Monday, January 2, 2012

keterampilan diri




1.0  pengenalan

keterampilan diri bermaksud kecekapan dan kemampuan seseorang individu yang tinggi dalam mengurus atau melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masaalah dan sebagainya.

personaliti, penampilan, komunikasi, etika kerja dan sebagainya adalah  antara kriteria yang dapat mencerminkan keterampilan seseorang.

2.0  kriteria 

2.1  personaliti

personaliti bermaksud keperibadian, perwatakan. setiap individu  mempunyai personaliti yang digambarkan melalui keperibadian dan perwatakannya. kedua-dua unsur ini mempunyai pertalian yang rapat dan berupaya meningkatkan personaliti seseorang.

2.2  penampilan

kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati penampilan, rupa paras, gerak-geri dan air muka sangat besar peranannya bagi meningkat daya pengaruh seseorang. orang yang mempunyai penampilan yang menarik, memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, mempunyai sikap yang lebih optimis dan pandai bercakap ( petah ) lebih berjaya berbanding mereka yang tidak mempunyai sikap-sikap tersebut. penampilan kita akan mencerminkan sikap kita terhadap diri sendiri, orang lain, masa dan tugas yang kita jalankan

 - berjalan dengan tegak dan bertenaga menggambarkan seseorang individu yang bijak menggunakan masa manakala  individu yang berjalan seperti orang malas seolah-olah masa tidak ada harga

 -  audiens sentiasa menilai sama ada kita orang yang berjaya, berfikiran terbuka, mempunyai perjuangan atau matlamat, boleh dipercayai, berilmu, berakhlak tinggi,jujur, matang dan lain-lain sewaktu mendengar kita bercakap

2.2.1  gaya berdiri

gaya berdiri yang betul amat mustahak apabila kita berbual atau bergaul dalam sesuatu majlis kerana ia akan melambangkan yang kita berminat berinteraksi dengan orang lain.

perkara-perkara berikut perlu biberi perhatian:

- tubuh badan hendaklah berdiri betul atau tegak - dada kehadapan dan perut ke dalam
- air muka sentiasa tenang dan bertenaga
- kepala dalam keadaan tegak, bukan mendongak ke atas atau menunduk ke bawah
- dagu dalam keadaan sudut tepat dengan leher
- sentiasa beri senyuman dan dalam keadaan riang
- tangan berada di sisi badan atau bergenggaman  di hadapan badan. elak berpeluk tubuh, tangan dalam saku atau di belakang badan
- angkat rangka rusuk dan dada terbuka untuk memudahkan pernafasan
- kaki terbuka sedikit dalam keadaan jam 10:10 untuk lelaki. rapatkan kedua-dua kaki serta kaki kanan ke hadapan sedikit bagi wanita

2.2.2  gaya berjalan

gaya berjalan yang menarik akan membuatkan anda diminati dan dihormati

berikut adalah panduan gaya berjalan yang betul bagi faedah kesihatan dan pergaulan sosial:

- luruskan bahagian badan iaitu kepala dan badan hendaklah seimbang. tulang punggung sama tengah. ini membolehkan kita bebas melangkah
- mulakan langkah berpijak di atas tumit kemudian atas jari kaki
- setiap langkah mengikut bayangan garis lurus. kepala tegak memandang ke hadapan
- melangkah dalam keadaan sederhana. bagi wanita elakkan berjalan seperti lelaki walau pun dengan memakai seluar. mulakan langkah dengan kaki kanan, rapatkan kedua-dua kaki tetapi elakkan dari bergesel
- hayun tangan dengan sederhana supaya tidak kelihatan kaku

2.2.3 gaya duduk di kerusi

- duduk dengan perlahan dan beransur ke belakang apabila punggung sudah mencecah tempat duduk bagi wanita dan kaki jangan sampai tergantung
- rapatkan kaki dan lutut. wanita boleh meletakkan kaki menyerung ke sebelah kanan atau kiri dan elakkan daripada menyilangkan kaki
- duduk dalam keadaan tegak dan kempiskan perut
- tangan di atas peha . bagi wanita elak daripada meletakkan tangan di atas tangan kerusi
- elakkan mengoyang-goyangkan kaki

2.2.4 gaya bangun dari kerusi

- elakkan daripada terlalu membongkokkan badan
- luruskan badan dan tegakkan kepala
- gunakan otot peha dan sendi-sendi kaki apabila bangun

