunakan untuk tujuan rawatan dan juga menambah kekuatan tubuh badan. Perlu diingat penggunaan tenaga penyembuhan ini hanya bersifat ' SUPPLEMENTARY EFFORT'  maka ubat-ubatan dan makanan tambahan yang berkhasiat masih diperlukan.

PENYELARASAN TENAGA PIRAMID


Attunement atau penyelarasan  tenaga piramid perlu dibuat untuk membolehkan tenaga piramid sebenar atau etheral mengalir ke dalam tubuh dan minda. Dengan gabungan kekuatan minda dan tenaga yang dimiliki, barulah program minda atau kemahuan dapat dijelmakan ke alam nyata. Jika tidak segala kemahuan akan menjadi impian semata-mata.






ps

Mengikut kajian, otak boleh MENJANA hingga 10watt elektrik- hebatkan? - sedar tak sedar sebenarnya kita dah pun lalui pengalaman-pengalaman itu - cuma bagaimana harus kita menafaatkannya semaksima mungkin.
katanya lagi
Kegiatan otak terbahagi kepada 4 peringkat yang mempunyai fungsi dan aktiviti berlainan:
- peringkat BETA
- peringkat ALFA
- peringkat THETA
- peringkat DELTA

sila lihat entry MEMORI ( 08. 12. 2010 )




No comments: