Tuesday, June 12, 2012

Kaabah dari sudut sains : Bismillah Wallahu Akbar

Bismillah Wallahu Akbar
Aku pun terus menceburkan diri dan hilang di tengah-tengah orang ramai, aku terbenam dan hanyut dalam lautan manusia yang sedang mengelilingi KAABAH, aku pun terus berzikir, jasadku terasa terapung-apung bagaikan kupu-kupu berputar-putar mengelilingi api lilin sehingga jasadku terbakar hangus dan rohku dihembus bayu - hilang bersama CINTA NYA dan mati di dalam CAHAYA NYA...


Baru aku sedar, dalam perjalanan mencari CINTA ABADI NYA dengan secara halus dan syahdu kita diseru bertarbiyah, bekerjasama, bantu-membantu sesama umat tidak mengira STATUS atau WARNA KULIT demi menuju kebaikan di dunia dan di akhirat, kita juga diingat sentiasa mematuhi ajaran Nya dan menghindari larangan Nya agar tidak tergelincir dari jalan Allah ini.

Gambar Dalam Kaabah

Dalam Kaabah

Siang, malam, matahari, bulan, bintang, padang pasir, bukit-bukau, tumbuhan, haiwan, panas, sejuk, hujan, ribut, hidup dan mati adalah dibawah ciptaan dan kekuasaanNya yang mutlak dan setiap kejadian pasti ada sebab musababnya yang tidak terjangkau dek PEMIKIRAN YANG KERDIL INI, Subkhanallah!


" Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi ( melintasi ) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan "
- Ar- Rahman 27:33


Mekah merupakan tanah suci bagi Umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan Kiblat untuk semua Umat Islam di seluruh dunia. Apakah rahsia-rahsia yang masih tersembunyi di sebalik tabir Kaabah ini untuk kesejahteraan umat Nya dari sudut pandangan sains...


Neil Armstrong dan para astronout lain menemui bahawa planet bumi mengeluarkan radiasi yang kuat dan bersifat infiniti ( tiada penghujung ) dan ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan terus. Setelah melakukan berbagai penyelidikan, mereka telah merumuskan bahawa radiasi yang kuat dan bersifat infiniti itu berpusat di KOTA MEKAH dan berasal dari KAABAH.


Sunita Williams ketika berada di angkasa lepas berkata ,bumi kelihatan gelap kecuali 2 tempat yang cerah dan bersinar, iaitu Kota Mekah dan Kota Madinah, walau pun semua alatan termasuk radio frequency gagal berfungsi namun astronout wanita dari India ini masih terdengar laungan AZAN dari Kota tersebut. Dengar khabar beliau mengumumkan telah memeluk ISLAM, Alhamdulillah!


Para intelek Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karektristik tersendiri dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


Maha Suci Allah, banyak lagi yang masih tersirat di sebalik penemuan-penemuan sekecil ini :


  • Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil dan tinggi.
  • Graviti tinggi bermaksud udara mengandungi elektron ion negatif yang terkumpul tinggi.
  • Tempat yang paling tinggi gravitinya mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai bawah tanah yang banyak. Sembahyang di Masjidilharam di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
  • Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia.
  • Tekanan graviti yang tinggi juga memberi kesan langsung kepada sistem IMUN badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
  • Apa yang diniatkan di dalam hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman badan kembali tinggi, penuh bersemangat untuk beribadah, tidak berputus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
  • Teknologi satelit tidak boleh meneropong atau mengambil gambar kawasan Kaabah dari jarak jauh. Neil Armstrong hanya mampu berkata, " Planet bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap. siapa yang menggantungnya?"
  • Frekuensi radio tidak dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah.
  • Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetism sifar dan tempat yang paling dihormati.
  • Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara otomatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
  • Pergerakan mengelilingi Kaabah ( ketika Tawaf )  mengikut arah lawan pusingan jam memberi tenaga hayat secara semulajadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini beredar mengikut  arah lawan pusingan jam. Allah telah tentukan hukumnya begitu.
  • Peredaran darah atau apa sahaja di dalam tubuh manusia beredar mengikut arah lawan pusingan jam. Semasa mengelilingi Kaabah peredaran darah di dalam badan meningkat dan tentunya akan menambah tenaga.
  • Menekala bilangan tujuh dalam ibadah TAWAF adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh membawa makna tidak terhad dan terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadah yang tidak terhad jumlahnya.
  • Larangan memakai topi, songkok,atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma lelaki adalah ibarat ANTENA  untuk menerima gelombang yang baik yang terpancar terus dari Kaabah. Sebab itu selepas menunaikan haji, kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan diganti dengan NUR atau CAHAYA.
  • Selepas mengerjakan ibadah TAWAF dan SA'E disunatkan bercukur atau BERTAHALUL. Tujuannya untuk melepaskan diri dari pantang larang dalam Ihram. Mungkin rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan ANTENA atau RESEPTOR kita dari segala kekotoran supaya hanya GELOMBANG yang baik sahaja boleh diterima oleh tubuh kita.
ALLAHU AKBAR!




- Manusia diseru untuk merenungi berbagai kejadian dan benda alam yang dengan jelas memberikan kesaksian akan keberadaan dan keesaan Allah berserta sifat-sifatNya.



- Segala sesuatu yang memberikan kesaksian ini disebut "tanda-tanda" yang bererti "bukti" yang teruji kebenarannya, pengetahuan mutlak, dan pernyataan "kebenaran".




-Tanda-tanda kebesaran Allah terdiri atas segala sesuatu di alam semesta ini yang
memperlihatkan dan menyampaikan "keberadaan dan sifat-sifat Allah".


- Orang-orang yang dapat mengamati dan sentiasa ingat akan hal ini akan memahami bahawa seluruh alam maya tersusun hanya dari tanda-tanda kebesaran Allah.



"Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik." 
Al-Baqarah 1:26



"Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh."
Al-Naba' 30:12


"Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya"
Al- Hijr 14:16


"Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka."
Al-Hijr 14:44


"Dan sesungguhnya Kami berikan kepadamu tujuh ayat (Fatihah) yang dibaca berulang-ulang dan AlQuran yang AGONG"
Al-Hijr 14:87


ps
1. isi teks dipadankan dari fb puan Noryatimi mohd Zaini
2. gambar Kaabah dari laman web Syeragh 
3. gambar dalam Kaabah dari laman web Dato' Harun Din





2 comments:

Anonymous said...

TERIMA KASIH

paritbasri said...

terima kasih juga kerana sudi membaca