2.2.5 kesopanan dalam majlis

antara perkara yang perlu dielak apabila berada di dalam sesuatu majlis:
- mengoyang-goyangkan kaki semasa duduk atau semasa berdiri
- mengunyah gula-gula getah atau sebagainya ketika bercakap
- mencelah perbualan orang lain yang sedang asyik berbual
- bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan
- menggigit kuku, mengorek hidung dan cungkil gigi
- membiarkan sudu dalam gelas atau cawan mengacau kopi atau teh dengan bunyi yang kuat
- meletakkan barang peribadi atas meja
- berbedak, bergincu atau bersikat rambut
- berbisik-bisik antara teman
- bercakap dengan nada suara yang tinggi
- mengguna atau berjenaka lucah

2.2.6 adab dan tertib di meja makan

- elak daripada membelek-belek perkakasan yang disediakan dan membincangkannya dengan teman semeja 
- kain napkin hendaklah diletak di atas pangkuan dan jangan diselitkan pada tali pinggang atau pada tali leher. kain napkin juga digunakan untuk mengesat mulut dan untuk menutup mulut ketika membuang tulang atau makanan lain yang terselit. 
- bila tinggalkan tempat duduk buat sementara waktu, letakkan kain napkin itu di atas kerusi, sekiranya kain itu diletak atas meja menandakan anda tidak akan kembali ke tempat duduk itu
- selepas makan pisau, sudu atau garpu letakkan rapat di sebelah kanan pinggan dengan keadaan terlentang

2.3 komunikasi 

secara ringkas komunikasi bermaksud pertukaran dan pemahaman maklumat antara pihak-pihak terlibat

French (1993 ) berpendapat komunikasi adalah satu usaha mewujudkan saling memahami dalam minda orang lain. komunikasi yang berkesan berlaku sekiranya mesej yang disampaikan itu dapat difahami oleh penerima sebagaimana sepatutnya difahami

komunikasi interpersonal pula ialah bagaimana  seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu-individu lain. setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza. apabila seseorang itu menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada  individu lain, itu dinamakan berkomunikasi secara interpersonal

mesej ialah istilah lain untuk isi atau kandungan komunikasi. di sana terdapat mesej lisan dan bukan lisan. mesej lisan ialah apa-apa yang disampaikan dengan kata-kata. mesej bukan lisan ialah sebarang bentuk komunikasi yang dibuat tanpa menggunakan kata-kata. contoh berdiri, gerak-geri tangan, ekspresi muka dan sebagainya

2.3.1 etika komunikasi

etika komunikasi interpersonal sangat penting dipatuhi dan diamalkan walau dengan siapa kita berkomunikasi samada dengan kawan atau lawan

antara antara etika tersebut:
- bersikap jujur
- tidak menuduh
- nilai bersama - tidak bercakap ikut sedap mulut
- gambaran tepat - menyampaikan maklumat dengan tepat
- berkata benar - tiada minat menipu atau memperdaya
- mematuhi etika - tidak mengumpat atau bergosip
- selaras - kata-kata sama seperti gerak-geri ( komunikasi lisan sama dengan komunikasi bukan lisan )
- tidak mengganggu - tidak menyampuk dan memotong orang lain yang sedang bercakap
- sikap positif

2.3.2 faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan komunikasi

banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi. antaranya ialah tahap kecerdasan dan pengetahuan sedia ada penerima, saluran yang diguna, gangguan persekitaran dan budaya penerima dan sipengirim. untuk membina komunikasi interpersonal yang berkesan bukan suatu yang mudah kerana proses ini melibatkan beberapa faktor. ada faktor yang dapat dikawal dan diatasi, dan ada faktor yang tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya tetapi masih dapat dikurangkan kesannya.

antara faktor yang selalu mempengaruhi dan selalu menimbulkan masalah untuk berlakunya komunikasi yang berkesan :

- perbezaan latar belakang dan pengalaman

  perbezaan bangsa, bahasa, tahap pendidikan dan pengalaman boleh menjadi sebab terhalangnya komunikasi yang berkesan. ini berlaku kerana mesej yang disampaikan tidak difahami dan dihayati sebagaimana yang dikehendakki oleh sipenyampai

- perhatian yang terhad

  kebiasaannya ramai yang akan menapis mesej yang disampaikan dan hanya akan memberi perhatian kepada mesej yang disukai atau yang sesuai dengan pegangan, pendapat atau cita rasanya sahaja

- prasangka/ prejudis/ tanggapan awal

  prasangka atau tanggapan awal ini akan menyebabkan berlakunya halangan mental dan akan mempengaruhi mesej yang diterima.mesej yang diterima akan ditafsir ikut kehendak dan selera sendiri

- faktor situasi

  perasaan takut, marah, rasa tidak selamat dan kebisingan akan menyebabkan penghantaran dan penerimaan mesej terganggu

- perasaan dan emosi

  jika penerima  dan penyampai mesej  tidak peka kepada aspek-aspek emosi dan perasaan, komunikasi yang dilakukan kurang berkesan

untuk mengatasi halangan-halangan di atas, pemberi mesej perlu memahami kandungan mesej yang ingin disampaikan dan memilih media atau saluran yang sesuai

2.3.3 komunikasi bukan sekadar bercakap

kajian-kajian menunjukkan apabila berlakunya  komunikasi bersemuka, kurang dari 10% impak datang dari perkataan yang diucapkan, manakala 90% impaknya datang dari bahasa bukan lisan

pakar-pakar komunikasi menganggarkan hanya 10% komunikasi kita diwakili oleh kata-kata, 30% diwakili oleh bunyi yang dihasilkan dan 60% dari bahasa gerak-geri atau komunikasi bukan lisan

komunikasi bukan lisan termasuk ekspresi muka, kantek mata, pergerakan kaki dan tangan, postur badan, jarak, perawakan dan nada suara

2.3.4 peranan proksemik

proksemik adalah kajian mengenai apa yang dikomunikasikan dengan melihat cara seseorang itu menggunakan ruang

edward t. seorang ahli antropologi telah membuat kajian mengenai proksemik.  beliau telah membahagikan  empat zon perbadi manusia yang diguna semasa berkomunikasi

 i.   zon mesra (15cm-46cm)            - suami, isteri, kanak-kanak, kawan rapat
ii.   zon peribadi(46cm-120cm)       - pihak lain dalam majlis sosial atau jamuan
iii.  zon sosial (120cm-360cm)        - orang yang tidak dikenali, klien,rakan sekerjayg tidak rapat
iv.  zon umum (lebih 360cm)            - ketua berhubung dengan staf, penceramah dengan audien

2.3.5 unsur penting dalam komunikasi interpersonal

terdapat sembilan unsur penting  yang perlu diberi perhatian dalam komunikasi interpersonal

i. komunikasi mata
    dalam komunikasi mata perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

   a. kemesraan, ancaman dan pembabitan - kemesraan dan ancaman  bererti memandang seseorang melebihi 10 saat hingga 1 minit

    b. lima saat untuk keberkesanan yang lebih - 
      memandang seseorang selama 5 ke 10 saat sebelum memandang ke arah lain sewaktu berkomunikasi

  c. awasi lontaran pandangan ( eye- dart) - apabila mengalami tekanan, kita selalu memandang ke arah lain. ini menonjolkan  ketakutan kita dan merendahkan keupayaan kita. tidak memandang terus kepada orang yang bercakap dengan kita menyebabkan pendengaran kita kurang selesa

    d. awasi slo-blink - slo-blink ialah apabila seseorang itu memejamkan mata selama 2 hingga 3 saat ini memberi mesej dia kurang selesa

    f. sudut tuju mata - menumpukan pandangan kepada seorang daripada sejumlah peserta yang ramai melebihi 5 saat akan menyebabkan pendengar yang lain membuat tanggapan anda hanya bercakap dengan orang itu sahaja

ii. posisi tubuh dan pergerakan badan- posisi tubuh yang baik membayangkan keyakinan anda

   a. berdiri dengan tegak

   b. beri perhatian posisi bahagian bawah perut anda

 c. bergerak - pergerakan yang sesuai dan tepat akan menambah tenaga, menunjukan keyakinan dan memberi variasi dalam komunikasi

 d. cipta gaya sendiri - membuat sesuatu yang bersesuaian dengan gaya peribadi anda

iii. gerak isyarat dan air muka

iv. pakaian dan perawakan

v. suara dan kepelbagaian suara

vi. bahasa dan berhenti sejenak - bahasa yang sesuai dan tepat dan berhenti sejenak jika perlu

vii.mendapatkan penglibatan pendengar

viii. penggunaan kata gurau senda

ix. gunakan sifat semulajadi anda ( bakat ) 

2.3.6 halangan komunikasi

antara halangan yang menyebabkan kegagalan berkomunikasi:

 i.     persengketaan
 ii.    sikap negatif
 iii.   prestasi rendah
 iv.   kefahaman tidak jelas
 v.    prasangka
 vi.   tawar hati
 vii.  dengki
 viii. berkomplot

2.3.7 faktor-faktor komunikasi tidak efektif

 i.     bahasa       - perkataan tidak sesuai,bahasa berbeza, kefahaman berbeza, tidak  jelas
 ii.    status         - status berbeza
 iii.   umur           - tua / muda / perbezaan pengalaman
 iv.   jarak           - jauh dekat, kebisingan, nada suara kurang jelas
 v.    prasangka - dari segi tugas dan prestasi, dari segi sosial
 vi.  sikap           -  kompleks dalam diri ( rendah / sombong )
 vii. cacat           - cacat atau rosak alat pertuturan dan pendengaran 
 viii.struktur organisasi - birokrasi dalam organisasi

2.3.8 tatacara mengacara majlis

seseorang pengacara majlis yang cemerlang mempunyai kualiti dan kriteria berikut:

 i. kebolehan fizikal
    - fasih dalam penggunaan bahasa
    - mudah mesra
    - mahir dalam bidang protokol
    - tidak gagap
    - empati ( daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain
    - tidak berdarah gemuruh
    - kestabilan emosi
    - tidak cacat anggota
    - sedia bekerjasama
    - cepat dalam pergerakan
    - ketaatan kepada prosedur
    - tidak panik
    - boleh gunakan budi bicara
    - tidak berwatak serius
    - punyai sence of humour
    - berfikiran positif dan kreatif
    - memahami psikologi manusia
    - memahami bahasa isyarat
    - mahir mengawal suara

ii. kebolehan intelektual
     - taakulan
     - kebolehan mengira
     - ketajaman ingatan
     - ketajaman gerak batin
     - ketinggian daya ingatan
     - kelancaran berbahasa

iii. ciri-ciri perawakan
     - muka yang menarik
     - pakaian bersesuaian
     - hiasan wajah yang mesra
     - gaya diri yang bersesuaian 
     - mempunyai tenik mengawal gemuruh

3.0 ketepatan masa

membahagikan masa dengan baik dan perancangan yang perlu diambilkira:

3.1 tentukan tugas-tugas utama
3.2 sediakan barangan yang diperlukan 
3.3 elak buat perkara sama berulang
3.4 tetapkan masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan
3.5 rangka strategi sesuai
3.6 buat senarai semak
3.7 tindakan perlu diambil kepada 5 kategori:
       - penting dan segera
       - penting tapi tidak segera
       - segera tetapi tidak penting
       - kesibukan
       - membuang masa

4.0 rumusan

pembangunan diri,  pendidikan dan harga diri adalah 3 ciri utama  yang perlu ada dalam diri individu yang ingin berjaya 

4.1 antara ciri-ciri individu berjaya :
   
       - yakin kepada diri sendiri
     yakin terhadap diri sendiri merupakan ciri asas individu yang berjaya. sentiasa yakin terhadap sesuatu kerja yang dilakukan  dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru

        - cintakan ilmu pengetahuan
          ilmu adalah kunci kejayaan setiap individu. 

        - mempunyai personaliti yang baik
         sentiasa menjaga tingkahlaku serta tutur kata agar tidak menyinggung perasaan 
orang lain. setiap pandangan dan pendapat orang lain akan diterima dengan fikiran terbuka dan sentiasa mengubah sikap negatif dalam diri sendiri

        -  cara hidup yang teratur
           bijak mengatur masa .mendisiplinkan diri dengan menepati setiap perancangan

        - mampu berkomunikasi dengan baik
          mampu berkomunikasi dengan baik dan teratur , menghindari perasaan malu serta yakin dengan apa yang diutarakan

         - berpendirian tegas
           individu yang berilmu tidak mudah  terpengaruh dengan pandangan dan gejala negatif








rujukan:
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd, Kemahiran Interpersonal, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, K.L, 2000

Edwin C.Bliss, Bagaimana Menyelesaikan Kerja, DBP, Kuala Lumpur, 1992

Mokhtar Mohd Tohar, Protokol dan Etiket, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1993

Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1994

Rahmat Ismail, Etika Sosial: satu peradaban dalam kehidupan sosial manusia, Utusan Publications, Kuala Lumpur, ...

Zulkifli Yusof, Sukarkah Komunikasi Anda?, Utusan Publications, Kuala Lumpur, 2000



dedikasi istimewa untuk
seorang teman
saudara Yahya Om atas
tulisan yang penuh berinformasi
di atas
juga teman-teman 
kakitangan sumber 1990-2002
yang sanggup memerah otak,
berbincang
buat orang bingung,
gaduh, ketawa, menangis
demi satu tugasan
murni
...
saya amat merindui 
suasana itu...
misnun


2 comments:

Mukhlisah said...

huhu..panjang nye entry..tapi xpe..suke bace:))

betul2..ketrampilan diri sangat penting xkira dimana jua berada. senang kata kita kena tanam sikap yang berdisplin dalam diri sendiri..itu yang penting:)

paritbasri said...

t.kasih Sara sudi baca, sebenarnya itu nota kursus